Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kental. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kental. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2019

Politik di Sebalik Fenomena Hotwheels

Sekitar Jun 2016, aku mula terjebak dengan permainan Hotwheels. Antara model terawal yang aku beli ialah Chevy Chevelle 396 Leap Year,66 Ford Torino Talladega,Camaro model tahun berapa aku tak ingat dan juga Toyota AE86. Lepas tu pembelian aku agak slow sebab banyak jumpa kereta 'dinosor' mengikut panggilan peminat Hotwheels atau istilah sebenarnya ialah fantasy car.
Masa tu aku memang tak berkenan dengan kereta yang berbentuk fantasi sebab merepek kot. Jadinya fokus aku lebih kepada real car.
Setahun lepas tak banyak aku beli dalam sebulan,mungkin tiga unit atau paling banyak. Bukan pasal mahal, pasal citarasa. Masa tu aku tak nampak lagi scene Hotwheels dah mula jadi wabak teruk. Lokasi aku membeli pun tak pelbagai, biasanya pasaraya Giant atau Tesco itupun bila ada promosi. Harga RM7.90 boleh dikatakan berpatutanlah, kalau promosi beli 2pcs RM10.
Ada satu tahap aku macam malas nak beli dah sebab susah sangat nak jumpa model yang bagus. Kebetulan cuti raya tahun 2017, sorang kawan aku Mael namanya bagitau ada satu variasi model Hotwheels yang dinamakan Treasure Hunt. Siri ni dihasilkan dalam unit terhad. Kiranya kalau jumpa umpama jackpot lah.
Aku pun kaji la apadia Hotwheels Treasure Hunt. Rupanya ada dua kategori, pertama regular Treasure Hunt (RTH) dan yang lebih rare ialah Super Treasure Hunt.
Siri Super Treasure Hunt mungkin dikeluarkan sekitar 10 jenis model untuk tiap-tiap tahun. Istimewanya model Super Treasure Hunt ni, warnanya metalik, perincian yang lebih kemas dan disertakan dengan real rider iaitu tayar getah dan rim yang lebih real.
Set tayar istimewa ni memang memberi impak besar kepada penampilan Hotwheels sebab kalau kau beli Hotwheels biasa dan kau masukkan rim bertayar getah, rupa dia memang cantik lain macam.
Serupa kereta kita lah, kalau standard kilang memang bosan rupa dia. Sekali masuk sport rim haa tengok,mesti berseri.
Disebabkan siri Super Treasure Hunt teramat sukar ditemui, aku cuma mencari regular Treasure Hunt yang masih mudah dijumpai. Orang tak berapa nak gila sangat.
Tapi kemudian aku perasan kenapa model kereta Jepun pun amat susah nak dilihat tergantung bebas di rak pasaraya. Rupa-rupanya selain Super Treasure Hunt, apa juga model kereta Jepun (JDM) turut sama menjadi kegilaan pengumpul. Ni baru nak masuk isi penting tulisan posting aku.
Dalam scene Hotwheels Malaysia, ada amat ramai peminat yang menggilai model JDM dan Treasure Hunt. Yang Treasure Hunt tu tak kisah sebab benda memang rare. Kegilaan Hotwheels ni mewujudkan satu golongan 'pengumpul' tetapi fokus mereka cuma keuntungan dari kegilaan masyarakat.
Apa yang pengumpul atau istilahnya scalper ini buat ialah mereka akan memburu model- model spesifik yang mendapat permintaan tinggi dan memborong dalam kuantiti yang banyak. Tujuannya cuma satu; untuk dijual semula dengan harga tinggi. Nak lagi tinggi mereka buka bidaan.
Oklah, aku nak tanya dan aku jawab sendiri. Korang pernah tengok orang kumpul objek yang sama sebijik sampai puluh-puluh jenis? Contohnya kasut. Ada orang cukup gila tak nak beli Adidas Yeezy sampai 50 pasang atas alasan minat?
Jawapan aku, bullshit. Tak ada manusia kumpul benda sama sebanyak itu. Hatta lagenda pengumpul Hotwheels sekalipun tak ada koleksi semacam itu. Aku banyak kali tengok sesetengah so called collector ni show off koleksi diorang di media sosial.Ada sekali tu tengok sorang mamat ni tunjuk Honda Civic EF merah lebih 50 unit.
Heh, kalau ye pun minat Civic EF, kumpul la variasi warna yang pelbagai. Jadah apa kumpul model sama, warna sama.
Ianya berbalik semula pada minat. Model Civic EF boleh dikatakan masih hangat permintaannya. Harga biasa sekarang RM8.90, tetapi ditangan kapitalis-kapitalis ini ianya dijual antara RM25-35.
Menjual adalah hal penjual, kita ada hak untuk tak beli kalau dia jual mahal. Iye betul tu. Kalau ye pun nak berniaga jangan lupa hukum hakam. Mengambil untung berlebihan namanya riba'. Melayu kita ni takut makan babi je, makan riba ok takde masalah.
Permintaan tinggi model-model JDM ni pasal susah nak jumpa ada kaitannya dengan aktiviti kapitalis ni lah. Kapitalis biasanya berurusan terus dengan jalan belakang iaitu pengurusan stor pasaraya besar. Model-model hangat disisihkan terlebih dahulu dan saki baki model sampah akan dijual di rak-rak pasaraya.
Pasal tu la kalau korang perhatikan amat susah nak jumpa model yang baik di pasaraya.
Sebagai pengumpul biasa, aku dan ramai lagi pengumpul memperluaskan lagi skop pencarian. Antara lokasi biasa ialah kedai 7Eleven, KK Mart dan terbaru Family Mart. Itupun ikut rezeki jugalah. Kapitalis pun sama juga akalnya macam kita, tau je kat mana lubang-lubang baekkk untuk hunting.
Jika dulu hobi mengumpul Hotwheels boleh dikategorikan murah, sekarang tidak lagi. Aku move on dari Gundam dan siri-siri model skala dalam majalah sebab kos yang tinggi. Akhir-akhir ni hobi Hotwheels jadi makin mahal bila aku terpaksa mendapatkan model-model yang aku nak di laman jualan online.
Baru-baru ni pengumpul menggilai siri Gran Turismo yang dijual di 7Eleven. Dalam lapan model siri GT ni, dua daripadanya iaitu Nissan Skyline R34 dan Mitsubishi Evolution X paling sukar didapati sebab....JDM.
Dengan harga jualan RM17.80 di 7Eleven, melengkapkan kesemua lapan unit siri GT memerlukan modal lebih RM140. Aku pilih jalan mudah dengan membeli online satu set berharga RM115 sahaja.
Kalau kau beli seunit Skyline atau Evo tadi dari scalper, kos kau kena bayar tak kurang RM40. Modal minyak dan masa diorang cakap.
Ikut suka korang lah. Aku takkan sokong peniaga yang menjual harga riba. Selagi korang beli dari diorang, macam itulah harga yang akan diorang letak dimasa akan datang dan makin sukar korang nak dapat dengan harga murah. Jangan sokong, biar stok diorang yang berlonggok tu kurang permintaan. Masih ramai lagi penjual online yang berpatutan.
Baru-baru ni aku sempat tengok event open case di Giant Gombak. Kotak baru akan dibuka dan siapa yang bayar yuran boleh pilih sendiri dari kotak baru ikut giliran. Aku pergi dah lewat, so dapat beli yang biasa-biasa je. Itupun lepas kecek kat brader organizer. Yang JDM jangan harap la dia nak bagi aku.
Masalahnya Hotwheels yang aku ambil tu aku bayar kepada Giant. Maksudnya Hotwheels tu milik Giant. Adakah brader tu bayar lebih kepada Giant untuk pilih sendiri? Atau aku pun boleh buat benda sama kalau aku bayar lebih kepada Giant?
Itulah scene Hotwheels ya tuan-tuan. Mainan skala 1/64 pun banyak politik disebalik tabir. Apatah lagi urusniaga negara yang bernilai jutaan ringgit. Maka sebagai pengumpul asli, bertabahlah. Jangan jadikan hobi ni sebagai tekanan. Ada yang murah kita beli, yang mahal abaikan.

Selasa, 26 Januari 2016

Lata Medang; Liburan Santai Ver.1 2016

N 3 32' 26" E 101 45' 11"
Sabtu lepas aku n da geng HTC (Mr.KI dan Mr.Timi) menjelajah dan bermalam di Lata Medang Kuala Kubu Baru.Lokasi ni dipilih saat-saat akhir atas cadangan orang rumah aku.Persediaan pun last minute jugalah,hari Jumaat baru nak cari kasut getah,beli parang baru,khemah baru,seluar trek baru.Serba barulah sebab dah lama tak camping.Tahun 2014 dulu aku masuk hutan Ulu Sia Raub pakai jeans dengan safety boot je untuk trekking 5 jam.Gila betul.Hasilnya semua kuku jari kaki pecah.
Dalam banyak-banyak barang,kasut getah boleh terlupa beli.Sudahnya aku sarung kasut getah saiz 41 bini aku...dah ini mendatangkan bala di akhir perjalanan.Baca sampai habis ye?
Untuk bermalam satu malam (masuk pagi Sabtu,balik pagi Ahad) aku cuma bawa :

1.dua set baju
2.beras satu kilo
3.sardin satu tin
4.minyak masak sebotol (letak dalam botol budu)
5.garam,kunyit,kicap (simpan dalam zipper bag) 
6.fire starter
7.parang
8.powerbank dua biji (20,000mAh + 5000mAh) dan handphone Sony Z2 yang dicas penuh sebelum masuk hutan
9.tali benang segulung (selalu orang kampung guna untuk buat pembinaan rumah)
10.set basic memancing (ladung,mata kail saiz 10 dan tali 10 paun)
11.khemah untuk 2 orang jenama Coleman Go!
dan sepasang bebola titanium (tak paham nasiblah,haha!)Beg simple je,iaitu beg Deuter yang hari-hari aku bawak pergi opis.
Sebenarnya powerbank sampai dua bijik tu agak melampau sebab Sony Z2 dicas penuh mampu bertahan sampai keesokan hari dengan baki bateri 40%.Itupun malam tu aku layan game dengan mp3 sekejap.Syaratnya kena pakai flight mode lah.Tapi tak apa,apa salahnya bersedia dengan kuasa simpanan lebih kan?
Member lagi dua orang aku tak pasti secara detail barang yang diorang bawa,yang pastinya alatan memasak(mess tin,kuali,periuk nasi dan solid fuel)sosej,megi,telur ayam, sayur???! dan jajan adalah antara barang-barang yang ada masa tu.
Untuk ke lokasi,kami bergerak dari Taman Ehsan ke pintu masuk dengan kereta kodok aku.Wife aku sukarela bawa balik kereta dan jemput balik nanti sebab kitorang fikir tak selamat kot nak tinggal kereta kat situ.Belum betul-betul sampai kat pintu masuk dah nampak bersusun kereta sampai tak boleh U-turn keluar.Mujur Myvi dicipta untuk situasi macam ni,ditambah pulak dengan kecekapan driver level 99999(aku la beb),maka nak pusing keluar balik tak jadi masalah.
Kitorang bertiga cepat-cepat unloading barang sebab tak mau port camping dipenuhi orang ramai.Mujur ada satu group yang sampai serentak dengan kitorang nak panjat Gunung Rajah.Hehehe!dah selamat satu kumpulan.

Perjalanan bermula dengan merentas jambatan gantung dan kebun getah lama lebih kurang 500 meter.Masa ni pun dah boleh nampak sungai berair jernih melalui batu-batu besar.Kondisi trek masih tahap biasa-biasa,umpama jalan kebun lah senang cerita.Kesan tayar 4WD pun ada.Lebih kurang 1km,pendakian pertama bermula iaitu selepas simpang terakhir yang mana laluan ke Lata Medang adalah di sebelah kanan.Sudut mendaki taklah ekstrim,lebih kurang 25 darjah kot??Agak panjang juga trek mendaki ni.Untuk seorang perokok yang tak pernah bersukan macam aku ni,pendakian panjang tu agak meletihkan,tapi bila trek kembali rata,degupan jantung kembali normal dan tempo perjalanan kembali macam biasa.Not bad.
Seterusnya trek semakin sempit dan trek tidak lagi betul-betul rata.Majoriti laluan di peringkat pertengahan ini adalah menaik walaupun sudutnya masih belum ekstrim.Sekiranya laluan betul,dalam tempoh masa satu jam,kita akan jumpa titian kayu bulat yang diikat dengan rantai motorsikal.Tak jauh dari titi ni aku update lokasi ke wife aku.Signal DiGi kat point ni H+ tau? Wife aku yang pernah sampai ke Lata Medang sebelum ni,dia cakap lagi sejam sampai lah tu...Whatttt ???
Anggaran baki 1/3 perjalanan adalah mendaki dengan beberapa tempat sudutnya hampir 70 darjah mungkin.Di peringkat ni Mr.Timi agak barai sebab dia pun sama macam aku,tak pernah bersukan.Aku tak barai sangat (ceh!) sebab aku rasa trek ke Lata Medang ni cuma 1/5 je level sukar dia compare dengan trip Ulu Sia Raub.Mr.KI lain,dia memang pendaki gunung berpengalaman.Dengan backpack besar pun,dia mampu berlari-lari panjat bukit sambil menyanyi dengan lirik lagu ikut suka hati dia.
Dipendekkan cerita,kami sampai ke air terjun Lata Medang jam 11.30 pagi.Rupanya ramai betul manusia kat situ,campsite pun dah hampir penuh.

Ni yang tak syok ni....Kitorang tinjau-tinjau sikit,jumpa la satu tempat lapang berdekatan rumpun buluh.Baru nak buat port,tetiba nampak lipan besar.Tak pasal-pasal lipan tu merasa pakukan parang bau kedai aku.Kemudian muncul sorang pakcik berbaju celoreng PLKN menunjukkan jarinya ke puncak bukit.Ooooo...bisu pakcik ni.
Apa yang kami faham,pakcik tu cakap kat atas lagi ada tempat berkhemah yang lebih baik.Mr.KI pun ikut pakcik tu tinjau diatas bukit,manakala aku dengan Mr.Timi melepak kat bawah.Sempat la aku pekena Winston sebatang sementara nak tunggu diorang turun.
Kemudian Mr.KI turun dan bagitau,kat atas campsitenya agak luas.Tak ada khemah orang lain kat situ.Memandangkan kami mengutamakan privasi dalam berlibur,kami buat keputusan untuk naik setingkat lagi.Dia punya naik,mak aiiiii!!macam panjat dinding dia punya tegak.Tapi tak apalah,asalkan boleh bercamping tanpa gangguan orang ramai.Pakcik bisu tadi kami bayar RM5,upah tunjuk port baekkk.
Cukuplah untuk kami bertiga,huhuhu!
Settle set up khemah dan Mr.KI punya hammock,kitorang masak lunch dulu.Mr.Timi dan KI pilih untuk mandi-manda lepas makan,aku macam biasalah...bikin pancing 1st.Dapatlah seekor tengas kecik.Saiz-saiz nakal camni padan dengan pistol ikan je ni.Petang tu juga ada satu group set up tali dari tempat kitorang mandi-manda sebab diorang nak main waterfall rappelling.Betul ke eja ni.
Mata tengok ikan ye,abaikan abdomen tu
Settle mandi, memancing dan solat,kitorang masak makan malam dulu sebelum hari gelap.Kat sini susah nak buat unggun api sebab kayu-kayu susah dapat.Yang ada pun buluh kering.Belum pukul 10.30 malam lagi kayu-kayu yang aku kumpul dah habis dibakar.
Malam tu kami tidur awal sebab tak ada aktiviti.Rugi tak bawak playing card.Jam 4 pagi ada satu group dari mana tah sembang-sembang luar khemah kitorang.Aku perasan diorang sampai cuma malas nak amik port.Lantak koranglah,jadi la kau sentri kat luar tu.Pukul 6.40 pagi baru aku keluar khemah.Rupanya geng ni masuk jam 2 pagi nak naik puncak bukit tapi tak tau jalan.Selesai solat subuh,diorang patah balik keluar.Ape ke bijak sangat masuk hutan tengah malam?Ekstrim?Haha!Nak ekstrim lagi cer try trekking guna siku.Haaaa,power.Sebenarnya safety paling penting.Contohnya dah panjat air terjun tu toksah la nak berselfie sampai ke hujung tebing,tergelincir karang,selamatlah kamu terbang 70 meter kebawah.

Lepas breakfast,kami mandi-manda kejap,pack barang,dan kemas campsite,kami bergerak keluar jam 10.40 pagi.Lebih kurang 30 minit berjalan keluar aku tukar pakai selipar jamban je sebab jari sakit kasut ketat punya pasal.Ingat lega la pakai selipar,rupanya pakai selipar jamban bijik-bijik tu hazab juga.Melecet tapak kaki siot.Dalam sakit-sakit tu,kitorang sampai ke pintu masuk dalam masa kurang 2 jam.Hari Ahad lagi gila ramai manusia.
Ingatkan ekstrim dah aktiviti pembukaan kami 2016 ni,sekali mainstream daaa..huhu!
Ni lah dia kalau pergi tempat-tempat mudah.Ramai boleh buat aktiviti sama.Pergi tempat-tempat ganas kang,bahayanya banyak.Adoiiiii....Apapun Lata Medang tempatnya cantik,akses pun mudah dan selamat.Kebersihan masih baik.Sampah kitorang bawa balik dan sisa makanan ditanam.Mujur ada Mr.KI yang berpengalaman dalam liburan hutan tanpa mencemarkan alam.
1.Lokasi tengas  2.Tempat public mandi kat bawah sana,kami mandi kat atas,hahahaha!
 Lata Medang ohsemness level,3.5/5 bintang,yayyyy!




Selasa, 17 Mac 2015

Kualiti Tidur vs. Pemanduan Jauh

Apa yang aku nak tuliskan berlaku masa cuti raya Cina baru-baru ni.Adik aku,(tuan punya Vios yang aku selalu cerita dalam blog ni) mengalami kemalangan.Alhamdulillah semua yang ada dalam kereta tu selamat.Bagaimanapun ada sedikit pengajaran yang kita boleh pelajari terutamanya yang kerap memandu untuk perjalanan jauh.

 

20/2/2015 (Jumaat)

- Adik aku masih berada di kampung(rumah mak aku) sebab cuti CNY.Sepatutnya diorang dah boleh bergerak ke Sekinchan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku,tapi wife dia seorang kakitangan Hospital Jengka perlu bertugas malam.

- Aku dengan abang ipar aku pulak dah selamat check in hotel di Sungai Besar tengahari tu.Semenjak kahwin,aku dengan abang ipar aku biasa memilih untuk bermalam di hotel sebab rumah saudara-mara confirm sesak.Nak mandi pun kena queue panjang.Untuk aku pulak pilihan tidur di hotel adalah kerana wife aku masih menyusukan anak.Biarlah selesa sikit kot-kot anak terbangun nak menyusu malam-malam.Takdelah terselak sana-sini tanpa disengajakan.

- Kitorang terpaksa book hotel jauh ke Sungai Besar sebab hotel-hotel di Sekinchan semuanya dah full booked.Maklumlah pekan Cina.Lagipun raya diorang kan..

- Sorang lagi adik lelaki aku yang masih bujang pun sama menge’check-in’ hotel di Sekinchan lepas dia tau yang kitorang pakat tidur hotel.Rezeki dia baik sebab dapat bilik kat Hotel Golden Harvest Sekinchan.Maybe bilik single banyak yang available lagi untuk walk in registration.Hotel ni best sebab hotelnya baru.Fasiliti pun padan dengan harga.

- Lepas Isyak ada aktiviti akad nikah di surau Tali Air 8 dan makan-makan.Itu saja.Agaknya dah lama aku tak makan menu kenduri kampung,sedap betul sup tulang diorang.

 

21/2/2015 (Sabtu)

- Hari kenduri.Mak aku dah sampai dengan adik aku dari kampung.Pukul 8 katanya gerak dari Bandar Jengka.Biasalah kenduri,aktiviti makan-makan,borak-borak dan menembak gambar.Lebih kurang pukul 12.00 tengahari,aku drive Vios ke pekan Sekinchan cari rokok.Bila keluar ke jalan besar,aku perasan kereta dia bergegar agak kuat.Aku suspek rim bengkok.Siap berenti tepi jalan tengok semua tayar.

- Dekat pekan pun aku check lagi sekali,tak nampak apa-apa pun.Sampai kat halaman rumah jiran makcik aku,baru la aku nampak tayar belakang sebelah kanan dah bengkak.Sebenarnya tayar tu asalnya dari rim kereta aku.Saiznya nipis sangat.Agaknya ada terlanggar lubang,dawai kat dalam putus lah tu.

- Jam 1 kitorang ke worksyop tayar(mujur ada yang buka).Asalnya nak tukar dua bijik tapi adik aku cakap kalau harga sekitar dua ratus,tukar je empat bijik.Sebabnya Isnin nanti dia nak ke Pekan,Pahang pulak.Wife dia ada kursus.

- Selesai tukar,petang tu kitorang memancing kat jeti kuala Sungai Bernam.Ingatkan best,tak best rupanya.Air serupa sungai Mekong.Bluesgang(belukang) banyak la kalau air camni.

-Lepas Maghrib aku balik hotel,adik aku yang Vios tadi balik rumah makcik sebelah mak aku kat Sekinchan.Dia tak check in hotel.

- Pukul 9 aku keluar pergi makan kat pekan Sungai Besar pekena nasi keras dengan sup daging kat gerai  medan selera depan padang majlis bandaran.Punya la lemau gerai tu,jilaka betul.Dekat sejam aku buang masa kat situ.

 

22/2/2015 (Ahad)

- Aktiviti pagi Ahad cuma berziarah ke rumah sepupu aku yang kahwin semalamnya.Kitorang dah nak balik dah,sebab tu round satu kali lagi sebelum balik.Selain tu,ada la kutipan lauk kenduri dan jajan-jajan goodie bag yang lebih,hihihi!

- Pagi tu aku cuma sempat hirup teh tarik secawan.Drive balik dari Sekinchan pulak ‘bercinta’ sakan sebab kereta banyak.Mujur la destinasi aku cuma Kota Damansara.Adik aku yang Vios tu la naya,jauh lagi nak sampai kampung aku kat Pahang tu.

- Lebih kurang pukul 3.00 petang aku sampai rumah.Terus masak nasik sebab perut dah menggelegak.Lepas makan baru aku plan nak hantar adik aku balik hostel UIA.Aku ingat lebih kurang 15 minit lepas tu abang ipar aku call bagitau adik aku eksiden.Haaaaaa!!!???

- Speechless aku beberapa saat.Kemudian baru aku tanya orang ok ke tak.Aku sarung baju semula dan terus gerak sorang-sorang ke lokasi kilometer 121 Lebuhraya Pantai Timur.Abang ipar aku gerak dulu dari Greenwood.Masa ni lapar aku tadi terus hilang,tak rasa apa dah.Sempat juga aku sambar dua goodie bag buat kudapan kalau keadaan mendesak.

- Kat highway Karak aliran trafik menghala ke Kuala Lumpur dah makin sesak.Nama je cuti CNY,Melayu yang sakan cuti balik kampung.Walaupun aliran trafik menghala ke Pahang tak heavy,aku terpaksa jugalah ON lampu hazard untuk maintain speed minimum 130kmj.Atas highway LPT laju sikit,150kmj.IMG-20150226-WA0005

- Sampai kat lokasi,kereta tengah ditarik naik towing truck

- Semua orang dalam kereta tu termasuk mak aku nampak tenang cuma wife adik aku agak trauma.

IMG-20150226-WA0001

IMG-20150226-WA0008

- Selesai urusan report di Balai Polis Temerloh,aku drive balik ke Lepar Utara bawa mak aku kat depan,adik bongsu perempuan aku kat belakang dengan wife adik lelaki aku pangku anak kecik dia.Adik lelaki aku naik dengan abang ipar aku.

- Sambil on the way tu kitorang sembang-sembang pasal punca eksiden tu..Mak aku cakap,adik lelaki aku terlelap dan kereta terbabas.Selepas menghentam pengadang tepi jalan,kereta melantun ke tengah dan hentam pembahagi jalan.Mujur kereta dibelakang agak jauh.

- Adik aku ni agak tahan driving jauh,tapi kali ni dia tewas pulak.Aku tau apa puncanya.

Kemudian aku bagitau wife adik aku,akan datang cuba dapatkan juga hotel untuk berehat.Peruntukan hotel aku yakin diorang berdua tak ada masalah.Bukan kita berlagak sombong taknak tidur rumah saudara-mara,tapi tengoklah apa dah jadi.Mak aku diam je tanpa bantahan…

- Sebabnya malam Sabtu tu lepas makan nasi keras,aku gerak ke rumah makcik aku sebab nak sembang-sembang dengan mak aku.Kat rumah tu ramai orang termasuk makcik-makcik aku yang lain pun ada balik bercuti.

- Dengan ambient yang agak panas,orang ramai,ditambah lagi dengan nyamuk(rumah dekat dengan sawah),aku amat-amat yakin tidur dia tak berkualiti.Sedangkan awal pagi Sabtu dia dah drive dari Lepar Utara ke Sekinchan yang makan masa tak kurang 4 jam setengah.Awal pagi Ahad anak kecik dia pulak meragam.Pagi Ahad dah berkemas nak balik Pahang.Kalau ikut rancangan asal,pagi Isnin nak ke Pekan pulak.Padat la jadual dia.

- Kemudian dalam kelesuan tu,driving pulak atas LPT waktu awal petang…fuhhhhhh!!!gila mengantuk!LPT lah highway paling membosankan,tak caya boleh try.Kereta rosak boleh claim insuran,nyawa hilang boleh claim?Sekali lagi aku tekankan kat sini,dapatkan TIDUR yang berKUALITI sekiranya aktiviti harian terlalu padat.

- Jam 7.15 petang aku sampai ke Lepar Utara.Lepas rehat,solat dan makan sikit(baru jumpa nasik sejak malam Sabtu!),pukul 8.30 aku dengan abang ipar aku balik KL semula.Jalan tengah jem teruk,badan barai gila,hahahaha!

- Kitorang cruising 130kmj kat LPT kemudian exit Lanchang.Abang ipar aku membebel minyak dia tinggal setakuk sebab cruise laju katanya.Lepas refuelling kat tengah-tengah jalan lama Lanchang-Karak,abang ipar aku pulak buat perangai pelesit dia.Dah la masa tu hujan,kereta awak tu ekon pun rosak.Adoiiiii!Aku rilek follow kat belakang.Bagi je dia lead,kang masuk sikit Highway Karak tetap nak kena hadap jem sikit  sebelum exit Bentong.

- Keluar jalan lama Bentong-Gombak,abang ipar aku kembali mempelesit.Tau la power touge dengan 1.5 way LSD.Aku bawak Myvi nak touge kejadahnya.Braking pun dah rasa faded, plus mounting absorber kong.Sampai naik mabuk aku ikut belakang dia,terutamanya bila dah makin dekat dengan area Gombak.Sharp betul selekoh kat situ.

- Pukul 1.15 pagi aku sampai Kota Damansara.Ok,dah habis.Korang paham dak cerita aku ni?

Isnin, 22 September 2014

Untuk Renungan Semua…

Semalam aku rasa nak tulis pasal smartphone Vivo Xshot sebab dengar kemain rancak iklan dia dalam radio.Kemudian aku pun checklah spesifikasi dia dalam GSMArena.Nak kata hardware dia best sangat taklah kot,maybe penekanan lebih diberikan kepada fungsi mengambil gambar.Siap OIS rasanya.

Jangkaan aku Vivo ni punya league sama macam telefon pintar lain yang berspesifikasi sederhana dan mampu milik.Lain kalilah aku tulis,mood IT lambat mari pulak.

Makin menghampiri ke hujung tahun,banyak benda dalam hidup aku suami isteri yang perlu disemak semula terutamanya dari segi prestasi taraf hidup.Hampir setahun yang lepas,aku dan isteri berhijrah daripada dunia pekerjaan swasta kepada penjawat awam;yang mana aku yakin amat ramai mengimpikan kerjaya sebagai penjawat awam.

Aku tak tahu kenapa,barangkali sejak kecik sudah ditanamkan dalam fikiran bahawa kerjaya sebagai penjawat awam adalah kerjaya yang paling ‘selamat’.Selamat dari kebankrapan,tiada gaji/gaji lewat,dan pinjaman mudah dari pihak bank serta segala jenis kemaslahatan kerjaya dalam bidang swasta.

Apapun baca dulu hikayat yang aku nak sampaikan ni.

 

Dari zaman bujang sehinggalah memiliki seorang anak kecik,aku dan isteri aku sama seperti kebanyakan pasangan suami-isteri lain yang bekerja swasta di Lembah Kelang ni.Nak kata senang lenang jauh sekali,tapi bolehlah nak hidup cukup-cukup makan.Di usia 30,aku berasakan peningkatan taraf hidup agak lambat tapi taklah menyesal dengan rezeki yang telah ditentukan Alllah S.W.T.Dengan gaji terkumpul kasar sekitar 6k dan senarai komitmen hutang,kehidupan di bandar memang ‘tough’.

Mungkin rezeki kami suami isteri,permohonan aku bekerja di sebuah badan berkanun diterima dan diikuti isteri aku yang mendapat pekerjaan sebagai seorang pegawai di sebuah kementerian.Bagaimanapun disebabkan tuntutan kerjaya,kami terpisah dimana isteri terpaksa bertugas di negeri jiran.

Keputusan yang dibuat berkaitan penerimaan jawatan tersebut bukanlah secara bersendirian,pelbagai pendapat dari ahli keluarga lain turut diterima.Sama macam yang aku sebut kat atas tadi,katanya kerjaya penjawat awamlah paling selamat.Rugi kalau tolak.

Sebaliknya pula dari sudut kewangan keluarga aku,hasil kira-kira pendapatan terkumpul sebenarnya amat-amat cukup makan disebabkan gaji permulaan pegawai kerajaan gred 41 jauh berbeza dari gaji semasa yang diterima semasa bekerja swasta.Masa tu kami tawakkal sahaja apabila susut ribuan ringgit daripada pendapatan bersama sebelum ini.Mungkin ada rezeki lain yang bakal datang.

Di peringkat awal memang amat-amat perit.Kedudukan kewangan sangat genting bila terpaksa menyediakan keperluan rumah yang bakal diduduki isteri.Takkan sehelai sepinggang pulak kan?Alatan rumah yang asas perlu disediakan.Dalam masa yang singkat juga rumah sewa perlu dicari.

Kami sekeluarga pernah meronda seluruh ceruk pekan dan taman perumahan dalam hujan dengan barang-barang rumah sendat dalam kereta untuk mencari rumah sewa.Masa tu tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati aku melihat isteri menangis tidak henti-henti apabila berdepan cabaran yang sedang diterima.Itu belum lagi soal penjagaan anak yang entah siapa pengasuhnya.

Setelah semuanya diatasi perlahan-lahan,kemudian sekali lagi ujian menimpa.Disebabkan isteri melapor diri pada bulan Disember,tiada peruntukan pembayaran gaji dari pihak Kementerian.Biasalah hujung-hujung tahun Kementerian tutup akaun,tunggu peruntukan baru tahun berikutnya.Bayangkan bagaimana peritnya menanggung keluarga yang tinggal berjauhan dengan pendapatan aku seorang sahaja.Gaji pertama beliau diterima selepas tiga bulan bekerja.Memang bunyi gaji terkumpul tu banyak,tapi dalam masa tiga bulan hutang yang tertunggak juga menimbun banyak.

Segala macam usaha dibuat(tak perlu cerita kot) untuk menampung hidup dengan harapan selepas dapat gaji segalanya kembali seperti biasa.Sekarang hampir setahun kami mengharungi keadaan sedemikian,nampaknya tidak ada tanda-tanda bakal pulih.Tanggungan setiap bulan yang mampu dipikul semasa didalam bidang swasta tidak mampu langsung diatasi dengan pendapatan penjawat awam.

Ramai yang cakap sabar sajalah.Oh memang,…..kami sangat sabar sampai setahun dan boleh sabar lagi untuk beberapa tahun.Tapi bank tidak penyabar seperti kami.Cukup bulan,hutang mesti dibayar.Pihak yang rancak memberi galakan menyertai kerjaya penjawat awam diperingkat awal hanya tahu bercakap saja.Tolong pun tidak.Setakat galakan moral,kami baca sendiri kat internet pun boleh.

Setelah dianalisis punca-puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah pengaruh orang lain dalam membuat keputusan.Aku tidak sesekali menyalahkan gaji kerajaan yang seciput itu,tetapi meletakkan kesalahan kepada orang yang tidak pernah bekerja langsung tapi seronok bercerita nikmat menjadi pekerja penjawat awam.

Cerita kat atas ni aku dah permudahkan sikit untuk mengelakkan entri blog ni menjadi seumpama hikayat sejarah Tanah Melayu dalam Sulalatus Salatin yang aku baca semula malam tadi.Cerita detail sangat kang ada yang bercucuran air mata pulak.

Ada beberapa perkara yang aku rasa patut dikongsi untuk kebaikan bersama.Di zaman kehidupan yang serba serbi memerlukan banyak aliran wang tunai bulanan,baik ditelitikan point-point dibawah sebagai panduan.

 

1.Pekerjaan sebagai penjawat awam adalah satu tugas yang mulia.Sekiranya dilakukan dengan amanah,banyak pahala boleh dapat terutamanya yang bekerja di bidang perkhidmatan. Tetapi pertimbangkan juga dari segi status diri semasa tawaran diterima.

Pendapat aku,ada baiknya tawaran kerja sebagai penjawat awam diterima semasa masih muda dan bujang.Semasa bujang,tak banyak komitmen keluarga yang perlu difikirkan,begitu juga kemudahan sekiranya bertugas ditempat yang jauh.Sekiranya berstatus suami atau isteri orang,tekanan emosi sangat tinggi,gangguan moral dan kos ulang alik menjejaskan kewangan keluarga.

Dah berkahwin pun boleh accept,asalkan hati kental ataupun lokasi bertugas masih berbaloi untuk berulang alik.

2.Perbezaan gaji semasa dan gaji permulaan penjawat awam perlu diambilberat.Kalau tak banyak beza it’s ok.Teruskan perjuangan.Jika terlalu besar,baik tak payah.Kerja kerajaan senang buat pinjaman?Wak lu senang.Komitmen tak ada yes,bolehlah tambah hutang,kalau memang komitmen banyak baik lupakan.Sekarang institusi kewangan mengetatkan syarat pinjaman hatta kepada penjawat awam sekalipun.

Dua tahun lepas member satu sekolah aku pernah cakap,kerja kerajaan boleh hutang sampai gaji negatif.Gila ke apa?Sekarang tidak lagi.Cuba la buat loan dengan komitmen lebih 60% gaji.Maksud aku kat sini,kerja kerajaan senang buat hutang mungkin betul,tapi kemudahan tu juga akan membunuh kalian.

Senang nak beli rumah?Sila periksa berapa harga rumah sekarang.Rumah saiz reban kambing harga 200k dah tentu komitmen RM1100 sebulan.Itupun kalau ada lagi developer buat.

3.Buatlah keputusan sendiri berdasarkan bebanan kewangan dan tanggungan peribadi.Orang lain tak nampak kecuali kita sendiri.

Apa yang aku tuliskan ni bukanlah nak melemahkan semangat pemohon-pemohon kerja kerajaan.Kan aku dah cakap,kerja kerajaan ni amat bagus,dengan syarat keadaan semasa korang mengizinkan.Soal dapat pencen toksahlah difikirkan sangat.Kalau start kerja dah umur 30,kena servis sampai umur 60 baru dapat pencen.

Agak-agak sempat tak hidup sampai umur tu,ataupun korang memang boleh predict yang korang mampu hidup selesa tahun 2044 nanti dengan duit pencen.Perkara terasnya disini,buang mentaliti bahawa kerja kerajaan adalah yang terbaik untuk korang.Diulangi,kerja kerajaan baik,tapi tak semestinya terbaik untuk korang.Yang bakal jadi mak ayah nanti toksah le masuk campur dalam pilihan kerjaya anak-anak.

Jenis masuk campur tapi bantu di peringkat susah tak apa,jangan pandai cakap tapi tak membantu.Kat belakang seronok bercerita dengan jiran-jiran/ saudara mara yang anak dia kerja kerajaan.Apa yang bangga sangat entahlah.

Siapa yang ada pendapat,boleh luahkan di ruang komen.Tak kisah la nak share pengalaman yang lebih kurang sama ke ataupun nak counter balik statement aku kat atas.Pengalaman aku bila baca posting-posting related dengan kerjaya penjawat awam,ramai golongan veteran berjawatan tetap yang perasan bagus sangat bila tinggalkan komen.

Hakikatnya kami sendiri dah nampak environment kerja dengan kerajaan ni macamana berbanding swasta especially dealing with ‘orang lama’.Tapi tak semua lah,hanya segelintir sahaja yang merosakkan imej institusi awam.Macam bebaru ni aku tengok dalam sambutan Hari Raya,baik yang muda,tua,sama tak reti nak beratur ambil makanan.Berebut macam ayam kampung bila ditabur beras.Memalukan sungguh.

Mungkin ada yang cakap,dah tu berenti jelah kerja kerajaan,masuk swasta semula.I’m not saying swasta lebih baik dari kerajaan ataupun sebaliknya.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Analisis terperinci tu penting.Dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang berkhidmat dalam kedua-dua bidang kerja.

Kebelakangan ni bila aku renung muka anak kecik aku,aku sedih sangat sebab anak kecil ini terpaksa berjauhan dengan ibu-bapanya disaat masih terlalu muda.Bila hujung minggu,anak kecil itu riang gembira berada dirumah dengan ibu bapa disisi,tanda yang dia merindui kami berdua.

Untuk pasangan lain yang barangkali bakal mengalami situasi hampir sama seperti kami,janganlah ulangi kesilapan kami.Berilah anak-anak anda semua peluang bersama ibu-bapanya semasa masih kecil dan juga semasa peringkat membesar.Kita tak tahu sampai bila kita boleh menatap wajah anak-anak kita.Sementara ada peluang,jangan bazirkannya.Apa pun bidang pekerjaan anda,pastikan setiap hari anda ada dirumah bersama keluarga.

Akhir kata andai kandungan entri ni berselerak,mohon maaf sebab ianya ditulis berdasarkan apa yang terlintas dalam kepala.

Rabu, 7 Mei 2014

Pahit Manis Misi Tengas Ulu Sia;Part 2

Sambungan …

 

Pagi Jumaat agak awal juga aku bangun.Lepas solat subuh,aku terus prepare set pancing.Kaedah simple sudah,batu hidup dengan perambut 25 paun sekaki setengah.Air laju-laju ni tak guna perambut panjang,cepat kusut.

Kitorang guna umpan cengkerik,yang agak mujarab sebenarnya.Aku cuma dapat seekor ikan saiz juvenil,entah tengas ke kelah tak taulah.Tapi ikan ni menyambar masa aku karau pancing untuk periksa umpan.Maknanya ikan-ikan kat sini lebih suka menyambar umpan yang bergerak.Sebab tu geng-geng asli kat sini cuma guna pancing bodo dari pelepah palma dengan berumpankan buah hutan berwarna merah.Buah tu kecik je,agak keras sebab dalamnya cuma ada bijik dan saiznya besar sikit dari pellet airsoft.

Kaedah memancingnya memang unik.Umpan tadi dihayun(lebih kurang macam menghempas) ke permukaan air.Ikan-ikan sungai bersaiz dua tiga jari memang kebulur dengan buah ni.

IMAG2018_BURST001

Mr. Ben10 praktikal kaedah tradisional asli Semai

IMG-20140503-WA0019

Adik beradik tengas jugak kot??

IMAG2014

Ikan saiz juvenil yang dipancing orang asli.Depa peduli apa amalan catch & release

Menjelang jam 10.00 am keatas,tak ada lagi getuan ikan.Maybe semua dah lari.Lubuk tu agak sempit dan selebihnya cetek dimana kami jadikan tempat mandi-manda.Total hour aku memancing pun rasanya sekitar 4 jam je.Malas nak explore lubuk lain sesorang atas faktor keselamatan.Kejap lagi aku cerita pasal apa.

Hari tu diisi dengan aktiviti rilek-rilek je sambil tunggu orang asli bawa balik ikan.Diorang ni tak reti duduk diam,kejap memancing,kejap menembak.Keje kitorang masak makanan sambil-sambil halau lebah.Kat sini nyamuk tak ada tapi lebah yang banyak.Mujur bukan jenis lebah yang bisa sangat.Kalau kena sedas dua tu sakitnya dalam 10 minit jugak la baru hilang.

 

Aktiviti sepanjang hari:

IMG-20140503-WA0011

IMG-20140503-WA0027

Abg. Mel sampai juga ke lokasi walaupun tenaga dah 0%

IMG-20140503-WA0009

Abg.P,pak imam dalam misi ni

IMG-20140505-WA0033

Abg. Din,bab masak dia handle

IMG-20140503-WA0008

Abg. Jul,barang camping macam nak duduk dua minggu dalam hutan,hehe!

Sepanjang tiga hari dua malam dalam misi ni,banya benda yang kami belajar terutamanya persediaan yang sesuai.Misi ni amat meletihkan sebab ada beberapa perkara yang tersalah jangka terutamanya keperluan-keperluan yang optimum untuk aktiviti lasak macam ni.

 

1.Pakaian

- Orang lain punya pakaian dah ok,kecuali aku.Aku dengan selambanya memakai jeans dan menyarung safety boot Oscar.Rupanya sangat susah bergerak dalam hutan dengan seluar jeans dan kasut yang berat.Next time kena cari pakaian yang lebih fleksibel dan kasut kicap.

 

2.Kelengkapan

-Sebaiknya barangan untuk survival kena optimum,tak lebih,tak kurang.Sebahagian besar membawa barangan yang berlebihan.Sebaiknya barang semua dalam beg galas dan tak perlu ada objek untuk dipegang sepanjang masa.Lebih mudah untuk bergerak dalam hutan.Berat maksimum untuk selesa bergerak aku rasa tak lebih dari 10kg.

Untuk alatan memancing memadai bawa set medium dengan panjang rod maksimum 6 kaki.Dua set cukup,tak payah banyak.

 

3.Informasi tepat

-Yang ni paling penting.Punca dua benda diatas berlaku ialah informasi yang tidak tepat.Jangkaan awal ialah perjalanan mengambil masa selama dua jam.Kondisi dan jarak trek tidak diketahui.So ramai yang tersalah jangka dengan membawa bebanan lebih dan juga apparel yang tak sesuai langsung.

 

4.Alatan sokongan

-Kami bawa portable stove dengan empat tin gas.Agak mudah tapi memerlukan ruang.Barangkali lepas ni kami perlu bawa hexamine fuel tablet.Begitu juga dengan pencahayaan malam.Sistem lampu mentol dengan bateri kereta agak tidak praktikal untuk dibawa jauh kedalam hutan.Lepas ni group kena invest beli sistem lampu yang compact dan pencahayaannya cukup terang.

 

5.Keselamatan diri

-Jauh didalam hutan tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar memang berisiko.Sebarang aktiviti yang boleh mengundang kecederaan perlu dielakkan.Tapi kita cuma mampu merancang….

IMG-20140505-WA0007

Spot yang ditunjukkan anak panah merah adalah spot yang hampir meragut nyawa Abg.Jul.Asalnya beliau meranduk air cetek tapi seliparnya hanyut ke spot tersebut.Beliau cuba mengambil seliparnya semula dan tiba-tiba beliau disedut masuk kebawah batu.

Kami semua panik tak tau nak buat apa terutamanya Mr.Ben10 yang menyaksikan kejadian tu depan mata.Aku yang masa tu pakai kain pelikat pun macam tak percaya sebab tak nampak apa-apa.Dalam berdebar-debar tu nampak tangan Abg Jul keluar dari celah batu.

Hasil usaha beliau sendiri yang fight for his life,beliau berjaya menimbulkan kepala untuk mengambil nafas.Seriously kejadian tu agak meninggalkan trauma sebab kami tak mampu buat apa-apa untuk menyelamatkan beliau.Alhamdulillah umur beliau masih dipanjangkan.Sampai hari ni aku terasa agak kesal sebab buntu dalam saat-saat genting macam tu.

Walaupun spot tu nampak biasa je kan,tapi sebenarnya sangat dalam dan airnya deras memasuki celahan batu.One way in kedalam lubang,almost impossible to get out.

Sekali lagi diingatkan untuk diri sendiri,UTAMAKAN KESELAMATAN.Do not underestimate the power of nature.

Ingat lagi perenggan yang aku cerita pasal orang asli ternampak harimau besar lembu?Sebenarnya Mr.Ben10 pun ada ternampak masa mengejar orang asli yang lead trekking.Masa tu dia dah kena tinggal dengan orang asli,kitorang pulak jauh tertinggal kat belakang.Betul ke tidak wallahua’lam…

 

6.Sentiasa dalam kumpulan

-Jangan berpecah-pecah.Orang asli memang laju langkah dia,tak terkejor baq hang.Kita ada disiplin masuk hutan,jangan tinggal kawan,rehat bila barai.Banyak kes sesat dalam hutan sebab tersasar dari trek.Bila bergerak dalam kumpulan In Sya Allah laluan kita betul.Kalau sesat pun sesat semua sekali,hahah!

 

Personally,banyak benda yang aku dapat daripada misi ni.Terutamanya erti sebenar merindui anak isteri.Aku memang biasa dah jauh dengan anak bini,seminggu sekali baru jumpa.Tapi dalam hutan ni lain.Mana boleh calling,WhatsApp.

Satu lagi aktiviti ni macam motivasi juga.Mengajar kita merendah diri dan sedar kita ni insan yang kecil dan lemah.Jauh kerdilnya berbanding alam ciptaan tuhan.Macam aku cerita dalam entri satu lagi,1/3 trek je kami bergerak guna tenaga,selebihnya dorongan mental.

Kalau takut penat,taknak cari sakit baik baring depan TV layan HBO.Tapi inilah pengalaman tak ternilai harganya yang barangkali sekali seumur hidup.

 

Next time kalau ada rezeki berkomplot masuk hutan lagi,kita rancanglah baik-baik.Pertimbangkankan point-point yang aku nomborkan.Selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T.Sekian,jumpa lagi.

Pahit Manis Misi Tengas Ulu Sia;Part 1

Assalamualaikum semua,

 

Entri ni barangkali akan menjadi entri terpanjang dalam sejarah aku berblogging.Siapa rasa malas nak baca intro,skip je terus ke perenggan #Misi Bermula.Ceritanya adalah berkenaan misi mencari ikan false mahseer/tengas/kejor.Entah betul ke tidak nama ikannya aku tak tau,korang pandai-pandai la bezakan.Perkara pokoknya ikan ni hanya boleh didapati di sungai-sungai pedalaman yang belum tercemar airnya.Kampung aku pun pedalaman jugak,tapi air sungai serupa teh ais ceroi.

So,nak mencari ikan elusif yang mendiami sungai-sungai cantik berair deras ni kat mana?

Maka Mr. Ben10 (member sekampung,tapi nama betul aku tak tau,hahah!) mengaturkan satu trip ke hulu Sungai Sia,Raub,Pahang (N 3 56’ 47’’,E101 42’ 54’’).Trip ni sebenarnya dah sebulan dirancang oleh Mr. Ben10 dan juga geng-geng angler senior dari Klang,aku cuma kebetulan dijemput sama disaat-saat akhir.

Misi Kejor

Mr. Ben10 agak bertuah bermentuakan orang Raub,ada 4WD pulak tu.Syok sangat la beliau meneroka ceruk-ceruk kampung.Dari aktiviti tu juga beliau mengenali orang asli,key person yang boleh diharap untuk memandu arah dalam hutan.

Aku pulak secara tiba-tiba bersetuju ditambah lagi dengan greenlight bini aku yang entah macamana setuju aku keluar memancing.Selalunya ada beberapa questionnaire dan ayat-ayat penurunan moral.

Tarikh 1 Mei 2014 (Khamis) lepas dipilih untuk bergerak ke Kampung Ulu Sungai,trekking 2 jam,pacak khemah dan mula memancing.Pagi Sabtu keluar dari hutan.Simple je cerita dia.Aku cuma bawa baju sepasang dua,kain pelikat,torchlight,Maggi Big Curry 6 bungkus,sardin 3 tin kecik,beras 2kg,bekalan rokok dan parang.Set pancing macam biasa,mesin RYOBI AP Power 8000 tak tinggal,Ajiking AirMaxx 5000 dengan rod AwaShima dan PT Pioneer 8 kaki,nah kau!Orang lain siap sleeping bag bagai,aku cuma bawak sweater kot-kot temperature malam serupa Kutub Utara.

Dengan pakai T-Shirt + jeans + safety boot + barang-barang dekat 15kg,aku terpacak tunggu member-member lain sampai kat tol Gombak.Dalam kepala,kosong,takde preparation mental.Ah,boleh je bohhh!Aritu rilek je gua panjat Bukit Hari kat FRIM,tak semput pun.

 

Dekat pukul 9.00am semua geng komplot sampai.Selain Mr. Ben10 dan aku trip ni disertai empat sekawan yang jauh senior,semua nak masuk 40-an dah.Jul,P,Mel dan jugak Din.Abang-abang  hardcore berenergi seladang semua ni.

IMG-20140505-WA0017

IMAG2005

Borak-borak dalam perjalanan,beli barang pastu lepak minum kat Batu Malim,kitorang terus gerak ke Pusat Pembiakan Ikan Kelah Agro Harvest yang dijadikan stesen untuk menurunkan barang.Tiga orang asli akan guide kami masuk ke hulu Sungai Sia.Selain jadi guide depa ni jugak bawak barang-barang kitorang.Siapa lagi nak pikul bateri kereta NS40 dengan beras 5kg bhaiii…

Menengokkan barang-barang Mr. Ben10 dan geng-geng angler senior,ternyata bebarang aku paling ‘ringan’.Depa punya aku suspek tak kurang 20kg.Gagah betul depa ni.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Abang P,semoga perjalanan selamat pergi balik dan juga dapat ikan tengas besar peha,hehe!

IMAG2009

Empangan lama

Route ke lokasi memancing sejauh lebih kurang 7km bermula dari : Pusat Pembiakan Kelah Agro Harvest -----Empangan-----hutan buluh betong-----tiga anak sungai-----pondok-----lokasi memancing.Keadaan trail 70% extreme level amatur dimana kebanyakan masa mendaki anak bukit dan menyusur tebing sungai dengan kecerunan 60-70 darjah.

 

Misi Bermula

12.45PM- Fasa pertama ialah laluan 4WD dari Pusat Pembiakan Ikan Kelah hingga ke empangan lama sejauh setengah kilometer kot,agak barai juga mendaki laluan tu.Empangan lama tu nama apa aku tak tau.Tak sempat nak kaji.Lepas rehat dalam 10 minit dan menembak gambar,guide kami terus memanjat tebing bukit.Aku yang langsung tak pernah trekking ni mula rasa tenaga dah tinggal 20% walaupun belum sampai ke hutan buluh betong.

Setakat pikul beg mungkin tak jadi masalah,tapi yang menyukarkan perjalanan ialah batang pancing,beg khemah,botol air dan dua bijik bekas plastik kuih raya.Susah nak berjalan kot?Hangpa try la kalau nak rasa.Punya la hazab nak bergerak.

2.45PM- Meredah tebing tinggi yang dipenuhi pokok buluh.Tempat berpijak memang ngam-ngam tapak kasut.Masa ni kaki dah rasa macam diheret,bukan berjalan lagi dah.Agaknya ujian untuk kami,cuaca menjadi gelap tanda-tanda nak hujan.Bergegas kami ke tempat orang asli menunggu kat atas batu selepas hutan buluh.Diorang punya muka chill je sambil pam rokok Surya.Sambil gelak-gelak diorang cakap ada nampak harimau besar lembu.Jilaka lawak tak best langsung,takde mood gua nak gelak dalam keadaan barai.

 

Masa ni diorang cakap tempat mancing tu tak jauh dah,cuma tinggal 3 anak sungai kena rentas.Bunyi macam dekat je kan,kejap lagi tau la macamana.Pukul 3 lebih kami bergerak semula ke lokasi sasaran.Dua orang asli dan Mr Ben10 dah hilang jauh kedepan.Aku ingat tak sampai 100 meter kot dari tempat rehat lepas hutan buluh tadi,kitorang berhenti semula.Aku,Syuk,Jul,P dengan Man dah mengalami masalah tekanan moral,huhuhu!

Sudahnya kitorang berjalan 5 minit,rehat 10 minit.Lantaklah,barai nak mampos dah ni.

2 kilometer terakhir merupakan perjalanan paling ekstrim dalam hidup aku.Pertamanya laluan yang semakin sukar,kedua tenaga yang langsung dah tak ada,ketiga air minuman pun habis dan yang keempat lokasi yang dituju tak tau berapa jauh lagi.Orang asli dah hilang kemana tah.Masa tu jam dah pukul 5.20pm.Jerit panggil member depan pun dah tak ada menyahut.

Tapi sebenarnya cabaran yang paling kuat ialah melawan fikiran negatif.Beberapa kali aku berhenti pekena rokok sebatang dua dan duduk berfikir,what the hell i’m doing here didalam hutan tebal dengan tenaga yang dah lama habis….Alangkah enaknya waktu-waktu ni duduk dirumah melayan anak isteri atau bermain game konsol kegemaran.Damn…

But,turning back is not an option.

Berbekalkan kekuatan mental kami bergerak perlahan-lahan dan bagai pekena seplastik air ketum,kami bersemangat semula bila orang asli yang leading paling depan muncul depan kami membantu angkat barang.Maknanya lokasi memancing dah dekat.Masa ni segala tenaga dalaman RGK,PASKAL,PASKAU,VAT69 semua keluar.Serius terasa macam dah nak habis fasa latihan escape & evasion.

5.45pm- Kami kumpulan terakhir sampai ke lokasi.Aku letak barang,buka baju sarung seluar mandi,terus berendam.Tak mampu nak cakap apa dah.Air minum pun terus teguk dari anak sungai je.Lepas mandi,solat dan makan aku rehat je.Esok-esok ajelah memancing….

 

Bersambung…

Selasa, 11 Mac 2014

Impian Seorang Pemancing…

Entri ni pendek je sebab topiknya lebih kepada persoalan untuk pihak yang berkaitan.Dulu aku pernah follow satu page Facebook iaitu Kelab Joran Facebook.Agak meriah page ni tapi aku unfollow beberapa minggu lepas sebab rasa “terganggu” dengan posting “ini ikan ape yewww?”.Serius aku tak rasa penanya soalan tu ikhlas memang tak tau nama ikan.Posting macam tu lebih kepada menganjing atau minta kaki perhatian.

Macamanapun sesekali aku jengah juga page tu.Yelah,jiwa gua memang dekat dengan alam semulajadi,hehe!

Tadi aku terbaca satu post yang agak interesting untuk difikirkan.Ada satu brader tu post gambar slip gaji dia yang menunjukkan baki bersih RM264.30.Hajat beliau nak pakai kekili mendatar Banax GT Extreme,tapi dengan baki sebanyak tu makan minum anak isteri perlu diutamakan dulu.Macamana pun brader tersebut sanggup mengenepikan impian beliau asalkan anak isterinya cukup makan pakai.Yang penting berkat bang.

Aku selalu rasa macam tak cukup duit,padahal kombinasi gaji agak boleh la selesa sikit.Kurang keberkatan agaknya…

 

Banax-qpsvgv

Mesin Banax GT Extreme ni takdelah mahal sangat.Untuk saiz 5000 harganya sekitar RM270 macam tulah.Untuk range harga sedemikian spesifikasinya agak mantap,cun dan padu dengan 7 bearing,drag maksimum 30kg bla..bla..bla..baca kat sini jelah senang, http://www.banaxfishing.co.nz/banax_spinning_gt_extreme.htm

Cuma mesin ni agak berat sikit (kata orang yang pernah pakai).

 

Khabarnya potongan gaji yang banyak adalah disebabkan dulu beliau pernah menjamin seorang kawan untuk membuat pinjaman.Kawan lari,dia yang kena selesaikan hutang.Aku bersimpati dengan nasib brader ni.Persoalan yang bermain difikiran aku sekian lama ialah,kenapa pihak bank meletakkan beban bayaran balik kepada penjamin?Sedangkan peminjam yang lari bebas hidup aman.Paling koman pun kena blacklist.

Bagi aku tanggungjawab bank ialah mencari peminjam sampai dapat,tak kiralah pakai kaedah apa sekalipun.Minta polis keluarkan waran tangkap ke.Jangan terus proceed minta duit dari penjamin.Naya kat orang beb.Imagine macamana brader diatas mengharungi kehidupan sukar tambahan lagi sekarang ni RM50 dapat beli dua kali je barang dapur.

Kerja dengan bank komersil sekarang ni kena berhati-hati..Jangan seronok makan bonus je.Sedar atau tak,riba berleluasa.Nama je Islamic banking,entah apa yang Islamic tah.Pinjam RM5000,bayar balik RM9800.Cer citer mana Islamnya?

Oklah,daripada aku meroyan lebih-lebih kat sini,ada baiknya kalau ada sesiapa yang arif tentang perbankan Islam meninggalkan komentar diruang komen.Kita kongsi ilmu perbankan.

 

Pendek je entri ni ye dak?

Khamis, 30 Januari 2014

Andai Mahu Jadi Usahawan

 

Semalam kawan baik aku ada tanya pasal bisnes.Dia ada perancangan untuk buat bisnes produk.Actually dulu kami sama-sama kerja dalam bidang pemprosesan herba lebih kurang empat tahun setengah.Pengalaman dia dalam bidang pemprosesan herba jauh lagi lama dari aku,cuma aku ada sikit pengalaman dalam bidang produksi krim dan produk kecantikan.

Dia pun tanya la pasal dana.Dana nak bisnes ni dari bank pun boleh apply,janji proposal cun.Tapi tak boleh juga mula daripada kosong.Sekurang-kurangnya kita dah ada first step contohnya ada prototaip produk,ada premis dan yang wajibnya lesen perniagaan.Kalau tak silap akulah.

Aku rasa bank atau mana-mana institusi pembiaya tak bagi dana dengan modal air liur je.

Kemudian dia sebut pasal produk.Dari pengalaman kerja dia aku faham yang dia prefer produk bahan mentah berasaskan herba.Yelah,benda yang kami sama-sama arif.Pendapat aku pulak lain.

Memang betul kita ada pengalaman banyak,tapi kita cuma ada pengalaman manufacturing,marketing strategy takde.Benda-benda herba ni kalau betul-betul nak serius berniaga kena ada paperwork yang mantap.Bukan setakat pemprosesan berstatus GMP je.Akan datang,semua benda perlu jelas asal-usulnya.Maksud aku bahan mentah sebelum diproses tu ada kertas kerja yang menunjukkan sumber genetik pokok,kandungan bahan aktif yang terbukti dan bla..bla..bla..Bahasa ringkasnya ialah sumber bahan mentah datang dari QDPM(Quality Declared Planting Material).

Baru la bisnes boleh pergi jauh.Setakat main dalam Malaysia je siapa nak beli.Ada beratus-ratus syarikat yang buat benda sama.That’s why kita kena stand out daripada pesaing yang ramai-ramai nih dengan business plan yang bagus.

Kemudian fikirkan soal jumlah dana yang berjaya diperoleh.Sejuta?Dua juta?Atau ratus-ratus ribu je?Apa yang aku nampak dalam perniagaan herba ni,mesin pemprosesan adalah perkara yang amat-amat perlu dititikberatkan.Matematiknya mudah,ada modal besar dapatkan saja mesin dari Jerman atau Swiss.Kalau tak mampu,mulakan dengan mesin custom made dari Sungai Buloh.Cuma mesin-mesin custom made ni kurang efisien.Kilang mesin boleh fabricate apa juga mesin yang kita nak,tapi diorang tak ada team engineer untuk buat efficiency calculation.

Berapa flowrate,temperature,vacuum pressure atau setidak-tidaknya berapa tebal optimum stainless steel yang nak digunakan.Semuanya hanya gunakan imaginasi diorang je.

Mesin macam tu masih boleh berfungsi,tapi kita tak boleh dapat hasil yang optimum dengan kos yang minimum.Caranya ialah,belajar dari pengalaman…lepas tu kita sendiri yang buat design,diorang fabricate sahaja.Mesin yang baik akan menjimatkan masa,kos,tenaga pekerja dan juga meningkatkan yield.Maknanya untung lah.

Itulah cabaran dunia usahawan herba.Untuk mencapai tahap boleh berdikari barangkali akan memakan masa dua ke lima tahun.Bergantung pada kekuatan mental usahawan tu sendiri.Jangan baru setahun dua bisnes dah mula pakai kereta besar.Faham-faham lah ye.

Macam banyak sangat je challengenya ye dak?Apa bidang pun ada cabarannya tersendiri.Apa yang kita boleh buat ialah pilih challenge yang kita boleh atasi.Aku teringat satu hadis atau terjemahan Al-Quran,”Allah S.W.T tidak akan membebankan hambanya melebihi dari keupayaannya”,lebih kurang macam tulah bunyinya.Wallahua’lam…Kita dikurniakan akal,banyak jalan kita boleh pilih.

Lagi persoalannya ialah,andaikata aku sendiri yang nak buat bisnes,bidang yang bagaimana aku pilih.Dah tentu bidang yang aku pandai buat iaitu manufacturing.Cuma aku tak pilih bidang bahan mentah herba,walaupun aku ada sikit pengalaman tentang bidang tu.

Aku akan pilih bidang yang hampir sama juga,tetapi risiko dan cabarannya sedikit ringan berbanding industri bahan mentah herba.Contract manufacturer.

326837487_219

Macam ni.

Katakan aku ada modal.Untuk permulaan aku akan set up premis makmal,proses dan pembungkusan berstatus GMP,tapi menumpukan pada produk kontrak.Penghasilan produk kontrak ni untung per unitnya kecik je,tapi aliran tunai bagus.Keduanya,kita tak perlu fikir marketing dan promosi produk.

Once kita dah deliver produk kepada pelanggan,dapat cek,done.Kecuali kalau ada produk defect,itu saja.Di peringkat awal,ada baiknya mulakan dengan sesuatu yang kurang berisiko.Bila dah stabil dan boleh catch up demand,barulah boleh fikir produk sendiri.

Lepas tu marketkan produk dengan harga yang orang ramai mampu.Tak payah nak main premium sangat.Mampu ke nak head-to-head dengan brand terkenal?Dalam bidang macam ni ,branding amat-amat mempengaruhi pasaran.So kalau rasa brand kalian gitu-gitu je,juallah dengan harga yang munasabah.Ingat,Malaysia ni bukan negara yang rakyatnya willing to spend ratusan ringgit semata-mata untuk produk tak terkenal.

Dua benda je yang terlajak laris dalam Malaysia ni,barang kecantikan dan seks.Kat Facebook kebelakangan ni banyak pulak iklan produk membesarkan tuuutt dengan testimoni yang…adoyaii…malu kalau dibaca bebudak kecik.Ini realiti.Produk kesihatan duduk tangga berapa aku tak pasti.Mungkin sama dengan kedudukan Manchester United dalam EPL sekarang.

Arini terasa macam penulisan mantap dan padu plak.Krik..krik…krik…

Selasa, 29 Oktober 2013

Jangan Poyo Ketika Study

Hujung minggu lepas aku sempat bersembang dengan adik perempuan aku yang tengah belajar kat UMT.Kebetulan dapat jumpa sebab urusan pampasan tanah (cerita dalam entri lepas),dan juga nak bawa dia pergi berurut sebab sakit belakang.
Dia didiagnosis mengalami masalah 'scoliosis',iaitu tulang belakang bengkok seperti huruf 'S'.Punca dia jadi macam ni sebab jatuh motor kena sondol dengan kereta.Dalam dok bersembang tu,termasuklah topik perbelanjaan masa zaman belajar.Sebelum tu dok melayan mak aku sembang pasal saudara aku yang juga pelajar UMT.Dari kisah saudara aku tadi,aku teringat kisah yang aku baca dalam Facebook pasal student mengencing mak ayah konon nak duit untuk belajar,tapi rupanya nak pergi melancong dengan boyfriend.Padahal mak ayah bercatu makan ikan kering kat kampung.
Pernah baca tak kisah tu?Bila boyfriend tanya "amacam,mak u bagi duit tak?"Pempuan tu jawab,"mak i busy,dia kat oversea..."Dafuq.

Saudara aku tadi takdelah sampai tahap macam tu,cuma cerita pasal dia mentrigger ingatan aku kat kisah sadis tu.Adik aku cerita la pasal spending dia duduk rumah sewa yang sebenarnya lagi jimat daripada duduk hostel.Memandangkan aku pun pernah jadi pelajar,aku pun ada kisah aku sendiri.
Masa aku study SAD(bukan sedih ya,Sijil Automotif Diesel) pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia diberi sebanyak RM4000.Aku dah lupa semester berapa baru dapat,semester 3 atau 4 macam tu lah.Masa semester satu,aku duduk hostel.Agak memudahkan tapi letih nak menapak pergi kelas.Semester dua aku duduk menyewa dengan kengkawan di kawasan perumahan Semambu Baru,Kuantan.Duduk luar tanpa transport sendiri amatlah sadis.Mujur ada kengkawan yang sama berkongsi kesadisan menaiki bas ke kelas.
Bas pulak lalu sekitar jam 7.15am,dah lah awal pagi,bas penuh dengan bebudak perempuan.Fuuuu!!Kitorang spesies alien,xble dekat dengan perempuan.Meremang bulu roma.Mujur di penghujung semester member aku bawa motor.Dapatla aku menumpang sekaki sampai habis semester.Tapi itu tak bermakna aku boleh berasa lega dan mengharap tumpangan sampai habis study.
Semester 3 adalah semester latihan industri(LI).Member-member serumah aku banyak cabut buat LI kat kampung.Aku dapat LI di sebuah bengkel di Jalan Teluk Sisek iaitu Kernol Industries Sdn.Bhd dengan elaun RM250 sebulan.Lepas la buat belanja bulanan.Masalah kat sini ialah transport untuk berulang alik.Masak la aku kalau nak panjat bas awam tiap hari.
Akhirnya aku dapat juga motor Yamaha SS buruk arwah bapak aku.Buruk luaran tak penting,yang penting aku senang nak pergi bengkel.Lepas tu loan pun masuk,RM2000 untuk pembayaran pertama.Dengan loan tu lah aku restore balik motor buruk warisan arwah abah aku sehingga menjadi champion kategori NA.
Bakinya aku huhahuha dengan member-member,selesai.Sikit je RM2000 ye dak?
Tapi aku masa umur tu tak pandai lagi spend duit kearah yang terlalu sesat.Zaman tu aku tak pandai main snuker,melantak fast food,melancong,bergaya dengan pakaian branded bagai.Enjoy life zaman student aku cukup dengan rokok,makan,ada duit isi minyak motor (masa tu petrol RON92 RM1.32sen seliter) dan kekadang layan game arked.Itu saja..Serius aku cakap zaman study dulu aku tak pernah beli makanan kat fast food.Apesal?Nampak cool ke makan fast food pakai duit mak ayah?
Sesak tahap ikat perut sekali pun aku tak pernah sampai kencing abah aku kekonon untuk duit belajar.Ingat ye para pelajar-pelajar sekalian,zaman study tak payahlah nak hidup macam orang dah berkerjaya.Study bebaik dapatkan result yang bagus,lepas tu dapatkan kerja yang bagus,kemudian kamu nak makan fast food duabelas baldi pun boleh.

*pembayaran loan kedua aku beli PSOne,dengan buat lesen kereta,amacam?haha!

Sabtu, 12 Oktober 2013

Eksplorasi Mencari Tinospora crispa

Assalamualaikum semua...

Agaknya ada yang sedar tak ranking blog ni makin jatuh dan kekurangan entri?Adakah ni tanda-tanda blog ni juga bakal pencen sepertimana blog rakan seperjuangan yang lain?No way!
Inilah blog yang aku usahakan sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang.Dahpun berusia lebih ENAM tahun,tapi tak macam orang lain yang achieve tahap terbaik untuk jangkamasa yang sama.Blog5zal ni macam ni lah,nak kata pencen terus tak mungkin,rajin sangat pun tidak.Kesibukan kerja punya pasal.

Minggu lepas sejak hari Selasa aku sibuk mencari pokok Patawali (Tinospora crispa) di Zon Tengah iaitu sekitar Selangor,Negeri Sembilan dan juga selatan Perak.
Untuk sesiapa yang tak kenal pokok Patawali,rupanya hampir sama macam pokok sirih,tapi daunnya tak banyak dan hijaunya tidak berapa gelap.Sesetengah orang kampung panggil pokok ni akar seruntun.

Sampel Patawali berhampiran sekolah tahfiz Selayang
Pokok ni jenis merayap dan boleh dikenali dengan bentuk daunnya seperti bentuk "hati"(heart shaped).Banyak kegunaan pokok yang super pahit ni.Pokok patawali ni teramat pahit,walaupun hanya memegang batang tanpa terkena getahnya.Tak percaya boleh cuba pegang,basuh dengan Axion then makan nasik.Pahitnya still tak hilang.
Tugasan ni memerlukan ratusan sampel rawak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk pengumpulan data dan mencari baka terbaik bagi tujuan pengkomersilan.Susah oiiii tugasan tu!Aku tak tahu banyak sangat informasi tentang maklumat ujian klinikal pokok ni,aku cuma nak cerita pahit manis perjalanan mencari pokok ni di ceruk-ceruk kampung.
Nak cerita semua tu tak mampulah,setakat yang meninggalkan kesan mendalam saja,hehehe!
Antara lokasi sampel yang aku ingat ialah di Jalan Kampung Sungai Nibong-Kampung Sungai Haji Dorani,Sungai Besar Selangor.Pokok patawali tu kami jumpa di tepi jalan melitupi pokok cempedak depan rumah penduduk kampung yang dipisahkan oleh parit.Tau jelah rumah sekitar kawasan tu,rumahnya jauh kedalam sikit dengan halaman luas.
Rasa malas nak mintak izin kat tuan rumah menyebabkan kami terus je potong pokok tu cepat-cepat sambil mata mengusyar juga kat rumah tu.Nampak macam tak ada orang.Lepas ambik sampel tanah dan bersiap-siap nak berangkat,kami nampak satu orang tua berkain pelikat tak berbaju berjalan perlahan menuju kearah kami yang parking kereta tepi jalan.
Aku cakap kat kengkawan,jom la blah cepat,tapi dalam masa yang sama rasa tak sedap hati jugak start kereta depan orang tua tu.Punya la lama nak buat keputusan akhirnya pakcik tua tu makin dekat dengan kereta kami.Langsung tak beradab kalau terus lari.Memandangkan team aku ada dua perempuan,dan cuma aku sorang je lelaki,terpaksalah aku yang menghadap orang tua tu.
Serius garang muka pakcik tu tahu?!
Aku buat-buat berani dan bagi salam.Tunjuk kad kerja dan eksplen pelan-pelan.Alhamdulillah pakcik tu tak humban aku masuk parit depan rumah dia.Sebelum pakcik tu bertukar dari Dr.Banner kepada Encik Hulk,cepat-cepat aku blah.
Actually tak ada niat pun nak 'curi' dari rumah pakcik tu.Kami nak cepat dan sekitar pesisir pantai Kuala Selangor hingga ke Sekinchan susah sangat nak jumpa pokok ni.Bila dah jumpa memang tak lepas punya.

Sampel di pagar masjid sebuah kampung di Hulu Yam Bharu

Semalam kami ke Ipoh.Kiranya nak scan area Selatan Perak lah.Point mula di bandar Ipoh dan turun ke sempadan Selangor.Kami ronda-ronda taman perumahan apa tah berhampiran Manjoi.Kemudian kami nampak pokok patawali melilit pokok bunga kertas didepan sebuah rumah penduduk.Semak betul rumah orang tu dengan akhbar lama dan barang terpakai.Sah rumah Cina ni.Orang Cina je suka kumpul barang-barang macam tu sampai penuh halaman rumah.
Kitorang dok hello-hello panggil tuan rumah,tapi tak mau keluar.Sepertimana modus operandi dalam cerita pertama,kami proceed sebab itulah sampel pertama yang kami jumpa di hari ketiga pencarian sedangkan jam dah pukul 11.30am.
Tengah sedap mengerat pokok,keluar satu uncle berbaju pagoda berseluar paras lutut dan juga bertampal dahinya.Luka kot.Appearance dia sebijik macam pengemis.Dia tegur kami yang potong pokok dia,tapi tak adalah marah sangat.Cuma dia nak tunjukkan kat kami mana nak ambik sampel yang banyak.Kata dia dekat saja maaa...
Masalahnya dekat sini ialah uncle tu nak naik kereta sekali,lepas tu kena hantar semula dia balik.Aku tak mampu nak menolak,terpaksa lah bawa sekali uncle tu.Dia masuk je kereta terus bau semacam yang tidak menyenangkan.Agak hancing plus bau badan seminggu tak jumpa air.Aku drive agak laju merentas taman perumahan tu sebab nak cepat sampai dan cepat hantar dia balik.Tak boleh blah betul bau dia.Masa dalam perjalanan,uncle tu cakap dia tanam pokok tu sebab nak merawat masalah kecacingan.What de heck?/!OMG!Semua ada.
Ni mesti kuat makan babi ni.
Sambil-sambil mengutip sampel,uncle tu bercerita pasal aktiviti dia waktu lapang,antaranya merayap sekitar kampung dan juga mem'pheewitt' awek-awek Melayu yang lalu lalang.Dua perempuan yang aku bawak ni dak cuak-cuak dah,but still boleh cover lagi.Sebelum turun kereta depan rumah dia,sempat dia berhenti sekejap dan panggil dua perempuan yang aku bawak tu Chombi dan Puspawangi(watak dalam filem-filem P.Ramlee).Psiko betul.

Apa kami buat lepas tu?
Cepat-cepat keluar dari taman perumahan tu untuk mencari Febreze.Tuan punya kereta (Cik Moon) tak mau duduk depan bekas uncle tu duduk.Kuat betul bau diaaaa!Sampai lah balik semula ke Kepong,aku terpaksa jadi driver,dengan dua Maam besar duduk belakang.
Apapun perjalanan mencari sampel tu merupakan pengalaman yang amat berharga.InsyaAllah hujung bulan ni kami akan ke Selatan pulak.Pengajarannya ialah,jangan cuba curi patawali orang kalau tuannya ada dirumah.Hehehe!





Isnin, 30 September 2013

Sekali Lagi Masalah Air Cond

Assalamualaikum semua,

Lama benar aku tak meroyan dalam blog ni macam fan MU lepas kena senggama bergilir-gilir dengan Manchester City dan WBA,hehe!Oklah,tak baik bagi fan MU panas lama-lama,so terus saja kepada cerita yang aku nak sampaikan.
Kali ni cerita pasal air-cond sekali lagi bila masalah yang berlaku dalam entri air-cond yang lepas berulang semula.Secara tiba-tiba air-cond tidak mengeluarkan udara sejuk dan simptomnya sama iaitu enjin revving sehingga 1500rpm bila suis air-cond di'ON'kan;tanda tiada load pada kompressor.
Kali ni aku terus saja mencari alat ganti magnetik klac kompressor walaupun sangat susah nak jumpa.Ada satu kedai yang aku hubungi tak mau jual sebab aku orang perseorangan,bukan woksyop atau kedai alatganti.Pasal apa?Benda ni ada kaitan dengan dominasi pasaran alat ganti,senang nak mark up harga.Lepas ni aku cerita..

Kemudian aku jumpa satu lagi kedai di Rawang yang ada menjual magnetik klac tapi dengan harga RM250.Tapi sebelum tu aku menghubungi Encik EastOne aka.Naruto untuk mengerjakan air cond dan juga beltingnya sekali.Apa taknya,kereta aku dah lebih 130k mileage.Andaikata belting tu putus tengah jalan,bukan saja kompressor air -cond,alternator,pam power steering & water pump sekali fail.Memang kritikal tugas sehelai belting tu.

 Kat atas ni adalah unit magnetik klac asal daripada kompressor DENSO.Sebenarnya unit ni masih lagi berfungsi dengan baik,cuma getah yang bertindak sebagai spring untuk mengembalikan kedudukan plat paling luar tu dah keras dan retak.




















Sebelum aku melanjutkan cerita,sebenarnya aku tak beli pun magnetik klac yang baru.Aku cuma beli belting V (empat lurah) jenama BANDO 1705 (RM42),spanar 12mm(RM12.50) dan juga T-10mm(RM10).
Langkah pertama adalah membuka tayar depan kanan dan juga menanggalkan bumper.Dua gambar ni je aku ambik sebab lepas tu tangan aku penuh dengan kotoran.Henpon plak warna putih-putih melati.Kerja-kerja menanggalkan belting aku serahkan kepada Encik EastOne sebab beliau dah kenal amat dengan mesin Perodua ni.
Cuma ada beberapa skru ketat yang aku terpaksa buka menggunakan KEKUATAN POKOK PISANG Faradyable.Tak faham sila tengok YouTube.Maka belting berjaya dikeluarkan.Sementara tu aku cuba membuka pulley magnetik klac tapi susah tanpa tool yang betul dan tak berjaya buka pun.Kena pakai airgun.Oh ya,pomen Cina sebelum ni rupanya tak sambung semuala dua wayar sensor.Mujur ada Encik EastOne.
Hasil pengamatan aku dan juga perbandingan dengan unit kompressor Myvi EastOne,'gap' antara plat yang bersambung dengan syaf kompressor dan juga pulley terlalu jauh,lebih kurang 3mm.Barangkali itulah puncanya kuasa elektromagnetik tak mampu untuk menarik plat supaya melekat pada pulley.
Agak memeningkan kepala bila benda tu tak dapat dibuka untuk dibaiki sedangkan masalahnya memang berpunca dari situ.Akhirnya aku bertawakkal sajalah dengan meneruskan kerja-kerja memasang belting sebab hari dah makin gelap.
Selesai saja kerja-kerja pemasangan dan pelarasan ketegangan belting,test run dulu.Bila suis air cond dibuka,magnetik klac yang fail sebelum ni kembali berfungsi dengan baik walaupun 'gap'nya agak jauh.Cuma tak 100% baik.Sebabnya:

1.Sistem aircond tak pernah diservis langsung menyebabkan udara sejuk tak cukup sejuk.Mungkin sebab habuk dah tebal pada permukaan fin cooling coil.
2.Sesekali akan kedengaran bunyi 'slip' pada magnetik klac bila sambungan berlaku.Puncanya gap jauh menyebabkan lekapan plat kurang sempurna.Atau boleh jadi sebab tekanan tinggi dalam kompressor.Ini pun sebab tak pernah bikin full servis.

Lepas ni aku plan nak simpan seketul kompressor dari kedai potong.Imagine ya,harga kompressor kedai potong ada sekitar RM250-300.Harga pasaran magnetik klac RM250,dan kompressor recon RM700.Lepas ni aku nak recon sendiri lah!





Jumaat, 23 Ogos 2013

Cara Mudah dan Murah Untuk Sinki Sumbat

As salam semua,

Sepanjang dua minggu lepas,pendek kata selepas bercuti hari raya aku dan keluarga mengharungi saat-saat sukar.Sebenarnya masalah-masalah tu taklah teruk sangat,tapi kalau dua-tiga masalah datang sekaligus,serabut jugalah.
Mula-mula lampu bilik air terbakar,sampai hari ni aku tak repair lagi.Malas sungguh.Lepas tu rim bengkok.Belum selesai merepair rim,sinki dapur pulak sumbat!Hadoiiiii!
Kalau tak salah aku,lebih seminggu aku terpaksa makan malam di kedai.Larat?Aku larat lagi,tapi akaun aku yag tenat.Nak kata aku menangguh-nangguh urusan membaiki sinki sumbat tu tidak juga.Sehari selepas sumbat,aku terus beli caustic solution,sebotol RM14.Masalah tak selesai,maybe tak cukup kot.Aku tambah sebotol lagi,tapi botol kecik sikit,RM10.Pun tak boleh.Baiklah...aku mula ambil masa untuk fikirkan puncanya.Reaksi dari botol kedua ni macam kurang power sikit sebab takde boiling.Agaknya pH tak cukup berbisa.
Aku beli botol ketiga,paling besar punya,RM18.Masa ni dah masuk hari keempat aku makan dikedai.Bila cecair ni masuk je dalam lubang paip,terus berasap.Haaaaa!Yang ni baru betul power!Walaupun dah cukup power(rasanyalah),aku biarkan overnight supaya kotoran organik yang tersekat dalam paip tu hancur lebur.
Balik kerja keesokannya aku cuba flush.Aikkk?Macam tak lawas pun?Henjut dengan pelocok pun sama je apa celopp?Lastly aku give up untuk hari tu.Kering idea dah sampai terfikir nak cari dawai panjang.
Balik kerja semalam,aku singgah kedai hardware di Seksyen 6 Kota Damansara.Ada tiga kedai hardware kat situ,tapi ni bukan kedai aku beli caustic solution hari tu.Aku kesitu mencari dawai kasar.Pembantu kedai tu suggest aku beli kabel untuk tarik wayar melalui konduit.Wiremen tau la apekebenda konduit tu.Nampak macam ok je,tapi bila nak bayar,nyonya tokey kedai tu cakap tak boleh pakai pulak.Dia suruh aku beli spring cable.Katanya memang untuk kegunaan paip sumbat.Aku pun agak lega sikitlah,mungkin masalah selesai malam ni(semalam).
Aku terus cuba jolok lubang paip guna dawai tu,tapi tetap stuck.Dekat dua jam aku mengerjakan lubang paip tu disamping cara menggunanya yang leceh amat.Hasil tetap tak nampak lagi.Aku rest sekejap sambil pekena Winston sepam dua disulami cecair dingin Pepsi.
Kemudian aku kepal suratkhabar,masukkan dalam plastik dan sumbat satu lubang di lantai.Kemudian aku penuhkan sinki dengan air sambil perhatikan ada lagi tak air yang berjaya melepasi lubang yang aku sumbat tadi.Selagi tak padat,aku ketuk kepalan suratkhabar tadi dengan tukul sampai betul-betul tak bocor.Kemudian baru aku pam lubang sinki dengan pelocok.Kemudian nampak gelembung-gelembung udara kasar naik dari dasar lubang sinki diikuti paras air dalam sinki menurun dengan cepat.Berjaya!
Jadi aku nak sharing sikitlah skil yang tak berapa nak ohsem ni.Tapi ingat,walaupun tak ohsem,ia mampu menyelamatkan puluhan atau ratusan ringgit upah membaiki paip sumbat.
Ni lah lukisan yang aku sediakan menggunakan Windows Paint.Takpe,janji faham.

Nampak macamana?

Bila tersumbat macam tu,air dari sinki(B) keluar ke lubang lantai (A).Kalau dihenjut dengan pelocok pada point B atau A takkan menghasilkan apa-apa sebab tekanan air yang terhasil hanya akan terkeluar dari salah satu lubang.Cara-caranya:

1.Sumbatkan point A dengan suratkhabar yang dikepal dan disalut plastik,atau kain buruk.Pastikan betul-betul padat.Kalau sistem piping korang tak sama macam gambarajah diatas,cari lubang yang melimpahkan air sekiranya air sinki turun.Itu bermakna air tak mengalir ke paip utama yang tersumbat,sebaliknya keluar dari mana-mana lubang yang tidak terhalang.

2.Isikan sinki dengan air yang banyak.Dalam masa yang sama,pastikan tiada air keluar dari lubang yang disumbat tadi.

3.Bila dah selesai langkah kedua,gunakan pelocok di point B.Henjut dengan kuat dan konsisten.InsyaAllah kekotoran yang menyumbat tadi akan bergerak kerana semua tekanan air yang ditolak pelocok sampai ke kawasan tersumbat.

Mudah.my je kan?kan?kan?







Selasa, 20 Ogos 2013

Untuk Teman-Teman di Phytes Biotek

Sepatutnya entri ni aku tulis 24/7/2013 aritu sebaik saja aku menyudahi hari terakhir di Phytes Biotek Sdn.Bhd.Alasan?Sibuk sangattttt kononnya.
Terima kasih banyak-banyak kepada pihak pengurusan(Kak Farah)yang sempat menyediakan hamper Famous Amos,hadiah beg galas Deuter,tengok jenama pun dah tau boleh tahan juga harganya(tak tau siapa punya budget ni).
Tak ketinggalan juga cenderahati istimewa dari En.Yatimi iaitu model kereta kebal Soviet T36/76 130th Tank Brigade 21st Armored Corp. dari siri Combat Tank Collection yang keberapa tah.Cenderahati 'kecil' yang amat besar ertinya apalagi sudah ditandatangani kawan-kawan semua.Terima kasih kerana memahami hobi bapak budak ni walaupun terpaksa buat-buat cool bayar 'mainan' dikaunter 7-Eleven.
Oh ya,kepada Siti Hanef Mohmed dari lab Biotropics Malaysia Berhad,terima kasih banyak-banyak untuk habuan buka puasa yg awesome.It's not about the food.Ianya adalah soal meraikan teman yang bertukar kerja ke tempat baru.Next time giliran aku pulak belanja okeh?
Semestinya entri ni aku dedikasikan kepada kawan-kawan yang masih lagi berkhidmat di Phytes.Terima kasih semua diatas penghargaan dan kerjasama yang baik selama ni.Kepada En.Adi QA team leader yang professional(patut bagi saya hadiah nihonto,hehe!),Nien,my 1st friend at Phytes,ZamZurina,yang sentiasa ceria dan rajin menegur,Firdaus,orang tengah production-management team,(good job).Tak lupa juga kengkawan di GMP dan Production,Taufik,Jaki,Irman dan juga Yop.Sori le Yop,kenduri kawin nanti tak dapat datang.Adik gua kawin hari yang sama.
I miss u guys dan kalau ada rezeki kita jumpa lagi.Nak merayap ke Glenmarie jauh sangat la pulak.InsyaAllah,kalau aku kesana aku singgah le....
#Ada beberapa nama yang tak disebut tu maaflah ya?

Isnin, 11 Mac 2013

Sabah Invasion;Sisi Lain Masyarakat Malaysia

As salam semua…

 

Maaf sebab lama sangat tak update blog ni disebabkan kesibukan kerja.Dalam masa yang sama negara kita masih lagi panas dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh “waris” Kesultanan Sulu.

Terlalu banyak cerita yang berlegar di internet dan sesetengahnya palsu semata-mata.Kadang-kadang jadi panas hati bila baca komen akal cacat di Facebook.

Dalam tempoh tegang ni aku harap sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mendokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara.

Tak kurang juga ‘usikan’ nakal dari negara jiran terutamanya Indonesia yang mentertawakan kemampuan PDRM dan ATM.Jadi,biarkan sahaja mereka berkata apa yang mereka mahu,yang penting hanya kita yang tahu keupayaan pasukan keselamatan kita.

 

sabah

 

Buat masa ini biarlah pasukan keselamatan menyelesaikan tugas mereka mencari dan menghapuskan saki baki tentera Kesultanan Sulu yang tidak menghormati pelawaan penyelesaian konflik tanpa pertumpahan darah.

Bukan setakat saki-baki tentera Sulu,malahan sesiapa juga yang terlibat berkomplot dengan penceroboh akan dibersihkan.Sewajarnya mereka tidak diberi muka lagi memandangkan kekejaman mereka menganiaya mayat anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul,Samporna,Sabah.Khabarnya serangan hendap itu juga didalangi talibarut mereka yang mendedahkan maklumat operasi.Aku tak berani nak mengesahkan kesahihan khabar tersebut.Rujuklah mana-mana sumber yang kredibel.

Berlakunya pencerobohan bersenjata di Sabah ni membuka mata ramai rakyat Malaysia yang sebahagiannya selesa dengan menganggap Malaysia tiada musuh.Tak kurang juga beberapa orang yang tidak layak menjadi warga Malaysia apabila menghina dan mengeji anggota keselamatan yang bertugas.

Kita yang berada di luar kawasan red zone dengan mudah memandang remeh tugas anggota keselamatan.Bayangkan situasi pencerobohan bersenjata berlaku di Kuala Lumpur,Ipoh,Kuantan atau Kota Bharu.Siapa yang bakal memegang senjata berhadapan dengan penceroboh-penceroboh ini?

Yang pastinya kita orang awam hanya terfikirkan satu perkara;mencari tempat perlindungan.Itupun nasib baik kalau penceroboh memahami undang-undang.Rasanya orang awam pun bakal jadi mangsa penceroboh yang dahagakan darah sesama Islam.Tolong hormati kerjaya mereka yang sentiasa menggadai nyawa.

 

Pertikaian

1.Tak kurang juga ada pihak yang mempersoalkan prosedur menangani konflik,dimana diperingkat awal PDRM dipertanggungjawabkan,kenapa bukan ATM.Jawapannya boleh ditemui di internet.Ada pihak yang prihatin telahpun mengulas SOP yang digunakan dengan panjang lebar,tak perlulah soalan yang sama diulangtanya sampai dua minggu.

2.Kelonggaran kawalan sempadan juga menjadi persoalan.Ini diakui kelemahan pihak kita yang kekurangan anggota dan kelengkapan.Ditambah lagi warga Filipina memang ramai di Sabah,mereka mudah sahaja menyamar sebagai nelayan ataupun sebagai penduduk Sabah.Kerajaan telahpun mengambil langkah segera dengan menambahkan kekuatan anggota dan kejadian ini mengukuhkan lagi jawapan kepada keperluan untuk mengetatkan tahap keselamatan di Malaysia Timur.

3.Isu kepakaran pasukan VAT69.VAT69 adalah pasukan khas terlatih yang telahpun diajar pelbagai teknik pertempuran urban mahupun gerila.Usah dipertikaikan lagi soal dua anggota VAT 69 yang gugur terkena tembakan sniper,kerana pihak penceroboh menggunakan kaedah paling keji dalam peperangan dengan berpura-pura menyerah diri.Salam takziah dan Al-Fatihah untuk semua wira-wira negara yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air.

4.Rasanya pertikaian ini yang paling tidak berfaedah.Agak ramai yang mempersoalkan kewajaran anggota tentera menaiki pesawat tambang murah Air Asia.Agak menyedihkan ianya juga menjadi bahan jenaka pihak tertentu yang menangguk di air keruh.Pesawat pengangkut C130 Malaysia hanya sesuai membawa kargo dan mempunyai bilangan kerusi yang sedikit,sedangkan tujuh batalion perlu dibawa ke Sabah dengan kadar segera.Satu batalion bersaiz lebih kurang 720 anggota.Naik helikopter?Kapal?Air Asia paling sesuai dan selesa.Diulangi,sesuai dan selesa.

5.Aset pasukan keselamatan Malaysia.Setakat ni belum ada kedengaran secara serius,mana-mana parti politik mempertikaikan aset ketenteraan negara kita lapuk atau sebagainya.Sebabnya mereka baru sedar dari mimpi siang hari bahawasanya pembelian aset-aset baru angkatan tentera adalah relevan untuk menghadapi ancaman yang tidak terduga seperti ini.Sebelum ini masih ramai yang alpa dengan keamanan Malaysia sehingga mengatakan Malaysia tiada musuh.Apa juga pembelian dianggap pembaziran wang rakyat.harapan aku,barang siapa juga yang menjadi pemerintah,janganlah soal pertahanan diletakkan di tempat bawah.Aset pertahanan adalah ‘insurans’ negara.

 

Tak lama lagi LIMA akan berlangsung,dan topik calon pesawat MRCA Malaysia akan kembali hangat.Dari beberapa sumber pembacaan,hanya tiga calon yang sedang diperhatikan dengan teliti iaitu Dassault Rafale(Perancis),Eurofighter Typhoon(Eurofighter GmbH) dan F/A 18 Super Hornet(USA).

Tidak lupa juga pihak Malaysia memerhatikan perolehan Rafale sebanyak 126 unit oleh India Air Force sebagai sandaran.Apapun pilihan Malaysia nanti,pastinya yang terbaik dari segi keupayaan dan program offset yang ditawarkan.

Sebagai orang awam,aku sentiasa yakin dengan keupayaan anggota keselamatan kita.Sama-samalah kita doakan segalanya berjalan lancar,dan hargailah keamanan hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini.