Rabu, 27 November 2013

Respon Dari Pengurus Perodua SC


Berkenaan isu aircond kereta aku semalam,pagi tadi aku sempat menghubungi pihak Perodua Servis Sunway Damansara Technology Park melalui emel.Emel aku dijawab oleh Senior Manager Encik Sazali bin Md.Atan yang menerangkan situasi sebenar.
Apa yang berlaku ialah,cawangan Perodua Servisnya tidak pernah melantik mana-mana pihak luar untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan di premis mereka.Kejadian yang berlaku keatas kereta aku disebabkan oleh pekerja mereka yang tidak amanah dalam menguruskan pelanggan.
Antara lain isi kandungan emel beliau ialah,beliau bertanyakan kenapa aku tidak menservis kereta melalui syarikat,dimana pembayaran dibuat di kaunter dan disertakan resit.Begini ceritanya:

Pagi Jumaat tu aku ke Perodua Servis Sunway Damansara Technology Park selepas beberapa hari sebelumnya bertanyakan cawangan-cawangan  Perodua Servis berkenaan kos menservis sistem aircond.Memandangkan kos menservis disini lebih berpatutan dan jugak dekat,aku pilih pusat servis ni.Aku pun memang biasa hantar kereta buat major servis.
Macam biasalah,pergi ke kaunter dan bertanyakan costing kerja-kerja pembaikan aircond.Lepas tu tunggulah sekejap.Hari tu aku menunggu kat bilik tingkat atas sebab agak ramai orang sementara SA memeriksa punca kerosakan sistem aircond aku.
Tak lama lepas tu SA panggil aku bagitau kompressor rosak.Tah datang dari mana,tetiba ada Cina pomen yang offer kompressor recon.Nampak macam baik benar dengan SA tu.Aku takdelah fikir bukan-bukan sebab  mula-mula aku sampai kat Perodua SC tu pun memang aku berurusan dikaunter.Telahan aku agaknya kerja-kerja aircond memang di 'sub con' pada pomen luar.
Tapi bila bayar,Cina tu cakap bayar kat dia sebab dia cuma tumpang bengkel tu.Dah sah la takde resit.So,aku fahamlah ni projek luar staff diorang.Itupun aku tak berapa kisah sangat asalkan kerja dibuat dengan betul.
Yang menjadi persoalannya ialah,aku berurusan dikaunter,kenapa mekanik luar yang dipanggil?Aku tak mempersalahkan pihak pengurusan Perodua SC tu,cuma adalah malang bagi mereka mempunyai pekerja-pekerja yang tidak amanah.
Apa yang aku dah bayar pun takdelah aku fikir nak minta semula.Biarlah sistem pengadilan akhirat yang menentukan.Apapun aku ucapkan terima kasih banyak kepada Encik Sazali yang sudi menjawab emel aku.Pesanan aku kepada pemilik kenderaan Perodua,beberapa perkara perlu diambil perhatian:

1.Siapa yang menjalankan kerja-kerja pembaikan
2.Diterangkan secara terperinci bahagian mana yang mengalami kerosakan
3.Memastikan mekanik menjawab apa juga persoalan yang dibangkitkan pemilik kereta.Sekiranya mekanik cuba mengelak dengan alasan sibuk dan juga bekerja dibelakang pandangan kita,PASTI ada sesuatu yang cuba disembunyikan.Ini memang PASTI.Pasti kencingan sedang berlaku.
4.Perhatikan cara mekanik mencari punca kerosakan.Setakat buka bonet,intai-intai celah enjin then terus declare kompressor rosak,mekanik tu memang nak kena ketuk dengan spanar saiz 42.