Jumaat, 9 Disember 2016

Pasca Myvi 3SZ-VE


Sambungan episode lepas…

Spesifikasi asal K3-VE 1.3 DVVT dibandingkan dengan nadi baru 3SZ-VE 1.5 VVT-i :


K3-VE
3SZ-VE
Isipadu silinder
1298 c.c.
1495 c.c
Gerek x lejang
72 x 79.7mm
72 x 91.8mm
Nisbah mampatan
10.0:1
10.0:1
Kuasa
87hp (64kW)@ 6000 rpm
107hp (80kW)@ 6000 rpm
Kilasan
116Nm @ 3200 rpm
141Nm @ 4400 rpm
Nisbah kuasa/berat (tan)
91hp/tan
112hp/tan

Enjin K3-VE asal yang dipadankan dengan kotak transmisi manual cukup sesuai untuk penggunaan didalam bandar. Bagaimanapun nisbah gear akhir sebesar 0.750 menyebabkan pemanduan cruising pada kelajuan sekitar 110 – 120kmj di lebuhraya agak kurang enak untuk enjin bekerja.

Pada kelajuan tersebut, RPM bermain sekitar 3200-3500 menyebabkan penggunaan bahanapi agak tinggi. Pernah aku tulis dalam entri lepas yang mana kereta aku vs. Vios 1NZ-FE, Vios jauh lebih jimat untuk jarak yang sama. Salah satu rahsianya ialah nisbah gear akhir ni lah. Itu belum bandingkan nozzle fuel injector 4 lubang vs. 12 lubang lagi.
Hasil pemerhatian aku untuk enjin 3SZ-VE transmisi automatik pulak, pada kelajuan 100kmj, putaran enjin berada pada sekitar 2600rpm dan jika ditekan sehingga 3000rpm, speedometer menunjukkan kelajuan 120kmj. Ralat bacaan (+3km/j)

Daripada pemerhatian diatas dan dibandingkan dengan pengalaman memandu Alza manual dan Myvi SE 1.5 automatik, kesimpulan yang aku boleh berikan ialah transmisi automatik lebih jimat berbanding transmisi manual jika menempuh perjalanan jauh melalui lebuhraya. Manakala transmisi manual lebih kepada pemanduan jarak pendek dan banyak hentian. Dulu mitos yang kita biasa dengar ialah kereta automatik kuat makan minyak. Mungkin dulu-dulu agaknya, tapi sekarang teknologi dah matang.

Pasca Myvi 3SZ-VE

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda berminat untuk menjalankan kerja tingkat taraf macam aku buat ni.

1.Sediakan bajet ekstra
Mungkin ada beberapa komponen yang perlu ditambah / diganti,bergantung kepada pakej mekanik asalkan tak melebihi peruntukan kasar anda.

2.Perubahan sistem gear dan brek tangan
Perubahan ni taklah sukar mana, cuma diperingkat awal memang kekok jugalah.

3.Ketiadaan sensor undur
Yang ni kena beli lain. Kat kedai aksesori harganya dalam RM70-RM100 saja. Kalau mampu, belilah set audio 2-DIN yang lengkap dengan kamera undur.

4.Ketiadaan meter rpm
Bergantung pada bajet dan pakej korang, kalau dashboard tu Passo Racy lengkap meter RPM, harganya mahal sikit.

5.Ketiadaan meter penujuk suhu radiator
Meter Passo hanya menunjukkan simbol suhu sejuk (hijau),normal(tiada lampu menyala) dan merah (panas). Terus terang aku tak berapa gemar sistem lampu-lampu ni sebab tak nampak pergerakan suhu. Caranya adalah dengan menambah meter suhu air aftermarket.

6.Perbezaan alatganti
Walaupun kod enjinnya sama dengan Alza tempatan, tali sawat alternatornya tak sama. Awal-awal dulu aku dah terbeli tali sawat Alza (6PK1930), tapi tak boleh pakai sebab panjang sangat. Saiz sebenar ialah 6PK1580. Harganya ialah RM53. Tapi ni harga Bando sebelum 1 Disember.

Sama juga macam modifikasi Myvi pakai dashboard Passo yang didatangkan dengan EPS. Belting yang perlu digunakan bersaiz 4PK1590. Hah! Cuba la cari kat kedai spare part kalau ada. Ingat,enjin K3VE dengan sistem EPS tak ada kereta lain pakai kat Malaysia ni. Even Myvi Lagi Best 1.3 pakai EPS pun tak sama saiznya. Tapi bukan la tak ada langsung, boleh cari. Salah sorang yang berjaya cari belting rare ni aku le,haha!
Siapa nak sila emel. Kalau boleh order la banyak sikit, berbaloi aku nak pegi order kat supplier. Bermula 1 Disember, semua belting jenama Bando akan dinaikkan harga antara 11-15% kerana kelemahan Ringgit berbanding Yen.
Satu lagi ialah penapis minyak enjin. 3SZVE Jepun pakai sistem filter element. Maksudnya kita cuma perlu tukar elemen penapis. Elemen penapis yang compatible dengan enjin ni ialah elemen penapis minyak enjin Toyota Corolla Altis. Harganya mahal (RM35) berbanding filter Myvi biasa (RM8). Boleh beli 4 bijik filter standard Myvi tu. Tapi ini hal kecik saja, kalau tak mau pakai filter Altis, boleh tukar pakai tapak filter K3VE dan boleh pakai filter Myvi biasa.
Penapis udaranya juga berbeza. Apa yang mekanik aku buat ialah pakai balik air box Myvi dan boleh pakai balik penapis udara Myvi. Selesai masalah. Faedahnya ialah, airbox asal Myvi tu menyembunyikan 'kuasa' sebenar 3SZ dengan penampilan airbox yang tertera tulisan 1.3 DVVT. Kira macam bajet-bajet zuhud lah,kahkah!

7.Tiada pilihan parking pada posisi gear ‘N’
Yang ini paling kritikal kalau duduk rumah yang tak ada parking khas. Myvi 1.3  automatik masih boleh parking pada posisi ‘N’ dan begitu juga Myvi lagi best( letak posisi ‘P’,cabut kunci, tekan SHIFT LOCK sambil tarik tombol ke posisi ‘N’).Ramai tak tau ni.
Sistem gear lever kat column stereng Passo pula tak membenarkan ianya berlaku. Maka, pastikan parking jangan block kereta orang.
Bagaimanapun aku rasa perkara ni tak berlaku pada transformasi Myvi K3VE automatik kepada 3SZVE automatik. Sebab wiring, dashboard dan gear linkage asal masih boleh digunakan.

Okay, walaupun agak banyak point yang mungkin nampak negatif, percayalah padanan enjin 3SZVE dengan casis ringan Myvi serta kawalan stereng EPS, kualiti pemanduannya memang jauh berbeza. Lebih tork untuk digunakan pada mana-mana julat rpm dan yang penting stabil pada kelajuan tinggi.
Adatlah kan bermain kereta, hal-hal remeh ni kena pandai-pandai sesuaikan dalam kehidupan seharian. Nak sedap terus ambik GTR lah.

Posting akan datang aku akan cuba kumpulkan informasi pasal tingkat taraf 3SZVE ke tahap lebih tinggi.

22 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh email akak tak setiap apa yg perlu ditukar utk Myvi 1.3(M)2007 nk tukar enjin 1.5cc 3SZ-VE VVT-i ni...hairanaz25@gmail.com

Unknown berkata...

C&p.. Boleh email tak setiap apa yg perlu ditukar utk Myvi 1.3(M)2007 nk tukar enjin 1.5cc 3SZ-VE VVT-i ni...tq stabaudio@gmail.com

Apang berkata...

Tolonh email saya skli.. Apangloras@yahoo.com nak tukar dari k3vet kepada 3sz

Unknown berkata...

Nak jugak boleh x..tolong emailkan skli part apa yg perlu dikacuk dgn myvi myvi k3ve manual07..buyek77@gmail.

Unknown berkata...

Sy bru tuka enjin 3sz smua part brkaitan siatem radiator tuka bru tp bla time pnas psang ekon temp naik lebih 100...bla bkak bonet suhu normal blik ape mslah ye yg sy hdapi

Unknown berkata...

Injector mn yg elok bg myvi 1.3(M)

Ridhwan_RKR berkata...

email saya sekali ridhwankhalaf.rkr@gmail.com..nak tukar dari k3vet kepada 3sz

Unknown berkata...

Bole ka guna engine 3sz tp masi guna gearbox 1.3??

Unknown berkata...

Faizal,
Minta alamat e-mail
Dan jika boleh contact number
email Pada saya
Adan.yassin@gmail.com

Unknown berkata...

Apa Minyak automatic yg sesuai untuk Gearbox 3sz

Tanpa Nama berkata...

Hi, boleh email apa perlu modify dari k3ve ke 3szve??
Feel not strong enough, ingin tambah kuasa sikit
fun9ame@hotmail.com

Ediey berkata...

Oil filter gearbox 3SZ (BB) sama x dgn alza? Atau sama dgn myvi?

Ediey berkata...

Ratio 1.3 dgn 1.5 lain bos....

Ediey berkata...

Pakai kipas radiator high speed...kipas original x laju

Yanti Selamat berkata...

Xbest ke bang engine yrv tu sampai tukar ke 3sz tu?

Yanti Selamat berkata...

Xbest ke bang engine yrv tu sampai tukar ke 3sz tu?

Yanti Selamat berkata...

Xbest ke bang engine yrv tu sampai tukar ke 3sz tu?

Yanti Selamat berkata...

Xbest ke bang engine yrv tu sampai tukar ke 3sz tu?

Yanti Selamat berkata...

Xbest ke bang engine yrv tu sampai tukar ke 3sz tu?

Khairul berkata...

Saya baru lpas tukar enjin daripada 1.3 manual kepada enjin 3sz manual transmisi apa yang perlu di upgradekan lagi untuk memantapkan lg

Tanpa Nama berkata...

bos blh x ulaskan sistem brek 3sz tu ok ke x...cun x..ade bunyi x atau kos selengara tinggi

🔰Czer_Passo🎌 berkata...

Hi blh email sy sekali apa brg perlu tukar sebab sy pakai 1.3 k3 passo 07 auto.sy nk naik taraf ke 3sz 1.5..email saya : czertopsecret@gmail.com