Rabu, 28 September 2011

Rumah Papan Expanded Polystyrene

Aku pernah terbaca kat satu forum tentang sebuah jambatan kat Melaka yang menggunakan polystyrene sebagai salah satu material pembinaan.Kecoh jugak la isu tu,ramai yang komplen pasal harga mahal(7 juta kalau tak salah),dan penggunaan polystyrene sebagai material yang kelihatan sangat 'aneh' dimata rakyat Malaysia.Agak banyak pertikaian terutamanya dari segi kekuatan polystyrene sebagai bahan binaan.
Apa sebenarnya polystyrene dan setakat mana penggunaannya selain dari bekas pembungkus maggi goreng mamak?
Salah satu jenama pengeluar insulator,PolarGuard
Polystyrene atau nama sebenarnya EPS,singkatan untuk perkataan Expanded Polystyrene ialah bijian polystrene yang dipanaskan menggunakan stim atau udara panas.Beberapa kaedah digunakan pengeluar untuk mengawal kepadatan dan ketumpatan EPS untuk tugas tertentu.
Kebiasaannya EPS digunakan sebagai bekas makanan atau minuman,soundproofing,dan dalam pembungkusan barangan.Disebabkan ciri-ciri EPS yang tahan lasak,ringan,perintang haba yang baik,kos rendah,dan boleh dikitar semula,penggunaannya menjangkau sehingga ke bidang pembinaan.Di US,adalah normal penggunaan EPS sebagai foundation untuk lebuhraya terutama di kawasan yang tanahnya kurang padat.Lapisan EPS akan disusun kemudian ditutup dengan lapisan getah diikuti selapis tanah dan terakhir barulah turapan bitumen dilakukan.
Antara kegunaan lain EPS yang juga popular adalah sebagai penebat haba untuk rumah-rumah.Di negara empat musim,penebat haba penting untuk mengharungi musim sejuk.Nilai R,iaitu rintangan haba/unit luas yang tinggi menjadikan ianya penebat haba yang baik,samada untuk mengekalkan suhu hangat dalam kediaman ketika musim sejuk,atau menahan haba luar ketika musim panas.Penggunaan pemanas elektrik atau penghawa dingin dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan elektrik.
Semakin tinggi nilai R,semakin baik kadar kerintangan haba dan ianya bergantung kepada ketumpatan dan ketebalan  EPS.Contohnya cuaca Malaysia yang panas lembab,penggunaan EPS boleh dipraktikkan dalam pembinaan rumah-rumah kampung.Dinding papan dilapisi dengan kepingan EPS sebelum ditutup dengan kepingan plywood untuk kemasan bahagian dalam rumah.
So,lepas ni jangan terkejut kalau terjumpa polysyrene kat mana-mana tapak pembinaan.Benda ni akan bertambah meluas penggunaannya.Katakan satu hari nanti korang beli rumah,mungkin ada terdapat beberapa bahagian yang menggunakan EPS.Jangan mangkuk jamban pun guna EPS dah la.