Saturday, June 18, 2011

Movie Time;Super 8


Filem ni baru malam tadi aku tengok.Asalnya wife aku cadangkan filem Green Lantern,tapi aku rasa macam tak best plak asik tengok cerita superhero je.Lastly filem ni yang jadi pilihan.
Filem ni mengisahkan sekumpulan budak yang sedang membuat home made zombie movie,tapi satu insiden kemalangan keretapi berlaku depan mata diorang.Kemalangan yang dicetuskan oleh seseorang tu menyingkap rahsia muatan yang dibawa keretapi tersebut.Rupanya muatan kargo keretapi itu adalah hakmilik tentera yang mengandungi makhluk asing dan oleh kerana kumpulan budak-budak tadi ternampak aktiviti tentera,diorang menjadi buruan tentera.
Bapa kepada salah seorang budak tadi merupakan seorang deputi syerif bandar tersebut,menerima pelbagai laporan kehilangan barang dan juga haiwan peliharaan sejak kemalangan keretapi tersebut berlaku.Yang hilang anak pun ada.
Kumpulan budak-budak tadi menyiasat aktiviti rahsia tentera dan kebenaran akhirnya diketahui apabila seekor makhluk asing yang dibawa oleh keretapi kargo tentera telah terlepas dan mengganas.Makhluk asing tadi cuba membina semula kenderaannya untuk pulang ke dunianya yang asal.
Walaupun ceritanya agak panjang,keletah kumpulan budak-budak tadi sangat menghiburkan disamping aksi mendebarkan sepanjang perjalanan filem.Kadang-kadang buat aku tensen sebab wife aku asik terkejut.Terkejut tu takpelah,tapi terkejut sampai tarik-tarik tangan aku macam nampak hantu.Di akhir cerita,filem zombie home made bebudak tu pun ditayangkan.Filem ni menarik untuk bergelak ketawa sambil terkejut sekali sekala.

Post a Comment