Isnin, 20 Jun 2011

Cerita Lamborghini Kemalangan Ajelah Hari Ni

Ramai tau dah cerita ni.Biasa kat oversea je kereta supersport eksiden hancur macam ni.Cerita banyak tak guna,bukti kena ada.




kredit gambar kepada ERICMAXMAN

Kalau nak kreditkan ke blog,ramai sangat yang buat entri ni,kang orang cakap aku tak mintak izin plak.Taip je "Lamborghini kemalangan",macam-macam cerita ada.Baca la yang mana korang suka.


Dengarnya Lamborghini ni mengejar BMW M5 dari Sepang lepas event JGTC Sepang.Dalam blogserius cakap kereta ni Lamborghini SV.Ada pengomen bagitau kereta tu Lamborghini LP640 pakai bodykit Veilside Premier 4509(setelah aku membuat sedikit siasatan,ternyata benar apa yang dia cakap).
Paling aku suka baca komen orang.Komen paling lawak dalam blogserius,
"mana enjin kereta lambor..?
ada orang kebas ke.?

Ada yang jawab,
"bapak phail ko ni,engine dia dekat belakang,depan kosong je."


Mujur bukan aku yang celupar tanya kemana enjin Lamborghini tu,haha!

Itulah ceghitanya bila seorang amatur memandu kereta sport.Bawak kereta sport ni bukan senang baii...Aku tak tau la horsepower Lamborghini tu,tapi tekan minyak lebih sikit je pun asyik nak spin je tayar belakang.Kalau kebetulan korang memandu dalam hujan dan ternampak Ferrari/Lamborghini,terkemut-kemut je kereta tu jalan.Silap tekan minyak je berpusing la kereta tu.
Dalam kes tadi memang la boleh claim insuran walaupun total lost.Tapi aku rasa bertahun la nak dapat ganti,Insuran company punya prosedur lagi,nak menempah yang baru pun makan tahun jugak.Handmade maa!!