Tuesday, February 22, 2011

2012 Ferrari FF GT 4WD

Pewaris model 612 Scaglietti,Ferrari FF GT akan membuat kemunculan debut di Geneva Motor Show dan produksinya akan memasuki pasaran pada 2012.Produksinya akan bermula sebaik sahaja ia membuat penampilan pertama.
Masih mengekalkan konsep 4 seat fastback seperti 'abangnya',rekaannya dihasilkan oleh firma Pinninfarina.


Rekabentuk hadapan diinspirasikan dari rekaan 458 Italia.Menurut Ferrari,rekabentuk Ferrari FF GT ini mampu memuatkan empat orang dengan selesa berserta barangan dengan keluasan 450 liter dan bertambah kepada 800 liter jika tempat duduk belakang dilipat.Ferrari menawarkan banyak pilihan warna antaranya Hanus Gold,Avorio,Scuderia Rosso Corsa,Rosso Rubino,Blue California,Bianco dan Blue Dubai.


Tersembunyi dibawah hud enjin,terletak kemas enjin V12 suntikan terus 6,262 cc yang menjanakan 660Hp pada 8000RPM.Tork maksimum yang terhasil mencecah 503lb/ft pada 6000RPM.Kuasa yang mengagumkan pada Ferrari FF GT 2012 ini mampu menggerakkannya dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.7 saat dan kelajuan maksimum sehingga 332.8km/j.
Enjin berkuasa ini dipadankan dengan transmisi transaxle dual clutch F1.Harga yang ditawarkan ialah $700,000 atau RM2,085,300...



*Information from automotivecraze

Post a Comment