Jumaat, 30 Disember 2011

24 Disember 2011;Hari Yang Panjang

Tarikh diatas adalah hari persandingan member sekerja aku,Afendi di sebelah pengantin perempuan yang dilangsungkan di SMK Panchor,Seremban.Diorang punya kahwin ni sikit lain dari pengantin biasa sebab didahulukan dengan kenduri kahwin rumah pengantin lelaki.Sebabnya hujung tahun ni musim banjir.Untuk mengelakkan majlis kahwin berlangsung di dewan pemindahan banjir atau parah lagi bersanding atas bot,majlis sebelah lelaki diadakan lebih awal.
Disebabkan ramai yang tak pergi ke Kuantan,kitorang semua pakat-pakat bertandang ke Seremban,bukan jauh pun ye tak?Memang tak jauh,kalau rujuk Google Earth pun Gombak-Panchor lebih kurang 90.5km je.Tapi itu secara teorinya,realitinya belum tentu lagi.
Aku gerak dari depan kilang Ramly Burger lebih kurang jam 1.30pm lepas dapat call dari Yatimi yang bagitau Highway PLUS jem."Apekehal PLUS nak jem pulak Sabtu ni,patutnya Jumaat la nak jem pun".Diorang yang gerak dari Shah Alam pukul 11 pun baru nak Exit Nilai.Kat Malaysia memang macam ni,cuti Deepavali ke,CNY ke,hatta Krismas pun orang Melayu yang sakan balik kampung.Highway PLUS pun jadi jem,dua-dua arah pulak tu,tak paham betul aku...

"Selamatt...hari Krismas...la,la,la"
Lepas berperang dengan klac manual ("keter resing wajib bertransmisi manual"-Mao Ze Dong) selama 2 jam setengah,pukul 4 aku sampai ke tol Senawang.Ingatkan dah lega sikit,rupanya N9 ni jemnya mengalahkan KL.Dua kali tak paham.Member aku yang sekumpulan ambik Exit Nilai entah lepas kemana aku pun tak tau.Bila aku call,rupanya diorang pun baru sampai.Aku yang gerak pukul 1.30 pun perut mendidih,diorang agaknya dalam perjalanan dah jadi kanibal,makan member sebab lapar sangat.Patut la aku tengok jari kaki Yop tinggal dua je.
Jam 4.30pm,aku selamat sampai ke SMK Panchor.Salam pengantin kejap,pastu terus cari member rapat aku,namanya pinggan ngan nasik.Meja pun tinggal dua je.Nasib baik Firdausi 'book' table tu dari pagi tunggu kitorang,takde siapa nak kacau.Lone ranger betul la mamat ni.Siapa berani tegur Firdausi?Nak rasa lempangan Great Khali silakan cuba.
Settle makan,menembak gambar dengan pengantin,maka boleh dah balik dengan harapan sampai kerumah dengan cepat sebab lutut aku dah rasa macam kena gout.Klac manual punya pasal.Bila mengenangkan PLUS jem,kitorang guna Lebuhraya LEKAS yang tak lekas mana pun bila hujan.Masa tu la nak tutup lorong,jadi lorong kontra.
'Pandai'nya diorang repair jalan time hujan
Adoiiii...Tamat lorong kontra,dalam hujan renyai tu aku nampak sebijik Alza melintang kat lorong laju.Apekehal pulak ni.Entah-entah kereta member gua,si Nuar.Rupanya memang betul.Alzanya hydroplanning dan terbabas melanggar pembahagi jalan.Mujur tak teruk sangat,semua dalam kereta dia pun selamat.


Nak tembak banyak gambar tak boleh,tangan pegang payung
Bawak dia pergi IPD Seremban,punyalah ramai orang eksiden.Bincang punya bincang,aku yang berdua je dengan wife aku bawa Yatimi dengan Yop balik Shah Alam.Baru aku tau rumah Yoppoyomasukair ni jauh bebenor.Ceruk Subang mana tah di sewa rumah.Pung pang tung tang....pukul 9.30 malam aku sampai Kota Damansara.Nasik beriani kenduri petang tadi pun tak cukup nak tampung kapasiti perut aku.
Perjalanan memenuhi jemputan kenduri menjadi satu perjalanan yang panjang dan banyak kisahnya.Kenduri dekat je,tapi kita hanya mampu merancang ye dak?Apapun,Selamat Pengantin baru untuk Afendi dan isteri.