Khamis, 18 Mac 2010

Abang Iparku dan 4A-GEnya....

Bagi peminat dunia modifikasi khususnya peminat Toyota,sure korang kenal sangat dengan enjin ni.enjin NA 1600cc yang agak power satu masa dulu.Macam dalam gambar ni versi terakhir yang takde TVIS,tapi lagi power dari versi awal.140hp@ 7200rpm.Dah ok sangat la tu kan...
Kisah abang ipar aku ni pulak,dia dah bosan pakai Satria reput dia agaknya,plan nak sambar sebijik kereta lain.Kebetulan 2-3 hari sebelum raya,kereta dia kena sondol.Hati dah bkobar2 nak balik kampung.Bukak Motor Trader,ada sbijik Toyota Sprinter Hatchback/Cielo dah convert enjin 4A-GE TVIS.
Terus sambar,test kat NKVE.Pehhh!!Memang sedap la kereta ni.Pickup memang best,kejap je nak dapat 180kmj.Tak goyang langsung.Pakai sebulan dua,buat maintenance sikit2 la,ada leaking kat oil sump.Pastu ok dah.
Ujung taun lepas kitorang balik kampung aku kat Lepar Utara 3,Jerantut.ada kenduri arwah bapak aku.Sape pernah sampai sana tau la macamana jalan kat sana.Memang  jauh kampung aku,tapi kalau nak training asas2 mengambil selekoh dengan betul,boleh la cuba2 datang,heee!Sambung balik citer aku.Pagi Sabtu abang ipar aku ni godek2 la pelampung fuel tank dia.ada bocor sbb bau petrol kuat sangat.Try start xmau idup plak.sampai kong bateri.
Panggil pomen kampung,dia check api takde.'distributor rosak ni,beli baru nanti abang pasang',kata pomen dengan konfiden.apelagi,bukak distributor,start kereta kesayangan aku terus hala Jerantut.Gamble jela,aku pun sebenarnya tak pernah nampak kedai halfcut kat Jerantut.Kedai spare part berlambak la.Jenuh gak la pusing2 bandar Jerantut,hampeh.Last2 jumpa gak sebijik kedai halfcut.Barang pun banyak,kot2 la ada.
Tanya budak kerja kat situ,dia jawab'barang Toyota je kita takde,yang lain ada'.Ape daaa...Toyota bukan kereta ke?Budak tu pun suggest kitorang redah Mentakab pulak.
Demi keluarga abang ipar aku,aku pun usahakan jugak la.Naya abang ipar aku,anak dua,akak aku lagi.Cmana nak balik KL.Sampai Mentakab pun sama jugak,memang ada kedai halfcut,tapi biasa2 je.Mana yang high performance??Akhirnya tjumpa gak sbijik kdai kat tepi jalan besar.dari jauh dah nampak halfcut AE86.Haaa...ini yang kena(Pak Maon).Abang ipar aku sibuk2 tanya tauke,aku selak bonet AE101.Geramnya akuuuuuuuuuuu!!!4AGE 20V Silvertop.Rasa nak rembat je distributor elektronik dia,kot2 la ngam ngan enjin abang ipar aku,heee.......Ejas harga ngan tauke,dapat distributor yang sama ngan enjin dia tadi.Tapi kena trade in yang lama,RM280.Bantai jelah,janji kereta jalan.
Pas singgah beli barang kenduri kat pasar malam Bandar Jengka,sampai umah terus pasang.Pun takmau idup jugak,apekehal lagi kereta ni.Godek2 sampai kul 9 malam.aku ni ada la jugak basic2 automotif ni.Dulu blajar kat Polisas.Kepala aku pun dah serabut,badan dah penat,besok plak sambung...
Pepagi Ahad aku bangun awal terus godek kereta,ngan kain pelikat je,haha!Biasa la,pomen amaturrrr..lagipun xboleh bangun lambat,orang kampung dah datang tolong prepare kenduri.Pagi2 dah riuh rumah aku.Jek tayar depan,masuk gear 5,betulkan marking kat crankshaft.Patut la xmau idup timing lari,firing order tah merapu raban.Maklumla buat kerja malam.Marking dah setel,try start tengok.Barula ada gaya2 nak idup.Ejas skit lagi bagi tiptop,dapat gak idup enjinnya.HUH!Lega aku.Selamat la gerak balik KL..
Bebaru ni pulak dia buat hal lagi.crankshaft boleh tanggal kat atas highway LPT.Towing balik Kemaman.Upah repair ngan towing lebih 1k jugak.Dah siap repair,kong lagi sekali masa kat LPT jugak,dekat Chenor.Towing sampai Gombak.Pening kepala abang ipar aku.dah pikir masak2,beli enjin kosong 4AGE cam dalam gambar kat atau tu.RM800 je.murah dari overhaul.Aku cakap kat dia,kalau xsampai ujung taun ni rosak lagi,let go jelah.Bulan ni je aku ingat dah lebih 2k habis.Kalau bagi aku pun takpe,dapat sumbat Advan RS 16' kat keter aku...

Tiada ulasan: