Khamis, 4 April 2013

Apa Itu Macai

Dalam entri pagi tadi,aku ulaskan sikit tentang salah satu manifesto PR.Kalau sekali imbas,maybe ada yang akan fikir aku ni sedikit menentang manifesto tu.Harap tak ada yang salah faham,aku tak menentang,cuma ianya boleh ditambahbaik.Matlamat manifesto pun sebenarnya perancangan untuk kehidupan rakyat kearah yang lebih baik,tak gitu?Harga barang murah ke,mahal ke,kita telahpun dibentuk sejak zaman dahulu untuk mengamalkan hutang...Orang kita suka sangat berhutang.
Oklah,macam yang aku cakap dalam entri tu,aku cuba untuk memahami apakah dia erti perkataan "macai" yang seringkali disebut-sebut dalam apa juga artikel berkaitan politik.Hasil kajian aku sebentar tadi,maksud macai ialah kuli,orang suruhan,dan kasta terbawah dalam satu-satu organisasi.Sebenarnya perkataan macai berevolusi dari perkataan "pencacai" yang kemudiannya diringkaskan menjadi cacai.Kebanyakan dari kita mungkin biasa dengar perkataan "pencacai angkat najis" dari filem P.Ramlee,Seniman Bujang Lapok.So,boleh fahamlah bagaimana low classnya pekerjaan angkat najis ni.
Macai ni boleh juga dianggap sebagai pekerja bawahan,tetapi dalam bidang pekerjaan tak digunakan pulak istilah ni.Sebabnya dalam bidang pekerjaan,segala bentuk kerja yang diarahkan perlu dibuat samada rela atau tidak kerana dibayar gaji.Berbanding dengan "macai" arena politik,mereka menjunjung falsafah pihak yang disokong dengan begitu setia,rela berdebat apa saja walaupun tidak mendapat faedah secara langsung umpamanya bekalan beras setiap bulan.
Apa yang aku faham daripada maksud gelaran "macai" untuk orang-orang sebegitu,ianya tidak dikhaskan kepada mana-mana pihak/parti.Boleh tak aku katakan macam ni,"macai" boleh digunakan pada sesiapa saja yang termasuk dalam golongan seperti yang aku sebutkan tadi?
Sepatutnya boleh kan?

Maksud aku apa guna menuduh orang itu macai,orang ini pun macai.Macai detected!Haha!
Yang pastinya pihak yang memanggil seseorang itu macai,dah tentulah beliau juga berada dikelompok macai.Sebabnya dalam politik Malaysia ni,most butthurt person bila bertekak di internet levelnya macai juga.Cuma pihak yang disokong saja berbeza.Masing-masing tegar mempertahankan pendapat sendiri yang kebanyakannya tidak mengkaji baik buruk isu yang diperdebatkan .Betul tak?
Parlimen pun dah selamat dibubarkan semalam,maknanya tiada pihak kerajaan dan pembangkang sekarang.Semuanya adalah calon-calon kerajaan.Berpolitiklah dengan berhemah,berbicara secara matang,elakkan menghina lawan,dan yang penting bertindak seperti orang yang beragama Islam.Di pihak aku,aku cuma memerhatikan cuaca politik Malaysia,dan undi aku hanya untuk pihak yang "layak" mentadbir Malaysia dengan lebih baik dan seimbang segenap segi.
Memilih mana-mana pihak tidak salah,yang salahnya bila taksub sampai tak sedar diri sendiri juga terjebak dalam golongan "macai".