Isnin, 3 Oktober 2011

Arsenal Bukan Lagi Kuasa Besar EPL



Yaaa...benar kata-katamu itu Wenger.Handbrake pemainmu sangkut.Permainan Arsenal semakin perlahan sedangkan sebelum ni ketika mengharungi cabaran perlawanan kedua Champion League peringkat kumpulan menentang Olympiakos,tempo permainan sangat pantas.
Serangan yang lambat,passing yang terbabas,kurang yakin membuat percubaan ke gawang lawan dan membuka banyak ruang untuk jentera serangan Tottenham.Permainan Bale,Van Der Vaart,Defoe dan Adebayor menenggelamkan kemahiran van Persie,Walcott,Gervinho dan Ramsey.
Aku pernah terbaca dalam satu artikel online,dah lupa sumbernya.Tajuknya "Never Sell A Player To Your Rival" yang merujuk kepada amalan Arsenal.Lebih kurang macam tu la bunyi tajuknya.
Bermula dari penjualan Ashley Cole kepada Chelsea,diikuti Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure hinggalah yang terbaru ketika musim pertukaran pemain awal musim ini,Samir Nasri dan Gael Clichy.Kesemuanya ke kelab Manchester City.
Cesc Fabregas adalah isu lain.Pemergiannya ke kelab Barcelona sepatutnya tidak menjejaskan perjalanan Arsenal dalam liga Inggeris.Akibatnya kedudukan terkini Arsenal,berada di tangga ke-15 dengan 7 mata dari 7 perlawanan.Hanya menang dua kali,seri sekali dan kalah empat kali.
Lihat bagaimana prestasi Adebayor ketika dipinjamkan ke Real Madrid dan kali ini sekalipun dipinjamkan sekali lagi ke Tottenham,prestasinya konsisten dan sentiasa membuat hantaran-hantaran yang cantik ketika serangan dilakukan,biarpun tidak menjaringkan gol.
Menjual pemain sendiri ke kelab yang turut bersaing dengan kelab sendiri,umpama memberi bayangan taktik permainan dan seterusnya segalanya boleh diramal.Ditambah dengan kecenderungan pemain untuk cedera,semalam ketika bertemu Tottenham Bacary Sagna mengalami keretakan pada fibula kaki kanan.
Dijangkan Sagna akan diketepikan selama tiga bulan.Selain Sagna,Tomas Vermaelen,Jack Wilshere,Abou Diaby dan Johan Djorou turut sama dalam senarai.
Impian juara Liga Inggeris sudah boleh dilupakan.Cuma tinggal slot untuk Liga Juara-Juara masih kelihatan mampu diisi.Tapi jangan dilupakan saingan kelab Manchester City,Newcastle dan Tottenham.