Jumaat, 26 Ogos 2011

Dirantai 23 Tahun


Tang Zuhua,seorang lelaki terencat akal berusia 40 tahun ditambat sebegitu rupa sejak berumur 17 tahun.Bila meningkat dewasa Tang gemar memecahkan barang dan ibunya Xiao Anrong 76 terpaksa mengurung beliau dalam sebuah bangsal.Mereka tinggal di daerah Chongqing,utara China.
Tang tidak berpakaian kerana menurut ibunya Tang akan mengoyakkan pakaian yang dipakainya.Ibunya semakin tua dan mengharapkan ada insan yang sudi menjaga anaknya bila dia tiada lagi.Dengan pencen sebanyak 166.5 Yuan,Xiao Anrong tak mampu membelikan tilam untuk Tang dan terpaksa berseorangan menjaga Tang kerana dua lagi anaknya berkerja dibandar.Bebrapa jiran yang bersimpati turut mendermakan makanan untuk Tang.
Tang tidak lagi mampu berjalan dengan betul kerana kakinya lemah akibat terlalu lama dirantai.



News & Images from DailyMail