Ahad, 20 Februari 2011

Apakah Pekerjaan Anda?

Sejak kecil kita disuruh belajar setinggi yang mungkin,dengan harapan kita dapat pekerjaan yang baik dan bergaji besar.Bagi yang berjaya dalam pelajaran,dapatlah gaji dan jawatan yang besar.Manakala yang gagal,nasib baik jika mendapat pekerjaan.
Zaman sekarang semua perlukan wang untuk menyara kehidupan,bezanya mewah,sederhana atau kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Asasnya untuk mendapatkan wang,semua orang harus mempunyai pekerjaan.
Sektor manakan pekerjaan anda?Pengurusan?Perindustrian?Atau Perkhidmatan?dan dimanakah posisi anda dalam hierarki organisasi anda?CTOO?Pengurus?Supervisor atau sekadar pekerja bawahan.Semua jawatan seperti yang dinyatakan tak menjadi masalah sebab semua saling bergantungan.Bezanya cuma pendapatan,besar atau kecil.
Itu pun jika dapat menghabiskan sekolah sampai tingkatan lima.Bagaimana dengan yang kandas dalam pelajaran.Apakah pekerjaan yang mampu dibuat dengan tiada pelajaran?Zaman sekarang sangat berbeza,khususnya remaja Melayu.Banyak contoh yang memperlihatkan remaja Melayu memilih kerja.Aku cuba fokuskan pada remaja Melayu lepasan SPM.Kebanyakannya memilih kerja dan mahukan gaji besar.
Mahu gaji besar?tak jadi masalah.Masalahnya apa yang boleh diberikan oleh pekerja kepada syarikat supaya sumbangannya setimpal dengan gaji yang dibayar.
Itu baru soal win-win situation yang dimahukan pihak pengurusan syarikat.Bagaimana dengan prestasi kerja dan disiplin?Dalam sebulan MC,Emergency Leave dan datang lewat,masih mengharap gaji besar dan kenaikan gaji?
Ini apa yang aku nampak di persekitaran kerja aku.Kadangkala kelihatan dunia tidak adil.Bagi yang rajin bekerja dan berdedikasi terhadap setiap tugasan,malang pula bila bekerja dengan majikan yang lewat membayar gaji,gagal mencarum untuk kebajikan pekerja apatah lagi hendak menghargai pekerja dengan pemberian bonus.
Bebanding dengan beberapa manusia yang tidak bersyukur dengan pekerjaan sendiri.Berada didalam syarikat yang kewangannya kukuh,menjadikan mereka lalai dan sambil lewa.Tahi MC,emergency leave,lambat belajar,tidak efisien dalam pekerjaan,tidak proaktif dan malas,semuanya memacu syarikat ke masa depan yang gelap tanpa kita sedar.
Soalnya adilkah untuk kita yang berkerja di syarikat sama,tapi berusaha meningkatkan hasil syarikat,mengurangkan kos operasi,melaksanakan setiap tugasan dengan berkesan dengan harapan agar syarikat mampu bertahan lama.Sungguh tidak adil.
Pekerjaan yang senang,berada dalam tempat kerja bersih dan berhawa dingin,itupun belum cukup untuk mereka menghargai perkerjaan mereka.Jika itu pun tidak mampu,dengan sekadar keputusan SPM yang banyak subjek gagal,apa pekerjaan yang mereka mahu?
Dimanapun posisi anda bekerja,kerjalah dengan ikhlas.Kerana pekerjaan adalah sebahagian dari ibadah.Andainya berada di tempat kerja yang selesa,kenangkanlah bagaimana pengutip sampah,pekerja membaiki lebuhraya atau pekerja pembersihan tangki septik bekerja.Bekerja dalam suasana yang busuk,panas dan meletihkan.Bersyukur dengan pekerjaan anda dan hormati pekerjaan mereka,sebab tanpa mereka kehidupan kita sehari-hari pastinya tidak selesa.