Khamis, 20 Oktober 2011

Katanya Pelakon Drama Korea Tak Cantik....


Artikel dalam paper Harian Metro semalam..

Isunya tentang kegilaan rakyat Malaysia dengan drama bersiri Korea kebelakangan ni.Pelanggan Astro pulak dapat menonton dari channel KBSW atau nak lagi best,One HD.Siapa rajin tengok drama Korea?Comel tak Dan Sa-Ran dan Ra Ra dalam New Gisaeng Story?
Apa yang agak menarik tentang artikel semalam...


Rakaman HD format widescreen (16:9) jika ditayangkan ke layar bersaiz 4:3,pelakon Korea akan kelihatan kurus.Aku faham dengan maksud penulis.
Tapi rasanya keterangan dia mengundang persoalan.Drama Korea HD berformat widescreen(16:9) jika dipancarkan ke layar bersaiz 4:3,akan menyebabkan gambar tersebut termampat.Maksudnya karekter akan jadi lebih 'kurus'.Memang betul.Cuma adakah maksudnya bahawa pelakon drama bersiri Korea sebenarnya tidak kurus & tinggi lampai?Hanya dengan bantuan 'squeeze' dari format 16:9 ke 4:3 barulah diorang kelihatan langsing?
Pada pendapat aku,sebenarnya ke'kurus'an diorang ni tak ada kaitan dengan format rakaman dan format penyiaran sebab diorang sememangnya kurus.Aku agak yakin dengan kenyataan aku ni,di Korea persaingan untuk menjadi artis/pelakon sangat tinggi.Kumpulan K-Pop berlambak,satu group kadang-kadang sampai 10 ahli.
Untuk survival lama dalam industri seni kat sana,penjagaan bentuk badan,rupa paras,imej,dan kecantikan kulit sememangnya diambil berat.Menonton drama Korea dalam format asal 16:9 dah cukup menampakkan diorang kurus.

Untuk lebih kefahaman bersama:

RAKAMAN FORMAT 4:3

Disiarkan di layar widescreen dengan format 16:9.Gambar akan 'mengembang' ketepi kerana ditarik untuk memenuhi ruang monitor(stretch).

Nampak perbezaannya?

RAKAMAN FORMAT 16:9


Ditonton dengan menggunakan skrin berformat 4:3.Nampak perbezaannya?Pakcik berjambang tu jadi semakin tinggi dan bahu perempuan tu makin 'jatuh' kerana gambar di'squeeze'kan untuk layar 4:3.

Sesetengah tulisan dalam artikelnya betul,terutamanya tentang jalan cerita Korea ni tak la menarik sangat.Tapi OK la kalau nak cuci mata tengok awek Korea,hehe!

*imej perbezaan 4:3 dan 16:9 dipinjam dari http://johnaeryn.com