Ahad, 6 Februari 2011

Teknik Menjimatkan Bahanapi;Benar Atau Mitos?

RON97 mahal
Baru-baru ni harga bahanapi naik lagi 10sen seliter menjadikan harga terkini RM2.50 seliter.Ramai pengguna mengeluh dan tak kurang yang sanggup beratur panjang di pam minyak untuk memenuhkan tangki sebelum jam 12 malam.
Persoalannya,sebagai pengguna adakah anda cukup bijak dalam menangani kenaikan harga bahanapi?Dan adakah tips-tips penjimatan bahanapi yang diamalkan selama ni benar-benar berkesan atau sekadar menjadi pengikut tanpa mengkaji terlebih dahulu?
Harga bahanapi RON97 banyak meningkat kebelakangan ini.Persoalannya adakah perlu kita menggunakan bahanapi RON97?Ramai yang salah anggap angka yang tinggi menunjukkan kandungan tenaga yang dihasilkan oleh bahanapi.Angka 97 ialah nombor oktana yang bermaksud sifat menentang pembakaran.Ianya perlu untuk mengawal pra pencucuhan(pre ignition) didalam ruang pembakaran untuk mengelakkan berlakunya ketukan(knocking).Ketukan berlaku apabila campuran udara dan bahanapi  terbakar sebelum waktunya dan ini akan menyebabkan enjin kehilangan kuasa.Kerosakan enjin juga boleh berlaku.
Bagi enjin berprestasi tinggi dan mempunyai nisbah mampatan yang tinggi,kecenderungan untuk berlaku ketukan adalah besar kerana mampatan tinggi menyebabkan campuran udara bahanapi terbakar sendiri walaupun tidak dicucuhkan oleh spark plug ketika enjin panas.Untuk mengatasi masalah ini,bahanapi beroktana 97 atau RON97 diperlukan untuk memastikan enjin beroperasi secara optimum.
Sebagai contoh,enjin Type-R K20A bernisbah mampatan 11.5:1 dan memang disarankan oleh Honda untuk mendapatkan kuasa optimum.Proton Wira berenjin 4G15P bernisbah mampatan 9.0:1,adakah masih perlu disuapkan petrol RON97?
Bagi enjin bermampatan biasa yang menggunakan fuel injector,kebiasaannya telah dilengkapkan knocking sensor.Isyarat akan dihantar ke komputer bila berlaku ketukan dan pemasaan pembakaran ditala semula ketahap optimum.Jadi,tidak ada masalah samada bahanapinya RON95 atau RON 97.Jadi,pilihlah bahanapi yang sesuai dengan karekteristik enjin anda.

Isi minyak malam,jimat sikit
Pernah tak anda mengisi minyak diwaktu malam untuk mengelakkan wap petrol terpeluap dengan banyak berbanding mengisi tangki di waktu tengahari panas?Dikatakan minyak akan 'masuk' ke tangki lebih banyak jika mengisi pada waktu malam.

Mitos atau hanya halusinasi anda yang mengatakan petua itu benar?

Sebelum itu,mari kita lihat binaan asas tangki bahanapi kereta.



Hanya ada satu lubang untuk mengisi bahanapi dan satu lubang untuk menyalurkan bahanapi ke enjin.Apa yang berlaku ketika mengisi minyak ialah,aras bahanapi akan meningkat,manakala ruang udara didalam tangki akan menyempit kerana ruang dipenuhi dengan petrol.Kemana udara tadi hendak pergi apabila ruangnya menjadi semakin sempit?
Sudah tentulah udara itu akan keluar melalui ruang antara nozzle pam bahanapi dan lubang untuk mengisi minyak.Disebabkan petrol adalah bahan yang meruap,ia akan terkeluar sekali bersama udara tadi.Udara didalam tangki tidak akan pergi ke tempat lain.Apa yang kelihatan diwaktu siang ialah,ruapan petrol yang banyak berbanding waktu malam.
Sebenarnya diwaktu malam juga ruapan berlaku dan tolakan udara dari dalam tangki juga berlaku,cuma tidak kelihatan jelas.Seperkara lagi,berapakah berat bahanapi yang terpeluwap berjaya diselamatkan?(jika ianya mampu diselamatkan).Jumlahnya sangat sedikit dan tidak berbaloi.
Apa yang pastinya,cara menjimatkan bahanapi ialah dengan memandu secara malar,tekanan angin tayar yang mencukupi dan  matikan enjin jika menunggu lama didalam kereta.
Jadilah pengguna bijak dan berilmu.Laporan skema dari admin blog5zal.
Selamat memandu.