Isnin, 20 Jun 2011

Entri Yang Busuk

Another 'suck-cess' story from Japan..


Apa yang korang nampak saintis tu pegang bukan daging salai atau ikan masin.Mitsuyuki Ikeda,penyelidik dari Okayama Laboratory menghasilkan produk makanan dari bahan buangan manusia.Senang cakap,dia menghasilkan makanan daripada tahi.
Encik Ikeda cakap,najis manusia mengandungi protein kerana adanya bakteria yang banyak.Dia dan rakan penyelidik berjaya mengekstrak protein dari tahi tadi dan menghasilkan 'artificial steak',ditambahkan sedikit pewarna makanan dan perasa soya.
Kosnya 20 kali lagi mahal dari kos menghasilkan daging burger biasa.Sungguh shitty apa yang dia hasilkan ni,dah la mahal,tahi plak tu.
Setau aku la,segala zat makanan atau apa juga yang berguna untuk tubuh badan,dah diserap oleh usus.Apa yang keluar sebagai tahi tu,betul-betul dah tak boleh pakai.Tapi bebaru ni aku ada tengok dalam rancangan Discovery Channel,Man VS Wild.Selamba je mamat tu perah air tahi gajah yang baru keluar,directly masuk mulut baiii!!Ikhtiar hidup katanya.Pehal aku rasa cam loya-loya plak ni.........Uwekkk!!!

Sumber macam biasa,dailymail