Selasa, 25 Oktober 2011

Undilah Blogger Yang TERBAIK!

Skang Nuffnang dah antar emel pasal Asia Pacific Blog Award yang bakal berlangsung Disember nanti.Dalam ramai-ramai blogger kat Malaysia ni,kalau tak salah 500 blogger akan dijemput memeriahkan award ni nanti.



Undian bermula 24 Oktober 2011 sampailan jam 11.59pm 2 November 2011.Ada 10 kategori termasuk award Blogger of The Year.Undi kat sini .

Sedih sebenarnya bila baca email Nuffnang ni.Macam perli gua je..Haha!Blog macamana yang bakal diundi nanti agaknya?Apakah kriteria yang bakal jadi penentu untuk ditabalkan sebagai blogger terbaik?
Blog yang ramai peminat?Blog kelakar?Blog yang visitor puloh riban sebulan?Blog awek cun?Abang hensem?Mesti la yang POPULAR.Blog best kalau orang tak pernah baca pun masalah jugak.

Macam-macam pesen blogger ni...Gua belek-belek kategori yang ada,tak de satu pun yang sesuai untuk gua undi blog gua sendiri sebab tak layak,haha!Korang pilih la baik-baik blogger untuk setiap kategori yang dipertandingkan.Title Blogger of The Year ni bukan senang.Blogging ni macam main autoshow Malaysia kot.Kadang-kadang ada yang ok,kadang-kadang takde seni,lari konsep.Yang ada,bodykit melengkung-lengkung tahpape,rim ayam,bulu-bulu celah tayar...Dah lari maksud Autoshownya.Sama la macam blogging.
Jangan lari tajuk baii..citer pasal blogger award ni.Harap blogger semua pilih yang TERBAIK.Bukan senang,berlambak blog dalam Malaysia ni,nak kena review sebijik-sebijik,baru boleh jumpa blog terbaik.Pilihan dikeyboard korang.Trimas!