Jumaat, 28 Oktober 2011

Golongan Miskin Dan Wang Zakat

Dengan tajuk entri macam ni punya skema,jangan harap la pageload tinggi.Tapi takpe,aku tulis apa yang patut.Nak berdakwah tak pandai,sampailah tahun 2011 ni makin ramai alim kucing.Tak caya?
Dulu sebelum ada Astro kerap jugak aku tengok rancangan Bersamamu kat TV3.Lelama cam xle blah plak,bukan pasal tak suka.Aku agak sensitif sikit tengok orang susah ni.Tapi masa zaman pengacaranya si Fifi dulu la.Skang suka tengok Fifi Fairuz Fuyoo,haha!
Bila citer bab orang susah ni,macam-macam persoalan yang timbul dalam fikiran aku.Ingat tak dulu ada satu family yang makan siput babi rebus?Kenapa siput babi?Susah gila nak jumpa siput babi,hatta kat kampung sekalipun.Belum lagi soal cukup atau tak untuk hidangan sekeluarga.
Kenapa siput babi jadi pilihan aku tak taulah.Aku tak sempat tonton siarannya masa tu.Bagi aku la,kalau kat kampung lagi senang cari ikan dari cari siput babi.
Satu lagi kalau korang perasan,bukan dalam rancangan Bersamamu je,apa jugak rancangan yang membongkar tentang kehidupan rakyat miskin,kebanyakan darinya adalah penoreh getah.Tak kiralah ladang sendiri atau ambik upah.Empat-lima tahun dulu aku rasa mungkin ya,harga getah murah.Tak stabil pulak tu.Sekarang ni?Seharusnya penoreh getah dah lama keluar dari kepompong kemiskinan.
Yang peliknya susah sangat nak jumpa dan agaknya takde media TV yang highlight tentang peneroka sawit susah,padahal sama je.Sawit pun harganya tak konsisten.Dalam Felda,semuanya setaraf masa mula-mula meneroka tanah,yang membezakan masa depan diorang,rajin dengan malas je.
Yang ni aku mintak maaf sikitlah,mana tau agak menyinggung.Kebanyakan orang susah yang keluar TV,dari Kelantan atau Kedah.Tolak tepi isu politik atau pun teori media mainstream.Betul ke macam tu?Ada kampung yang bekalan air bersih pun takde?Zaman apa ni?Ada yang cakap rumah kat Kelantan besar-besar,ada jugak kata nampak mundur(sekali lagi maaf).Orang kata,ok?Mungkin betul kedua-duanya,sebab jurang antara golongan pendapatan tinggi dan yang miskin terlalu jauh.
Aku membebel panjang ni bukan ape,terdetik dalam hati "aduyai bangangnya..." bila baca berita kat Kosmo hari ni,Amil Lesapkan Wang Zakat Diburu .Walaupun kes ni berlaku di Johor,mungkin ada kes terpencil yang tak dihidu media massa.Imam sebat duit zakat RM19,000,apa ni?Awat imam la ni loklaq sangat?Tidak tahukah kamu yang wang zakat itu untuk kegunaan golongan asnaf yang memerlukan?Atau sudah jadi downpayment kereta baru?Cibai betul.
Duit zakat juta-juta,tapi entah sampai ke tidak kepada golongan miskin...Mangkuk ni kalau ada lagi 100 orang,korang bayangkan.

*Update:
'Imam' yang menggelapkan wang zakat sebanyak RM19,510 ni dahpun dikenakan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan.Beliau bershopping sakan menggunakan wang zakat tersebut untuk kegunaan peribadi.
Beritanya disini .