Isnin, 12 Julai 2010

Nak Duit Banyak,Tapi...

Kalau asyik fikir pasal duit yang tak pernah cukup ni memang semua orang pening kepala.Gaji kecik dah tentu tak cukup,gaji besar pun belum tentu cukup.Gaji besar,selera pun besar.Kereta besar,umah,kad kredit etc...balance cukup-cukup makan je.
Belajar tinggi-tinggi pun berapa banyak gaji boleh dapat?20k?30k?50k?Berapa tahun plak nak belajarnya tu?
Kadang-kadang atau lebih tepat selalunya aku sendiri risau dengan masa depan aku.Barang makin lama makin mahal,gaji pun kecik je.Mujur bujang lagi,tu pun cukup-cukup makan je.Nak kerja part time rasa macam tak larat,ntah brape sen je boleh dapat pun.
Satu benda yang aku fikir boleh ubah masa depan adalah berniaga.Tapi itulah masalahnya...Nak berniaga ape?Modal ada berapa?Ishhhh.........Pendek kata kalau dah rancang nak berniaga,kena buat sampai habis.Buat loan banyak-banyak kalau plan tak bagus,buat tambah azab nak bayar hutang je.
Habis tu berniaga apa yang bagus agaknya...Nak buat MLM lagi la aku tak nak.Tak tau la kenapa mind set aku ni memang tak minat sungguh MLM ni.Nak pulak jual benda-benda merepek,paling femes jual penapis air la,haha!Pastu Upline je yang kaya.
Ramai jugak kengkawan aku yang ajak,tapi macam biasa la aku jawab,"aku nak tengok ko buat dulu,prove it'.Tapi itu la,setakat ni takde pun kengkawan aku yang betul-betul berjaya.Apatah lagi nak jadi jutawan.

Tapi yang penting sekali,aku memang tak minat konsep berniaga macam tu.

Bila aku fikir-fikir balik,sebab tu ke aku still macam ni lagi?
Baru-baru ni aku join satu seminar perniagaan konsep lebih kurang macam tu jugak.Takat dengar seminar jela.Apa yang buat aku agak tertarik,produk dia berteraskan pendidikan.Ok la tu,takde la jual benda-benda merepek.
Aku agak tertarik dengan produk tu,sebab bagi aku pelaburan jangka panjang yang paling bernilai sebenarnya adalah PELAJARAN.Tak ada expired date,semua orang perlu pelajaran.Mak ayah mana yang tak nak anak-anak diorang bijak pandai,ye tak?
Bila dah nama berniaga ni macam biasa la,macam macam benda yang aku fikir.Yang pertama modal.part ni yang liat nih.Kalau boleh aku nak duit je,kuar modal aku taknak la,haha!Realitinya macam tu la aku pikir.
Umpama macam ni la,nak masuk syurga,tapi sembahyang malas.Korang rasa macamana?

Masa aku taip artikel ni memang aku tak join pun bisnes ni.aku cuma teman kawan aku pegi seminar tu.Itu pun lepas lunch aku blah,xlarat la pulak nak duduk dari pukul 8.30 am sampai 6 pm.Banyak benda yang aku akui betul,tapi kadang-kadang minda ego aku menolak.Cuma kalau aku fikir secara rasional,memang bisnes tu bagus kalau compare dengan bisnes-bisnes lain yang berkonsepkan macam tu.Pertamanya produknya tak ada saingan,disokong Kementerian Pendidikan dan yang penting halal,hehe!

Selanjutnya aku akan ulas pada posting akan datang dengan lebih detail tentang bisnes tu.Aku sendiri pun tak join,cuma aku bagi pendapat yang ikhlas.Yang mana bagus,aku cakap bagus.Kalau hampeh buat ape aku taip,buat penat jari aku je.

Tiada ulasan: