Khamis, 16 Jun 2011

Sumbat Kereta Dalam Van

Kastam atau Imigresen Malaysia biasa jumpa kereta yang disumbatkan dengan barang-barang seludup seperti beras siam,PATI,diesel subsidi,mercun dan yang paling sadis sekali aku pernah tengok gambar lembu dewasa hidup disumbatkan dalam Iswara Aeroback.
Di Bargteheide Jerman,untuk menjimatkan kos penghantaran,dua orang lelaki berbangsa Kazakhstan menyumbatkan kereta Mazda 626 kedalam sebuah van untuk dihantar ke Kazakhstan.Jaraknya lebih kurang 2,200 batu dari Bargteheide.


Disebabkan kereta ni lebar,Konstanty Krol 38,dan Cezar Chmielewski 28,mengiringkan kereta Mazda tersebut kedalam van yang dilapikkan dengan kusyen.Manakala bahagian cermin dan bahagian yang terkeluar ditampalkan dengan surat khabar.


Nasib tak baik,dalam perjalanan ke Kazakhstan mereka ditahan pihak polis setelah polis berasa suspicious dengan van yang beroleng-oleng ketika bergerak.Mereka ditahan dan diarahkan berpatah balik.Tapi diorang boleh memulakan semula perjalanan asalkan dengan kenderaan pengangkut yang betul.

Tapi kenapa diorang tak drive sendiri je kereta tu untuk balik Kazakhstan?

Sumber dailymail