Khamis, 12 Januari 2012

Poster Kempen WWF

Poster kempen WWF yang kreatif!

Klik untuk besarkan gambar
Sekali imbas,gambar hutan hujan yang dilitupi lumut diatas memang cantik tanpa kita sedar apa yang tersembunyi disebaliknya.Sebenarnya:

Tersembunyi disebalik gambar tu adalah haiwan-haiwan yang terancam akibat penebangan hutan.Poster ni bukanlah dicipta untuk bermain 'cari barang tersembunyi'.Maksud tersiratnya ialah,bila hutan ditebang dan pokok tiada,tanpa kita sedar sebenarnya haiwan-haiwan ni pun akan hilang sekali.
Orang utan,sloth dan gorila tu memang kita tahulah statusnya yang memang terancam.Tapi aku tak rasa wild hog tu terancam.Bebaru ni aku tengok dokumentari Man vs. Wild;Malay Archipelago,Bear Gryll tunjuk teknik survival kat sebuah pulau antara Sabah dan Filipina.Pulau tu kecik je tapi memang terpencil.Walaupun jauh dari tanah besar,ada babi hidup kat pulau tu.Dasat betullah.Korang rasa macamana boleh ada babi hutan kat situ?

Sumber DailyMail