Jumaat, 21 Oktober 2011

Sunday Derby:Manchester United vs Manchester City

Minggu ni adalah minggu yang menceriakan untuk peminat Arsenal.Kemenangan 2-1 keatas Sunderland hujung minggu lepas hasil jaringan van Persie dan juga 3 mata penuh dalam perlawanan peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara.Semalam Aaron Ramsey menjaringkan gol di saat-saat akhir untuk meletakkan Arsenal di tempat teratas Kumpulan F mengatasi Marseille.


Buat masa ni Arsenal menghuni tangga ke-10 dengan 10 mata dalam Liga Perdana Inggeris dan akan menerima kunjungan pasukan Stoke City Ahad nanti.Stoke bermain dengan agak baik awal musim,hanya kalah dua dari enam perlawanan terakhir.
Perlawanan 'derby' yang diperkatakan sepanjang minggu,pertemuan Manchester United vs.Manchester City.Pendahulu liga yang konsisten setakat ni,City yakin mampu menang di Old Trafford,dan Manchester United cuba bangkit selepas perlawanan dengan Liverpool yang berkeputusan seri.Ramalan aku,mungkin Manchester City menang dengan gol tipis,atau berkesudahan seri.
Peminat MU dan Man.City,sarung baju AON dan Etihad Airways memasing,jam 8.25pm hari Ahad 23 Oktober 2011 di saluran Astro 812/832.
Perlawanan lain,tak berapa menarik.Hari Sabtu aku nak tengok Newcastle vs Wigan,hari Ahad Arsenal vs. Stoke City.Alamak!Match time overlap dengan derby match la pulak.