Khamis, 23 Jun 2011

Satu Hari Di China


Beberapa hari lepas di Beijing ,China.
Seorang budak 3 tahun terselit dicelah air-cond selepas terjatuh dari tingkat....aku dah lupa,haha!Mujur dia tersangkut,kalau tak,dah jadi pizza daging kat atas simen.


Yang ni pulak baru terjadi di Tengzhou,wilayah Shandong,China.Budak berumur 4 tahun tersangkut di grill tingkap rumahnya yang berada di tingkat tiga sebuah apartment.Dipercayai budak tu memanjat tingkap untuk melihat suasana luar dan tiba-tiba terperosok lalu tergantung selama kira-kira 20 minit.

Jiran-jiran prihatin memegang tilam 
Menurut jiran-jiran,diorang terdengar suara tangisan budak dan ternampak seorang budak tergantung dengan kepalanya tersangkut di celah gril tingkap.Seorang anggota polis,Zhao Liancheng memanjat tangga dan memberi bantuan tetapi gagal melepaskan kepala budak perempuan tu dari celah gril.
Jiran-jiran segera menghubungi ibu-bapa mangsa yang tiada dirumah ketika kejadian berlaku.Selepas 10 minit,ibu bapa budak perempuan tersebut sampai dan dia berjaya diselamatkan.
Emergency macamana sekalipun,jangan tinggalkan budak kecik sorang-sorang dalam rumah atau dalam kereta.Pernah dengar budak mati kena heat stroke lepas ditinggalkan dalam kereta yang ditutup rapat dan berada ditengah panas terik?Kalau korang sampai hati tinggalkan anak korang macam tu,pasni try duduk dalam kereta,tutup rapat cerminnya,matikan enjin dan jemur bawah matahari Khatulistiwa jam 12.30pm sampai 2.00pm.Serius best!