Rabu, 22 Disember 2010

Kesum;Polygonum Minus Huds

Kesum(Polygonum Minus) adalah tumbuhan yang banyak didapati di negara kita terutamanya di kampung-kampung.Tumbuhan ini mudah ditanam,dijaga dan tumbuh subur di tanah lembap dan berair.
Pokok yang renek ini mempunyai daun yang runcing dan tersusun pada batangnya serta mempunyai aroma yang kuat.
Batangnya berbentuk silinder berwarna hijau dan sedikit kemerahan.Terdapat ruas-ruas pendek yang mudah mengeluarkan akar.Terdapat dua jenis kesum iaitu yang tumbuh menjalar dan ada yang menegak.
Kegunaannya yang paling biasa di kalangan surirumah ialah sebagai penambah aroma didalam masakan asam pedas dan laksa.


Selain berfungsi sebagai bahan tambahan untuk masakan,Kesum mempunyai nilai-nilai perubatan tersendiri.Ia mampu merawat masalah perut yang tidak hadam dan masalah kelemumur.Bagi mengatasi masalah perut tidak hadam,daun kesum direbus dan airnya diminum.
Untuk menghilangkan kelemumur,daun kesum ditumbuk dan airnya diperah.Air daun kesum tadi disapukan ke kulit kepala dan dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Pokok kesum yang telah dikeringkan
Khasiat pemakanan yang terdapat didalam kesum ialah ia kaya dengan beta karotena,vitamin A,vitamin C,dan juga bahan galian seperti kalium,kalsium dan fosforus.

Pokok kesum yang dikisar
Bagi tujuan pengekstrakan,bahagian kesum seperti batang dan daun yang telah dikeringkan dengan sempurna mestilah dikisar bagi memaksimumkan perolehan ekstrak.
Langkah seterusnya selepas pengekstrakan ialah evaporation,concentration dan pendinginan beku.Produk akhir yang terhasil ialah dalam bentuk serbuk larut air.