Khamis, 14 Mac 2013

Tahniah Untuk Arsenal!

Musim bolasepak 2012/2013 langsung tak ada entri pasal kelab bolasepak kesayangan aku ni disebabkan prestasi tidak konsisten.Walaupun agak kecewa dengan musim ini,keputusan awal pagi tadi amat membanggakan walaupun Arsenal tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara.

Awal pagi tadi Arsenal berdepan misi mustahil mencari tiga gol ditempat lawan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

 

1930033_w2

Pada 19 Februari lalu Arsenal menerima kunjungan pendahulu Bundesliga,Bayern Munich di Stadium Emirates dimana pihak tetamu mendapat tiga gol di tempat lawan dengan keputusan perlawanan 1-3.

Misi awal pagi tadi adalah sesuatu yang hampir mustahil,iaitu mencari tiga gol di Allianz Arena.Ianya hampir berjaya dilakukan apabila perlawanan malam tadi berkesudahan 0-2 melalui gol-gol dari Olivier Giroud dan Laurent Koscielny.Adalah sesuatu yang sukar dilakukan memandangkan FC Bayern Munich adalah pendahulu Bundesliga yang mencatatkan 66 mata setakat ini,20 mata dihadapan pesaing terdekat.

Walaupun dari segi aggegat 3-3,Bayern Munich berkelebihan gol ditempat lawan.Sekalipun perjuangan didalam saingan Liga Juara-Juara sudah berakhir,kemenangan malam tadi adalah penawar untuk ketidaktentuan prestasi sepanjang musim Arsenal.Ini adalah bukti bahawa Arsenal sebenarnya mampu menjinakkan lawan yang lebih besar.

Dengan baki 10 perlawanan liga domestik,diharapkan Arsenal mampu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara tahun hadapan.