Isnin, 28 Oktober 2013

Giliran One X Tuan Tanah Rosak

Hari ni berlaku sesuatu yang menyebabkan aku terpana sebentar.Aktiviti pagi aku sebelum masuk ofis ialah minum pagi sesorang kemudian masuk ke kampus tempat kerja aku melalui pintu belakang,iaitu pintu masuk berhampiran Kepong Botanical Garden (KBG).
Waktu pepagi biasalah ramai orang terutamanya bangsa Cina buat akitiviti jogging dan tai chi berirama.Memandangkan laluan dari pintu belakang untuk menuju ke kampus utama agak sempit dan hanya mampu memuatkan sebuah kereta pada satu-satu masa,aku tunggang superbike Honda 125ccaku dengan perlahan sambil slalom dicelah-celah joggers yang suka duduk tengah jalan macam takde orang lalu.Sedangkan bunyi motor dan rantai karat aku agak kuat umpama enjin empat silinder sebaris 998cc dengan ekzos M4 tanpa dB killer.
Dengan santainya aku pergi thumbprint di bangunan berhampiran sebab blok opis aku tak ada mesin thumbprint.On da way nak thumbprint tu aku nampak satu brader mendukung anaknya,maybe sebab motor Kriss dia rosak.Lepas thumbprint,aku gerak balik opislah.Nampak brader tadi masih lagi menapak sambil dukung anak dia.Aku pun patah balik,kot-kot jauh tempat dia nak tuju dengan menapak tu.Bolehla tumpangkan dia naik superbike aku.
Kemudian aku nampak brader tadi masuk ke kawasan perumahan kakitangan.Rumah dia agaknya.Ok,bukan rezeki aku untuk bantu dia hari ni.Sampai je kat ofis,pintu masih berkunci,tapi lampu menyala.Maybe Cik Munirah dah sampai tapi ke toilet agaknya.
Sambil tunggu beliau,aku raba-raba poket cari phone.Cadangnya nak online sekejap sementara menunggu.Raba poket kiri takde,poket kanan pun takde,poket jaket pun takde.Aku dah mula gelabah puyuh.Gila sebentar bila sematpon hilang wehhhh!!!Aku tak tau berapa cepat aku turun dari 1st floor dan tunggang motor,sedar-sedar je aku dah separuh jalan nak ke pintu pagar KBG.
Sampai satu kawasan berhampiran parking awam,aku ternampak satu objek putih tertiarap atas rumput tepi jalan.Sah memang sematpon aku.Memula aku nampak skrinnya macam calar-balar dan basah terkena embun kat rumput.Bila aku lap sikit dan tekan button Power,baru nampak Gorilla Glass dah retak seribu.Apapun fungsinya tak ada yang terjejas termasuk touch screen dan LCD.
Tapi yang paling utama,aku dapat semula phone tu.Data-data kat dalam lagi berharga dari nilai skrin yang bakal diganti.Cuma satu yang buat aku terfikir,kesan kerosakan fizikal kat body polikarbonat dan juga Gorilla Glass tu nampaknya macam lebih dari sekadar terjatuh dari poket.Maksud aku sematpon aku ni pernah jatuh dari aras lebih satu meter,tapi tak ada terjejas langsung.Kali ni housing polikarbonat sompek teruk dua tempat.Skrin pun mujur ada protector yang masih memegang kaca Gorilla Glass pada tempatnya.Kena gelek motor yang lalu lalang agaknya.
Kedua,tempat tu ramai orang lalu lalang untuk berjogging,tapi tak ada orang yang usik/bawa balik phone aku.HTC One X aku warna putih,tertiarap lak atas rumput hijau.Ketara sangat kontranya.Aku yang bawa motor agak laju pun dari lebih 10 meter dah nampak phone aku.
Banyak persoalan yang muncul di fikiran aku,tapi syukur alhamdullilah phone selamat dijumpai.Mungkin ada peringatan dari Allah S.W.T untuk hambanya yang sering lalai.

*Gambar phone yang rosak aku akan upload kemudian.Wife aku suruh ambik gambar dan tunjuk kat dia.Aku terus ?????????? dengan dia punya request.Korang ada skil cmana nak capture gambar phone sendiri guna phone kamera tu?PM aku kalau ada.