Isnin, 23 April 2012

MBF-P03R Astray Blue Frame 2nd Revise

Gambar Exia Avalanche yang dah siap belum lagi aku upload,tapi dah siap sebijik lagi Gundam iaitu Gundam Astray Blue Frame Second Revise Gai Murakumo,MBF-P03R.Panjang bebenor namanya.

 

Spesifikasi:

 

Model Number MBF-P03R
Manufacturer Morgenroete Inc
Operator Serpent Tail
Pilot Gai Murakumo
Height 18.32m
Weight 62.7 tons
Power plant Ultracompact Energy Battery
Armor Foaming Metal
Frame Material Phase Shift Armor
Armament 2 x “Igelstellung'” multi barrel CIWS
6 x Armor Schneider combat knife
4 x Armor Schneider foot combat knife
2 x Armor Schneider combat knife hand carried
Special Equipment Tactical Arms II backpack
90mm Gatling Gun
Oversized blade

 

Berada di rumah mertua selama seminggu menemankan isteri menjaga anak memang membosankan.Jujur aku cakap.Jaga isteri dan anak tu tak bosan,cuma faham-fahamlah dirumah mertua,nak buat benda yang macam biasa kita buat kat rumah sendiri memang tak boleh.Ada restriction sikit.Kena la behave ye tak?Tapi mana tahan nak ‘berlakon’ lelama,haha!Betul ke aku cakap ni.Contohnya tak boleh terlentang suka-suka hati depan TV dari pagi sampai petang,buka baju sesuka hati dan sebagainyalah.Tak taulah kalau ada lelaki(suami) lain yang sangat gembira duduk lama-lama dirumah mertua,tapi yang pastinya bukan aku.Hehe!

Disebabkan kebosanan yang amat sangat(dan juga difahami oleh wife aku,thanks!),maka dengan sokongan kewangan beliau,aku dapatkan seunit lagi Gundam dalam masa sebulan.

Macam biasa,kedai Toy’s N Hobbies di e@Curve jadi sasaran aku.Belek punya belek,compare sana-sini,Gundam Astray Blue Frame skala 1/100 MG jadi pilihan aku dengan harga RM178.Dah main tiga unit Master Grade,rasa tak best dah nak layan High Grade.

Tengah tunggu cashier pulangkan baki,ternampak pulak Gundam Unicorn RX-0 Ver.Ka.Alamak…lagi cun la pulak…Takpelah,bulan depan confirm gua sambar teruss!

So,dikala isteri baru bersalin dan anak masih kecik yang memanjang tidur,memang sesuai untuk aku tumpukan perhatian kepada ‘baby’ mecha ni.Tiga hari dah siap semua.Cuma stickernya tak best.Tak macam Strike Freedom HG yang aku beli dulu,stikernya jenis tatoo yang jauh lebih cun,tepek pastu tenyeh-tenyeh sikit then kopek pelan-pelan.

*Semalam aku letak gambar dari Google je,so ni dia gambar sebenarnyanya.Aku tak boleh nak capture banyak sangat sebab henpon Aino aku ni dah bengong.Tak boleh nak off flash,maka gambarnya akan jadi overexposed.Dah ada shot yang baik nanti aku akan upload lagi yea?

DSC01087