Jumaat, 28 September 2012

Benarkah Wujud Piramid Melayu di Malaysia?

Semalam aku MC,sakit pinggang.Sesuatu yang sangat jarang aku buat adalah MC sebab aku jarang sakit teruk.Alhamdulillah.Tapi semenjak bekerja dengan environment yang mencabar,badan aku jadi fragile.Contohnya tahun lepas,dalam bulan April aku terpaksa menjalani pembedahan 'slipped disc' seminggu sebelum nikah.Sebelum operate,dua kali aku ke klinik sebab sakit belakang.Tapi sebab muka aku ni cool sangat walaupun sakit pinggang,doktor tak teringin nak menghadiahkan aku sijil MC barang sehari dua.
Oleh kerana aku berehat saja dirumah semalam,agak banyak masa yang dapat diluangkan untuk membaca blog dan tak sangka militaryofmalaysia.net ada entri baru.En.Shah selaku ownernya memang jarang dapat menulis entri terbaru,yelah bukan senang nak kumpul fakta.Tetapi kali ni beliau menulis sesuatu yang diluar kebiasaan,yakni tiada kaitan dengan dunia ketenteraan.

 

PIRAMID DI MALAYSIA?

(Memang ada,terletak di Sunway Pyramid,haha!)

Harap baca sampai habis…


Sebelum ni cuma sekali ada beliau menulis tentang eksplorasinya ke sebuah lokasi rahsia di Malaysia yang menempatkan puing-puing tinggalan penjajah,jauh ditengah hutan.Tetapi entri terbarunya lebih menggemparkan sehingga membuat aku terfikir apa yang aku tahu selama ini mengenai Malaysia adalah cuma sekelumit sejarah dari apa yang pernah berlaku di tanahair kita.
Bagi kebanyakan dari kita yang bersekolah menengah sehingga tingkatan lima,sejarah Malaysia boleh dikatakan hanya bermula sekitar kerajaan Majapahit,kedatangan Parameswara dan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.

Kalau nak diikutkan memang tidak lengkap langsung,tapi rasanya bersesuaianlah dengan tahap sekolah menengah.Jika disumbat semua sekali sejarah peradaban manusia dari dulu sampai sekarang alamatnya tak boleh nak belajar subjek lain.

Berbalik kepada entri terbaru En.Shah dalam blog militaryofmalaysia.net tu,aku cuba tunjukkan kepada seorang kawan sekerja aku.Lepas dia baca nampaknya beliau meragui kebenaran cerita En.Shah.Aku akui ada sedikit unsur mistik/mitos yang menyebabkan keseluruhan cerita kelihatan seperti sebuah fiksyen.Salah satu point kawan aku,dia meragui akses En.Shah yang melibatkan unit risik tentera.Pada pendapat kawan aku ni,keanggotaan risik adalah rahsia,sehingga anggota tentera sendiri tidak tahu siapa anggota risik dikalangan mereka.Aku sendiri lagilah tak tahu tentang organisasi tentera ni.Terpulanglah apa yang kawan aku nak fikir.

Pada aku,En.Shah tidak perlu membuang masa menulis blog sejak sekian lama jika hanya untuk menipu.Tetapi entri En.Shah mencetuskan sifat ingin tahu yang sangat kuat untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai piramid di Semenanjung Malaysia ni walaupun klu yang diberi beliau sangat kabur.

Beliau hanya menyebut lokasinya terletak di hutan dara sempadan Pahang dan rupabentuknya tidak lagi berbentuk piramid.Setelah sekian lama,piramid itu diselubungi hutan rimba yang tebal.Masalahnya,Pahang bersempadan dengan Terengganu,Kelantan,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor dan kita semua tahu sebahagian besar Pahang dilitupi hutan tebal dengan rupa mukabumi yang berbanjaran dan berbukit bukau.

image

Dimanakah piramid misteri itu?

 

LOKASI PIRAMID?

Dari entri En.Shah,pembacaan aku bersambung ke sebuah lagi blog yang dipautkan oleh seorang pembaca.Blog yang bernama MistisFiles ada menyelitkan sedikit maklumat tentang piramid Melayu dalam entrinya,klik sini.Entri tersebut ditulis pada 1 Oktober 2011.
Secara ringkasnya,penulis menceritakan pertemuannya dengan seorang ‘wakil’ Kementerian (aku terbayangkan Agent Coulson dalam Avengers) yang mahu berjumpa beliau berkenaan satu foto lama bertarikh akhir 1891.Menurut penulisan Cik Srikandi(nama pena beliau),beliau telah ditunjukkan gambar lama hitam putih yang menunjukkan beberapa pegawai British dan tiga orang asli berlatarbelakangkan kota purba serta jauh dibelakang gambar,terlihat puncak piramid.

Pertama kali aku membaca ayat-ayat dalam entri beliau,aku rasa semacam.Aku tak kata beliau juga penulis fiksyen yang baik,cuma aku berharap ianya benar,sama seperti entri En.Shah.

Seperti klu yang diberikan En.Shah,lokasinya ditengah hutan dara sempadan Pahang adalah agak bercanggah dengan kebanyakan civilization yang kita belajar selama ni.Kebanyakan tamadun bermula di pesisir pantai dan kuala-kuala sungai.

Tetapi jawapan yang aku fikirkan hampir sama dengan apa yang ditulis oleh Cik Srikandi.Bukankah Angkor Wat itu dibina ditengah hutan?Bahkan Kota Mayan terletak jauh dalam hutan di Palenque Mexico.Machu Picchu di Peru juga berjarak 358 kilometer dari pantai yang terdekat.

Tak banyak informasi berbahasa Melayu yang dapat membantu di internet.Kebanyakannya yang meninggalkan komen dalam entri-entri En.Shah dan Cik Srikandi lebih terarah ke kisah zaman-zaman Nabi yang pada aku tidak dapat membantu langsung.Mungkin benar dahulukala bangsa Melayu bangsa yang agung setaraf dengan tamadun-tamadun awal,tapi buat masa ini bukti kukuh belum didapati.Ianya masih lagi disimpan kukuh oleh pihak-pihak yang berkenaan atas alasan untuk mengelakkan penjarahan oleh Lara Croft di tapak-tapak bersejarah tersebut.

Aku yakin bila tiba masanya nanti,semua orang layak tahu kebenarannya tentang cerita-cerita ni dan sesiapa yang berminat,bacalah dengan lebih lanjut di laman blog mereka.

Selamat menyiasat.