Sabtu, 18 Jun 2011

Movie Time;X-Men First Class


Actually movie ni minggu lepas lagi aku dah tengok.Secara ringkasnya,penonton dibawa menyelami asal usul kumpulan mutan X-Men.Bagaimana 'bakat' tersembunyi diorang diketahui dan bagaimana diorang mula-mula mendapat nama.Yang paling penting,asal usul permusuhan antara Magneto dan Professor X.
Kewujudan dua pihak mutan yang berbeza pendapat adalah kerana Professor X percaya hubungan mutan dan manusia boleh ditingkatkan dengan diplomasi.Manakala Magneto percaya manusia membenci mutan dan mengumpulkan mutan-mutan lain yang mempunyai persamaan pendapat dengan beliau.
Pembantu kesayangan Magneto,Mystique asalnya adalah adik angkat Professor Charles Xavier(Professor X).Namun akibat kebosanan menyembunyikan rupa asalnya,dia mengambil keputusan menyertai Magneto.Selain dari itu,asal usul The Beast juga ditunjukkan,bagaimana beliau pada asalnya seorang saintis yang kacak,bertukar menjadi makhluk berbulu biru bercermin mata(sebab beliau saintis?!).
Filem ni agak sederhana dari segi aksi yang dipaparkan.Terasa ada kekurangan sebab sebelum ni kita biasa melihat Wolverine dalam setiap filem X-Men.Kemunculan Hugh Jackman didalam pub beberapa saat sebagai cameo mengingatkan bahawa Professor X dan Magneto pernah mempelawa Wolverine menyertai X-Men.Tapi Wolverine hanya membalas dengan perkataan "Go to hell!".Sungguh kurang ajar Wolverine.
Professor X dilakonkan oleh James Mac Avoy yang sebelum ni pernah membintangi filem Wanted bersama Angelina Jolie.Manakala Magneto dilakonkan oleh Michael Fassbender.