Jumaat, 19 Ogos 2011

Lukisan Menggunakan Ciuman

Aku agak berbakat dalam lukisan tapi bab mewarna memang FAIL!Masa zaman sekolah dulu lakaran untuk lukisan aku memang cun,tapi bertukar jadi a piece of shit bila diwarnakan.So,bab mewarna ni aku cuma terer bila copy lukisan/gambar lain.Nak resizing gambar kecik pun takde masalah.
Zaman tu aku sekolah menengah lagi,zaman lukisan Aie,Aku Hidup Dalam Blues tengah femes.Cikgu aku suka lukisan aku,nama cikgu aku tu Cikgu Marini bt. Ridzuan.Comel cikgu ni,tah mana dia mengajar sekarang.
Kadang-kadang aku nak lepas sangap melukis aku,kat mana-mana pun jadi.Masa aku menganggur,aku melukis belakang kalendar Felda je.Kalendar tu besar,memang sesuai sangat jadi platform lepas geram.
Tiga buah lukisan aku lukis kat belakang kalendar tu,gambar silhouette Solid Snake(teknik lukisan karekter dia aku suka,macam tenyeh-tenyeh berus je tapi cun),gambar Gundam ZGMF-X10-A(Freedom Gundam) dan satu lagi lukisan karekter perempuan dalam Game Online Mabinogi.Semuanya saiz besar.
Kesudahannya tau kemana semua lukisan tu?
Gambar Solid Snake jadi penghias stall burger member aku,gambar Gundam aku bagi kat sepupu aku.Aku tengok dia teruja sangat dengan gambar tu,so aku bagi jelah.Tapi itu kira normal,tak ada yang amazing pun.Semua orang guna tangan untuk melukis.Berlainan dengan Natalie Irish dari Texas,dia melukis dengan mencium kanvas lukisan.Alatan untuk dia melukis cuma koleksi lipstik pelbagai warna dan kanvas.Hasilnya agak amazing untuk lukisan menggunakan bibir.Bertuah boyfriend/suami dia,muahaha!Paling koman lovebite mesti bentuk heart,LOL!




Sumber berita yahoo news