Khamis, 11 Oktober 2012

Siri Ke-8 Fighter Aircraft Collection;F/A 18D Super Hornet

Buat masa ni serius tak ada idea nak post entri baru.Dok survey-survey laman berita online pun cerita-cerita biasa je yang ada.So,aku terpaksa ceritakan tentang eksais bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia dengan US Navy minggu lepas.Ini antara gambar yang sempat di shoot untuk tontonan orang awam.

 

IMAG0404

IMAG0405

IMAG0406

 

US Navy F/A 18D Super Hornet terbang sebelah menyebelah dengan Mig-29N TUDM

IMAG0417

 

Sori..gua kencing je pasal eksais bersama tu,hehe!Sebenarnya F/A 18D Super Hornet ni adalah model yang ditampilkan dalam siri ke lapan Fighter Aircraft Collection yang aku beli minggu dua lepas kot.Siri keenam dan tujuh aku dah terskip sebab kedai buku kat tempat aku malas nak ambik.Agaknya sebab siri kelima Fokker Triplane tu masih berlambak tak laku.

Huduh bai,harga sama je RM29.90.Tak pasal-pasal aku terlepas siri tujuh,Harrier Jump Jet.Siri ke sembilan memang best sebab model seterusnya adalah F-22 Raptor.Dah beli kang aku upload.