Sunday, February 13, 2011

5 Kali Terlepas!

Semalam aku terima pelawaan abang ipar aku untuk memancing siakap di kolam pancing di Desa Aman.Balik dari kenduri di Puncak Alam,terus aku tunggu abang ipar aku dan adik-adik aku di kolam pancing.RM55 untuk deposit,tapi kalau lebih 5 jam,percuma 1 jam.




Empat batang joran aksi sederhana berumpankan udang hidup menggunakan teknik pelampung sebagai senjata utama.Sebenarnya ni la first time aku memancing siakap,dan tak tahulah macamana nak melayan ikannya nanti.Joran aku pancing bodo je,cap XPuyu King Tournament dipadankan dengan mesin 'disko' Tomman Megatronic 4000.Mesin ni orang panggil disko sebab bila pusing,ada lampu warna-warni.Aku dah campak lampunya dalam longkang.Buat malu aku je...
Dalam 30 minit pertama,pelampung aku yang hanyut akibat arus kolam kelihatan tenggelam dan timbul semula.Tak lama lepas tu hilang terus!Pancing aku terus bergegar kuat dengan tali tegang sebab aku tak longgarkan drag.Aku yang panik terus sembat dan karau.2-3 saat je aku dapat rasa karauan agak berat lepas tu terus ringan.Sayangnya...
Lebih kurang 15 minit lepas tu joran Awashima bermesinkan Ajiking AirMaxx 5000 adik aku bagai nak terjun dalam kolam.Aku terus sembat dan karau.Pun sama jugak,terlucut.Apa dah jadi..
Jam 8 malam,pelampung aku sekali lagi tenggelam.Kali ni aku baiarkan lama sikit.Abang ipar aku suruh biarkan,bagi ikan telan umpan.Aku letak jari kat tali dan tegangkan perlahan-lahan.Terasa masih berat.Tiba-tiba ikan lari membawa umpan.Aku terus sembat,harap-harap tercangkuk.Itu pun tak lama,ikan dapat lepaskan diri.
Seterusnya pancing adik aku tadi mengena.Aku tengok agak melentur pancing dia,tapi agak pelik.Cepat sangat ikannya nak surrender.Sekejap je dah timbul,lebih 2 kaki panjang.Maybe dalam 4kg.Aku nak sauk takut ikan tu simpan tenaga lagi,silap gaya ikan tu sprint,mau putus perambut.Betul!Ikan siakap tu tiba-tiba melompat tinggi didepan mata kami dan mata kail terus terlucut...
Lepas jam 9 malam,tak ada lagi ragutan umpan udang hidup sampailah jam 12 malam.RM220 lebur.Balik rumah,kitorang termenung memikirkan macamana nak tewaskan siakap.Sambaran ada,cuma teknik tak betul.
Ada beberapa perkara yang mungkin faktor ikan terlepas:

1.Mata kail terlalu kecil;rata-rata siakap di kolam ni beratnya sekitar 2-4kg dan mulutnya agak besar.Mata kail yang kami gunakan bersaiz kecil.Mungkin ini puncanya mata kail tak dapat tertusuk di bibir ikan.

2.Terlalu cepat membuat sentapan;aku tak pernah main siakap.Biasa kalau ikan dah bawa lari umpan,sembat je terus kena.Rupanya siakap suka mengemam umpan dan mengambil masa untuk menelan umpan.Sepatutnya kami biarkan ikan mengemam dan biarkan sehingga ikan menelan umpan.

3.Perambut terlalu pendek;siakap berlegar-legar hampir ke dasar.Menurut pemancing kat situ,air kolam baru dinaikkan parasnya.Jadi umpan kami yang berperambut pendek,tergantung jauh dari dasar.

4.Sebelum ni kami mencangkukkan mata kail di ekor udang hidup.Mungkin boleh dicuba cangkukan hampir ke tengah badan udang.

Disebabkan teknik yang tidak betul,5 strike dari siakap kami dah bazirkan.Nak menunggu siakap jamah umpan dah la lama.Bila dah kena,tak pandai layan pulak.Bulan depan siap la kau siakap!

Post a Comment