Rabu, 4 April 2012

Apa Cerita Tepung Ni?

Robert Kuok Tepung

Aku terbaca kat satu wall Facebook member aku tentang satu artikel mengenai kempen boikot produk tepung gandum cap Sauh,tepung gandum cap Kunci dan minyak masak Seri Murni.Khabarnya tepung gandum tersebut mengandungi Benzoyl Peroxide yang berbahaya dan Vitamin B1 bersumber babi.Begitu bermanfaat sekali babi dalam kehidupan manusia sampai Vitamin B1 pun dari babi?

Macam apa yang aku cerita dalam entri yang lepas,mak aku adalah pembuat kuih prolifik,so bekalan tepung memang main guni terus,tak main la peket sekilo ni.Jenama kegemaran mak aku ialah Tepung Gandum Cap Kunci sebab mak aku cakap kuih tradisional yang terhasil lebih cantik,gebu dan mampu menggugat iman jika sedang berpuasa.

Maka,ada baiknya aku cuba mencari sedikit maklumat tentang status ‘halal’ dan apa yang aku mampu cari tentang produk yang jadi pertikaian ni.

 

Pertamanya status halal:

Produk:Tepung gandum Cap Sauh/Kunci

Pembuat:Johor Bahru Flour Mill Sdn.Bhd

Laman web:www.jbfm.com.my

Sijil halal:Tamat pada 30/9/2013

 

Produk:Minyak masak Seri Murni

(Aku semak dua kali dalam senarai 59 pemegang sijil halal kategori minyak masak di direktori halal JAKIM tapi tak jumpa.Mungkin aku tersalah pandang.Korang check balik nanti kat SINI)

 

Keduanya,Vitamin B1(thiamine):

Sumbernya tak begitu jelas melainkan sebaris ayat yang aku jumpa dalam Wikipedia iaitu”Yeast, yeast extract, and pork are the most highly concentrated sources of thiamine”.Aku harap apa yang diperkatakan dalam gambar diatas bukanlah berdasarkan artikel Wikipedia ni.

 

Ketiga,Benzoyl Peroxide:

Benzoyl Peroxide memang digunakan dengan meluas dalam pemprosesan tepung untuk memberikan warna yang lebih putih.Pendapat aku,MUNGKIN penggunaan Benzoyl Peroxide ni tidak hanya pada satu jenama sahaja.Untuk pengetahuan semua,penggunaan Benzoyl Peroxide sebagai bleaching agent untuk tepung dilarang di UK sejak 1997.