Memaparkan catatan dengan label Kampung Halaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampung Halaman. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2016

Abang Man Dalam Kenangan

Entri lepas dah cerita bab memancing, tapi tahukah kalian siapa yang bertanggungjawab memperkenalkan kami adik-beradik ni kepada dunia sukan ekstrim memancing lautan dalam Atlantik??

Ni aku nak cerita ni.

Dalam ramai-ramai sepupu, aku ada sorang sepupu yang agak rapat berbanding yang lain. Kami panggil di abang Man. Zaman aku kecik-kecik dulu, aku membesar di kampung. Rumah keluarga aku pun dekat sangat dengan rumah nenek sebelah abah aku. Masa tu sepupu aku ni tiga beradik duduk dengan nenek aku. Dia lelaki dengan satu kakak dan satu adik. Aku tak pernah kenal mak ayah diorang, yang aku tau diorang duduk dengan nenek aku sejak aku lahir lagi.
Disebabkan diorang masa tu dah remaja dan aku dengan kakak aku masih lagi kecik, diorang ni la teman kitorang bermain. Abang Man ni rajin bawa aku bonceng basikal keliling kampung dan mandi parit. Walaupun masa tu umur aku sekitar tiga ke empat tahun,aku masih ingat suasana aku peluk belakang dia masa berenang kat parit, kaki aku tersepit celah jejari rim basikal dan masa kepala aku terhantuk rasuk rumah nenek aku.
 Impak trauma berenang kat parit dan sakit yang pernah aku rasa menyebabkan memori-memori tersebut sangat kuat sampai aku dewasa.
Lebih kurang umur aku lima tahun, kami sekeluarga berpindah ke Felda. Maka kami berjauhan dan membesar dalam dunia baru  yang jauh berbeza. Kami balik kampung pun dah jarang, maklumlah masa tu mana ada kereta. Sepupu-sepupu kitorang pun dah masuk zaman sekolah menengah. Sesekali bila kami balik kampung, diorang memang excited macam tunggu family sendiri.
Masa tunggu result SPM, abang Man ni duduk dengan kitorang di Felda. Banyak la dia bantu renovate rumah papan asal kitorang dan juga bantu arwah abah aku kat ladang sawit.Masa tu tahun 1989 kalau tak salah. Cuma ada satu gambar beliau tengah main badminton dengan jiran-jiran aku. Nanti aku selongkar album gambar cari balik gambar dia. Legend betul gambar tu sebab court badminton ditengah jalanraya tanah merah berlatarbelakangkan deretan rumah-rumah kayu felda yang masih standard belaka.

Masa aku tingkatan 1, kitorang satu keluarga beraya dikampung. Salah satu aktiviti selain beraya ialah memancing pantai. Abang Man ni la bawa aku dengan adik aku memancing ikan duri dan sembilang. Umpan yang kitorang pakai ialah larva kumbang badak yang banyak dalam batang kelapa reput. Dengar je dia nak cari umpan memancing, teruja betul nak ikut sebab aku suka tengok laut. Yang peliknya masa tu la aku baru tau kat kampung aku ni ada pantai. Pasal apa tah abah aku tak pernah bawak aku jalan-jalan tepi pantai masa kecik-kecik dulu. Selalu tengok kubota dengan mesin padi kat bendang je.
Sebelum kami balik ke Pahang semula sebaik habis cuti raya, abang Man belikan dua set joran asas untuk aku dengan adik aku. Murah je set pancing tu, tapi keseronokannya macam dapat Shimano Stella free!
Abang Man cakap untuk permulaan guna la dulu set pancing asas ni, nanti dah mampu beli yang elok, beli la yang tahan lasak sikit. Aku peduli apa masa tu, janji dapat set joran yang real,boleh dicasting dan dikarau; maksud aku bukan joran pakai tangsi ikat kat batang bemban.
Bertitik tolak dari situ, macam-macam set rod dan kekili kami beli.Tak adalah mahal-mahal sangat,agak-agak mampu dibeli dengan duit biasiswa. Yang aku ingat cuma kekili D.A.M Quick dan Okuma. Ada la beberapa lagi yang dipinjam kawan tapi tak pulang balik.
Aktiviti memancing ni dah jadi macam aktiviti wajib bila kami balik Sekinchan, joran mesti kami angkut sekali. Bezanya cuma abang Man dah jarang kami jumpa sebab dia dah berkahwin, dah tentu la dia fokus dengan family dia...
Selepas bertahun-tahun, kitorang sesekali ada berhubung melalui telefon bertanyakan khabar. Dalam ramai-ramai sepupu kitorang baik sebelah abah atau mak, rasanya dia sorang je yang rajin call kami. Mungkin bonding masih kuat sebab dia pun dah biasa sangat dengan kitorang. Selalu dia jemput datang kerumah dia di Kajang, tapi aku tak pernah berkesempatan.
Bulan Februari lepas aku jumpa dia, kaki dia sakit sebab jatuh terduduk di tandas. Entah baik ke tidak sakitnya masa tu kami tak tahu. Kenduri adik aku kahwin awal Mac pun dia tak hadir. Selalunya dia tak pernah miss kalau ada kenduri kahwin kat Pahang walaupun jarak dari Kajang ke Lepar Utara 3 boleh tahan jauhnya.
Hujung Mac barulah abang Man maklumkan yang dia dimasukkan ke hospital sebab sakit pinggangnya bertambah teruk. 10 April baru kami dapat melawat dia beramai-ramai di HUKM.Masa ni abang Man nampak masih berisi dan ceria bersembang dengan kami. Tapi bila dia tanya mak aku tau tak dia sakit, aku agak keberatan nak jawab. Sebabnya masa tu kami adik beradik yang berkelana kat Selangor ni ada krisis sikit dengan mak kitorang.
Punca sakit masih didalam siasatan doktor. Dia cakap dari kesan retakan tulang pinggul, doktor dapat kesan satu kelainan dalam teras tulang dia.Macam ada lubang-lubang. Kitorang agak, osteoporosis kot.
8 Mei 2016 kami sekali lagi kami melawat abang Man bila dapat berita yang keadaan kesihatan dia merosot dengan teruk. Badan makin kurus dan  percakapan dia dah perlahan sedikit sebab kesukaran bernafas, cuma belum dipakaikan alat sokongan oksigen. Masa ni aku dah rasa sesuatu yang tak enak sebab dalam masa yang singkat, keadaan dia makin teruk.
Selang beberapa hari, mak aku bergegas melawat abang Man. Dari Pahang, mak aku berkesempatan jenguk dia tapi keadaan semakin kritikal. Abang Man dah tak sedar keadaan sekeliling. Mak aku cuma mampu menangis tengok dia.
18 Mei 2016 jam 5.00 pagi aku dapat mesej WhatsApp yang memaklumkan Abang Man dah meninggal dunia...Aku ambil cuti kecemasan hari tu. Aku dapat tahu yang penyakitnya adalah berasal dari kanser hati yang dah merebak ke tulang. Aihhh...tak taulah macamana nak describe rasa kehilangan seseorang yang kami anggap macam abang sendiri.
Selepas beliau tiada barulah aku sampai kerumah abang man untuk pertama kali.Ralat sungguh sebab tak pernah serius untuk menziarahi dia.

Beberapa hari lepas tu, kakak aku ada cerita kenapa mak aku tiba-tiba nak pergi jenguk abang Man kat hospital. Katanya mak aku ada bermimpikan abang Man. Dalam mimpi tu abang Man cakap kat mak aku yang dia seronok nak jumpa arwah abah aku. Mungkin itu yang mak aku rasakan sebagai hint, bahawa beliau akan pergi selama-lamanya....

Gambar kat atas tu gambar abang Man dengan anak-anaknya.Ada lagi sepasang sebenarnya.
Beliau meninggal dunia di usia 43 tahun. Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa Abdul Rahman bin Jelani dan meletakkan abang Man dikalangan orang-orang yang beriman....

Al Fatihah...


Jumaat, 6 Mac 2015

Rizab Sungai

Benda ni aku perasan lama dah,sebab sebelum ni aku kan part time kaki pancing kampung.Sepanjang laluan aliran sungai memang akan dibiarkan wujud pokok-pokok asal sebagai zon penampan di tebingnya.Tujuannya mestilah untuk memelihara kondisi asal dan mengelakkan hakisan tebing.

Beberapa tahun kebelakangan ni ada aku dengar segelintir peneroka Felda yang membuka tanah di rizab sungai untuk tanaman sawit.Bukan sikit-sikit keluasan dia,ada yang berpuluh ekar.Lagi luas dari ladang asal.Itu takpe lagi,kot-kot ada juga warga asing yang tumpang sekaki.

Biasa tepi sungai ni PATI suka buat pondok kongsi,lepas tu ada la sikit-sikit tanaman untuk kegunaan diorang.Tanaman kontan kecik-kecik ni takpelah,kita nak fokus kat pembukaan plot tanaman sawit yang menggunakan rizab sungai.

Persoalannya adakah ianya dilakukan secara sah dan mengikut garis panduan yang betul?Iyelah,cari rezeki tambahan tu tak salah.Muka bumi ni luas,usahakanlah selagi mampu.Tapi kena ingat juga,kita ni bergantung pada alam.Kita rosakkan dia,kita jugalah yang terima akibat dia nanti.

Secara amnya,inilah maksud rizab sungai yang aku petik dari dokumen yang boleh diakses di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran.

 

“Rizab sungai – suatu jalur tanah yang bersebelahan kedua-dua tebing sungai yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara “

water.gov.my images pdf information_for garis panduan pembangunan melibatkan sungai  26 rezab sungai.pdf

Jadi,sebarang pembangunan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan undang-undang.Di kampung aku penerokaan rizab sungai adalah untuk tanaman sawit.Untuk pembangunan rizab sungai bagi aktiviti pertanian,dibawah ni garis panduan dia…Juga dari website yang sama.

 

3.1.6 Pertanian

3.1.6.1 Pengenalan

Secara amnya aktiviti-aktiviti pertanian adalah termasuk tanaman kontan dan akuakultur di dalam rizab dan di dalam sungai.

3.1.6.2 Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Kira

a) Kelulusan untuk memajukan tanah perlu diperolehi dari pihak berkuasa yang berkaitan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan.

• Satu zon penimbal perlu disediakan di antara tapak cadangan dan tebing sungai.

- Bagi tanaman kontan ~ 3 meter

- Bagi ternakan akuakultur ~ 20 meter

• Aktiviti penternakan haiwan tidak digalakkan.

Tanaman kekal tidak dibenarkan.

• Kumbahan dari aktiviti akuakultur mesti dirawat sebelum disalurkan ke dalam sungai dan mesti menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar.

• Pengambilan air sungai bagi aktiviti pertanian hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengambilan Air yang tertentu.

• Status tanah adalah secara sementara sahaja (TOL) dan perlu diperbaharui mengikut masa yang ditentukan.

• Pengusaha mesti berhenti menjalankan aktiviti pertanian setelah menerima notis daripada JPS untuk tujuan kerja-kerja penyenggaraan tanpa apa-apa pampasan.

• Pengusaha mesti menjaga kebersihan, keindahan dan kestabilan tebing, ban dan sungai, sebelum menamatkan aktiviti dan semasa menjalankan aktiviti.

• Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerosakan akibat banjir dan lain-lain kejadian semulajadi.

• Pemohon tidak dibenarkan menjalankan lain-lain aktiviti selain daripada yang diluluskan oleh JPS.

 

*sumber http://water.gov.my/images/pdf/information_for/garis%20panduan%20pembangunan%20melibatkan%20sungai%20%26%20rezab%20sungai.pdf

 

So tanaman sawit termasuk kategori mana?Sebab takrifan tanaman kontan ialah tanaman yang singkat masa tuaian hasilnya seperti jagung,keledek,sayuran dan sekategori dengannya.Kalau ikutkan cycle tanaman semula sawit yang kadang-kadang lebih 25 tahun,terang-teranglah sawit bukan kontan.

Barangkali ada yang fikir tanaman sawit mampu menjalankan tugas sebagai penampan sungai sebab dia pun pokok.Betul tak?Memang sawit tu pokok juga,tapi dia bukan asli.Kepelbagaian bio yang asal dah tak ada kalau diganti dengan sawit.

Sebab apa aku kata tanaman sawit tak boleh ganti tugas zon penampan asal dengan baik?Baca entri Port Maksiat Dalam Ladang.Entri ni tajuk dia je ganas,isi dia takde sekelumit maksiat pun.Kat entri tu aku ada ceritakan perubahan-perubahan anak sungai dari aku kecik,sampai la pokok sawit kat situ bakal ditebang beberapa tahun lagi.

Barangkali juga ada yang fikir hal ni remeh-temeh je,buat apa aku nak ganggu rezeki orang.Terpulanglah,ada masa renungkan dan cuma fikir-fikir la sikit sumber rezeki buat menyara keluarga tu datang dari hak kita atau tidak.

 

Itu cerita sawit.

Sebulan dua ni adik aku ada cerita pasal Hutan Simpan Tekam yang melatari kampung aku dah nampak tompokan botak dikaki bukitnya.Aku tak faham sebenarnya status hutan simpan ni boleh di tukar-tukar sesuka hati ek?

Lepar Kat area yang bertanda bintang bentuk star of david ni la kawasan penebangan balak terbaru.Maaflah,mungkin aku tak tau sangat pasal teknik pembalakan.Aku rasa balak pun kena pilih-pilih juga yang mana sesuai untuk ditebang.Dalam hutan tebal sekalipun tak mungkin pulak balak-balak ni tumbuh rapat-rapat.

Yang aku musykil,pasal apa kawasan pembalakan tu clear macam semua pokok kena sapu?Maknanya kaedah pilih-pilih balak dan tanam semula benih balak baru setakat sembang deras jela.Ini juga bermaksud kawasan tu akan dibangunkan ladang,sama macam pembangunan ladang LKPP.Hari-hari balak ditebang,tau-tau je hutan clear sejauh mata memandang.

Hasil balak dan tentu banyak duitnya,jalanraya shortcut dari Jerantut ke Sungai Lembing bila nak buat wooiii??!!

Selasa, 30 Disember 2014

Kita Dan Banjir

Aku tak faham betul la masyarakat kita di zaman teknologi maklumat hujung jari ni.Ramai yang menggelupur,kalut,buta hati,hasad dengki dan segala macam sifat jahiliyah dipamerkan untuk tontonan awam.Terutamanya di saat-saat mudarat macam sekarang ni.Fokus dengan isu banjir sekarang ni pun dah cukup.

Sekeruh air banjir yang membawa lumpur,sampah dan kumbahan,ada juga segelintir manusia yang sibuk menangguk disitu.Agaknya kalau sejam tak buat cerita karut/share info yang tak soheh ni diorang boleh kena stroke kot.Jenis wartawan FB batak gamaknya.

Daripada berpencak silat dengan keyboard dok bising-bising pasal darurat,bantuan disekat dan sebagainya,baik difikirkan kaedah yang sesuai untuk pengagihan bantuan kemanusiaan kat kawasan bencana banjir.

Apa yang aku perhatikan rakyat kita ni murah hati.Setakat derma untuk musibah banjir,InsyaAllah banyak yang dapat dikumpulkan.Masalah yang dihadapi cuma kawasan yang teruk mengalami banjir ni biasanya tidak dapat diakses dengan berkesan melalui jalanraya.Sedangkan itu la cara yang terpantas untuk penghantaran bantuan.Terpaksalah guna bot-bot fiber yang lebih mudah diaturgerak.

Bertitik tolak dari masalah penghantaran bantuan tu la timbul isu pengisytiharan darurat.Dengarnya bila darurat diisytiharkan,semua aset ketenteraan dapat  digerakkan ke kawasan yang terlibat.Ada la ‘orang’ cakap macam tu…

Aset apa yang diorang maksudkan tu ye?

RHIB?Frigat?NGPV?Ke nak Scorpene?

 

Jenis ‘orang’ macam ni la yang aku cakap menggelupur tak tentu pasal ni.

 

Oklah,tak payah tengok aset yang besar-besar.Ambik contoh bot lah.Nak bawak bot ke tempat banjir mesti kena tunda dengan 4X4 kan?Kalau dah jalan nak ke situ pun runtuh,jambatan putus atau 4X4 tu sendiri pun tak lepas nak randuk air,macamana bot nak sampai ke kawasan kejadian.Ke diorang fikir bot tu boleh dikemudi dari LPT susur Temerloh sampai ke Kota Bharu?

Atau satu jenis mindset lagi,bila darurat semua aset dapat digerakkan ke kawasan musibah.Jenis macam ni level bengap dia boleh tahan juga.Confirm jenis sembang kat kedai kopi suara dia je yang dengar,dia je yang betul.Nak aset apa bang?Cuba cakap pelan-pelan,nak aset apa untuk meringankan beban mangsa banjir?Penampar nak?

Memandangkan banjir ni kebarangkaliannya untuk berulang adalah tinggi,ada baiknya kita bersedia menghadapinya.Nak halang banjir memang tak boleh.Hutan-hutan simpan dah lama kena tebas,rizab sungai pulak kena sapu bersih,nak salahkan orang lain pun akhirnya berbalik ke kita juga.

Setiap kejadian ada tanda-tandanya.Sebelum banjir mestilah hujan turun lebat berhari-hari.Aku rasa untuk kawasan rendah,hujan sehari suntuk pun dah cukup untuk menyebabkan banjir.Masa tu kita dah tau kita kena bersedia meninggalkan rumah.

Meninggalkan rumah sehelai sepinggang pun kelihatan tidak bijak juga.Maka dengan itu,bersedialah dengan keperluan asas.Masuk je musim tengkujuh,simpanlah beras dan makanan kering secukupnya,untuk dua minggu barangkali.Rancang pusat evakuasi.Nak duduk pusat pemindahan banjir sementara atau duduk di tempat tinggi.Camping dalam kebun getah sempoi apa.

Barang-barang kecemasan yang perlu ada :

 

1.Khemah igloo dan kanvas

2.Portable stove

3.Gas memasak/solid fuel tablet

4.Beras

5.Makanan kering

6.Air bersih

7.Lilin

8.Pakaian secukupnya

9.Alat komunikasi

10.Dokumen penting

 

Alaa..macam nak pergi camping pengakap zaman sekolah dulu,walaupun akhirnya kita set up khemah dalam bilik darjah sekolah apa salahnya.Untuk privasi kan?Takkan la darurat punya pasal nak biar bini tukar baju depan public pulak.

Kawasan perumahan di kampung aku tak pernah banjir.Cuma satu-satunya perhubungan darat yang ada kerap mengalami banjir.DSCN0507

Contohnya simpang berhampiran Kota Gelanggi 5&6 ni.

Kat sini memang hot spot banjir bila sungai yang kecik tak mampu menampung aliran air yang terlalu banyak.Biasanya kalau hujan dua hari berturut-turut.

Banjirnya tempat ni bermakna terputus bekalan makanan.Kalau keadaan airnya tak kritikal,lori-lori besar boleh la lalu.Tapi tahun ni kritikal sebab selain banjir,tebing jalan runtuh menyebabkan laluan utama cuma tinggal separuh dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan.

10420283_10152882518569526_2587335473501405005_n

 

Gambar blur..mintak maaf la ye..aci rembat kat Google.

Kali terakhir tebing jalan utama ke Lepar Utara ni runtuh mungkin 10 tahun lepas,aku dah lupa.Lama jugak kontraktor nak merepairnya.Beberapa tahun kebelakangan ni memang jalannya sedikit mendap di bahagian yang runtuh sekarang.Apa taknya,lori puluh-puluh tan keluar masuk tiap hari.

Sekarang akibatnya semua kena rasa.Lori balak kalau nak cuba-cuba lalu bolehlah.Mintak-mintak tergolek masuk gaung terus.Elok sangatlah jadi macam ni..Selagi tak runtuh,selagi tu la lori-lori berat keluar masuk sampai jalan tar dah macam kena bom berangkai.

Moralnya kat sini ialah ‘what u give u get back’ dan sentiasa bertenang(untuk kes menggelupur kat atas tadi).Tidak menghormati alam sekitar,inilah yang kita dapat.Rasa-rasa diri tu immortal,teruskan kerja-kerja merosakkan planet kita.

Selasa, 5 Ogos 2014

Haji Dari Tauke Hardware

Cuti raya baru-baru ni aku bersembang dengan sorang pakcik tauke kedai hardware kat kampung aku.Nama dia Haji Dari.Asalnya aku cuma nak beli batu asah kat kedai dia,tapi biasalah kena la bertegur sapa sikit.Bila soalan dia mula menghala ke kerjaya aku,pakcik tu tanya satu soalan yang agak susah aku nak jawab.

Soalan dia macam ni,’ada tak ubat untuk sakit kencing manis?’

Agak lambat juga aku nak respon kat soalan dia sebab fikirkan jawapan terbaik untuk pakcik tu.Kemudian aku jawab,

’sebenarnya tak ada pakcik.."’

Aku jawab macam tu sebab istilah ubat bagi aku ialah sesuatu yang mampu mengurangkan penyakit dan seterusnya penyakit hilang dalam tempoh tertentu.Pakcik tu pun cerita la pasal wife dia yang dah bertahun-tahun makan ubat kencing manis yang mana ubat tu sebenarnya cuma menahan penyakit tu dari bertambah teruk,tetapi tidak mengubati.Patutnya kalau boleh sembuh dah tentu la tak payah makan ubat lagi kan?

Biasa kita dengar kalau orang tua sakit,penyakit dia tak lain tak bukan sakit yang biasa kita dengar macam kencing manis,sakit buah pinggang,dan stroke.Baru kejap tadi aku Google pasal kencing manis,terus keluar iklan ubat kencing manis.Seminggu je terus sembuh beb.Kalau betul,sure taukenya dah billionaire.Ingat senang ke nak R&D ubat-ubatan,apatah lagi kategori drug.

Aku tau jawapan aku bukanlah jawapan yang nak didengar pakcik tu,tapi aku taknak bagi harapan palsu kat dia.Cuma aku cakap,masa kita sihat ni kena jaga pemakanan.Kena lupakan makanan yang sedap-sedap.Banyakkan makan sayuran segar dan ikan.Berpuluh tahun dah kita enjoy makanan yang tekak kita suka,apa salahnya perlahan-lahan kita tukar kepada menu yang lebih sihat.Umur panjang atau pendek bukan urusan kita,tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.Boleh jugak isi waktu yang berbaki dengan amal ibadat.

Terus pakcik tu salam cium tangan aku,hahahah!Ok,aku tokok tambah je tu.

Tengah sedap-sedap beramah mesra dengan golongan veteran kampung,tetiba aku teringat anak aku yang busy meniup belon dalam bakul skuter mak aku sebenarnya tengah memeram tinja dalam pampers dia.Hissshhh!!

Rabu, 22 Januari 2014

Rim Lebar dan Jalan…


ROTA

Sedikit teori yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan untuk memudahkan pemahaman tentang lateral force yang berlaku semasa melalui selekoh (B).Terminologi sebenar berkenaan lateral force ni agak panjang sebenarnya.Siapa nak baca benda remeh temeh ni.
Keadaan ni bukan saja dialami oleh pengguna rim lebar yang dipasang tayar berprofil rendah,pada tayar ‘gemuk’ pun berlaku juga sebenarnya.Selain tu faktor lain seperti bebanan yang dibawa,talaan suspensi,halaju semasa melalui selekoh,sudut selekoh dan juga traction rate tayar memberikan hasil/keputusan yang berbeza-beza.Hatta driver sendiri pun mungkin akan bagi persepsi yang berbeza.
Soalannya,sesuai ke tidak dipakai set up tayar macam ni?
Dalam kebanyakan masa,ianya masih lagi sesuai.Tak jadi masalah pun,kecuali anda seorang yang cerewet tentang handling sesebuah kereta.Maksud aku jenis orang yang memang kerja dia bawa kereta trek.Yelah,pernah tengok kereta trek pakai tayar 195/65/15?Tak ke gayat tang korner?
Cuma,keadaan jalanraya di Malaysia ni sangat menyedihkan.Negeri lain aku tak pasti tapi setakat ni di Semenanjung,Pahang memiliki kualiti jaringan jalanraya paling fail.Even Kelantan pun jauh lebih baik.Kan bebaru ni aku follow trip pengumpulan sampel pokok,maka segala jenis jalan dalam semenanjung aku masuk walaupun tak semua.Ni contoh jalan ke kampung aku,fokus kat satu ni sudah.Takkan plak aku nak letak gambar semua lubang ye dak?
Bayangkan set up rim diatas terjun dalam lubang-lubang ni dengan halaju kambing berlari,amacam?

1600174_413613842074752_1983667437_n

Setahun lepas jalanraya ni masih cantik.Sejak sebulan dua ni disiram air hujan dan juga kekerapan lori-lori berat lalu,inilah hasilnya.Umpama kawah ledakan bom kereta dengan 300kg peledak buatan Taliban.Dah berapa banyak rim kereta dia dah makan termasuk seketul rim aku.
Baru-baru ni satu nyawa dah melayang.Siapa nak tanggungjawab?
Kebanyakan orang akan mempersalahkan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki jalan.Ya betul,lubang-lubang ni boleh ditampal tapi itu cuma penyelesaian sementara.Setakat ni dah banyak juga usaha menampal aku tengok tapi tak lama.Balik kampung lagi sekali lubang dah dalam semula.
Apa punca sebenar ni?

Jawapannya adalah angkara lori balak dan treler yang bawa sawit.
Buat masa ni agak banyak trip-trip treler sawit berkapasiti 40 tan melalui jalan ni.Lori balak toksah ceritalah,sejak dulu lagi tak habis-habis angkut balak.Macamana boleh banyak sawit dihantar ke kilang Lepar Utara 6?
Ini adalah kerana sejak penanaman semula ladang Lepar Utara 3,kapasiti pemprosesan sawit di kilang L.U.6 agak berkurangan.Untuk mengoptimakan operasi,kilang L.U.6 memproses sawit dari gugusan Kota Gelanggi.Maka berbondong-bondonglah treler-treler panjang ni memasuki Lepar Utara.Itu pandangan aku lah.Power betei,aku tanya,pastu aku sendiri jawab.
Ini cuma sikit je ni.Cuba la lalu jalan dari Bandar Jengka lepas tu masuk ke simpang menghala ke Jengka 10,Kota Gelanggi & Sg Tekam Utara.Segala spesies kerosakan ada.Tu belum spot banjir lagi.Haaaa,demam YB nak memikiornyee!Pikir-pikirkanlah ye,kang kami tukar kang?Hahahahahaha!

*Gambar lubang jalan dari Facebook Mohd Eone Bct untuk Group Bebudak Lepar

Ahad, 5 Januari 2014

Projek Jalanraya...


Salam bertemu lagi...
Sebenarnya agak banyak idea untuk penulisan sempena tahun baru ni,tapi malangnya kebanyakan topik tidak sesuai diulas dalam kedudukan aku sekarang berbanding sebelum ni semasa bekerja di sektor swasta.Terpaksalah aku tapis dulu topik-topik yang sesuai sedangkan ada antara isu-isu tu yang tak tahan jejari ni nak mengulas.Cuma yang merisaukan adalah bila ada segelintir pembaca tak sampai kepada maksud tersirat yang aku cuba sampaikan.
Jalan selamatnya adalah menulis cerita-cerita biasa saja,orang pun senang faham.Beberapa minggu lepas aku ada terjumpa satu laporan impak kepada alam sekitar berkenaan projek jalan penghubung antara Felda Lepar Utara - Sungai Lembing.Isi kandungan laporan tu aku ceritakan serba sedikit kejap lagi.Mula-mula kena tahu dulu projek apa benda ni dan juga apa keperluan untuk projek yang khabarnya dirancang sejak pertengahan 80-an lagi.


Aku yakin ramai yang tahu dimana terletaknya Sungai Lembing,rasanya ada tercatat dalam buku teks Geografi sekolah menengah.Dulu-dulu Sungai Lembing ni makmur dengan adanya lombong bijih timah,tapi seperti juga kebanyakan bandar-bandar perlombongan,kemajuannya terhenti dan merosot bila galian mula berkurangan.Tapi tak apa,pokoknya orang tahu apa itu pekan Sungai Lembing dan dimana terletaknya Sungai Lembing.
Itu cerita tentang Sungai Lembing.Sekarang aku nak tanya pembaca,dimana terletaknya Lepar Utara?Zaman aku sekolah dulu pun ada juga orang Pahang yang tak tau dimana Lepar Utara.Kalau ada yang tau pun orang akan cakap tempat tu jauh bebenor,dalam hutan,ulu banat dan sebagainya.Ya,hampir kesemua telahan tu benar,tapi tidak tepat.Adakah 2 jam 30 minit dari Lepar Utara ke Gombak lebih jauh dari 4 jam 30 minit dari Gombak ke Alor Star?Pernah dengar lagi tak orang cakap 'uiiiiiiiiiiii!jauhnya kampung hang!'bila disebut anda berasal dari Alor Star?Tak ada kan?
Kecuali anda warga Lepar Utara.Barangkali orang Pahang sendiri akan cakap lokasinya jauh.Secara geografinya,Lepar Utara ni terletak di tengah-tengah Negeri Pahang dan dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan hujan Khatulistiwa yang bergunung ganang.Bandar terdekat ialah Bandar Jengka dalam anggaran 50km dan jarak ke Gombak lebih kurang 200km.Aku pernah catat mileage dari halaman rumah kakak aku di Greenwood hingga ke laman rumah mak aku,tepat 200km.
Jarak ke ibu Negeri Pahang pulak ialah 210km iaitu dari Felda Lepar Utara 4 - Kuantan melalui gugusan Jengka,Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Gambang.Nampak tak betapa turun ke Gombak lebih dekat sikit daripada turun ke Kuantan?Tak hairanlah pertama kali aku sendiri menjejak kaki ke Kuantan masa aku berumur 19 tahun.Siapa nak pergi kalau dah jauh macam tu?
Kalau rajin lepas ni buat macam yang aku cakap ye?Buka Google Earth,pinpoint kat mana Lepar Utara(N 3'53' 58.2",E 102 46' 43.4") dan Sungai Lembing.(N 3 55' 4.8",E 103 2' 9.9")Lepas tu guna function ruler,ukur jarak kedua-dua tempat tu.Dari kiraan aku,jaraknya lebih kurang  35km.Route calculation pulak dari Sungai Lembing ke bandar Kuantan lebih kurang 35km juga.Jumlah keseluruhan 70km.Sekarang bandingkan jarak asal Lepar Utara-Kuantan (210km,sebahagiannya bertol) VS. jarak baru 70km (tiada tol).
Jauh bezanya kan?
Disitulah relevannya pemmbinaan jalan baru penghubung antara Lepar Utara dan Sungai Lembing tadi.Jarak dan masa perjalanan dapat dipendekkan,dan seterusnya memakmurkan sosio ekonomi dikawasan sekitarnya.Jalan baru tu juga dapat memendekkan jarak dari bandar Jerantut ke Kuantan.
Berkenaan projek tersebut,khabarnya ia akan dimulakan awal 2014 dan berakhir sekitar akhir 2016.Itu dari apa yang aku baca dalam laporan tu lah.Wallahua'lam..
Untuk baca laporan tersebut,boleh baca di sini.











Jumaat, 7 September 2012

Port Maksiat Dalam Ladang

Bukan semua orang dapat merasa tinggal di Felda dan membesar di kawasan ladang sawit.Bagi yang lahir dan membesar di bandar,ada keseronokan zaman kanak-kanaknya yang tersendiri.Begitu juga aku dan kawan-kawan sekampung yang dari kecik sampai sekarang dok mengadap sawit je kalau balik kampung.Keseronokan sebagai anak kampung bagi yang memahaminya adalah berkaitan dengan alam.

Sejak mula bekerja di bandar sekitar hujung 2004,aku dah tak masuk lagi ke ladang sawit untuk melihat-lihat balik tempat kegemaran aku memancing.Asal balik je memerap kat rumah,nak merayap kengkawan sebaya dah tak ada.Memasing dah bekerjaya dan bekeluarga.Disebabkan dulu hobi aku memancing dan persekitaran kampung dikelilingi ladang sawit,maka kebanyakan port memancing terletak dalam ladang sawit.Masa kemuncak zaman ketagihan aku memancing(walaupun kadang-kadang guna karan),ada berbelas-belas port yang namanya hanya digunapakai kengkawan rapat aku sebagai rujukan.Contohnya port Jambatan Kayu,port Taik Lembu (taik lembu banyak),port Batu,port Tebing Tinggi,dan port Maksiat.Cuma sebahagian je yang aku masih ingat namanya dan yang paling unik adalah port Maksiat.

Asal usul nama port Maksiat ni kelakar pun ada.Ceritanya macam ni,adik lelaki aku pun kaki pancing tegar.Satu hari dia pergi memancing kat port tu berdua dengan kawan dia,hasil memang banyak.Dalam perjalanan balik melalui jalan ladang,adik aku berselisih dengan dua motorsikal dengan dua couple,lelaki & perempuan,satu couple setiap motor.Budak kampung aku semuanya.Disebabkan adik aku dengan kawan dia masih kecik lagi compare to couple-couple tadi,diorang diberi warning supaya tak memecahkan lobang yang diorang angkut awek masuk ladang.Adik aku dengan kawan dia ni diam jela sebab takut.Bila couple-couple tadi hilang dari pandangan,kawan adik aku bagi idea baik punya.

Diorang parking motor jauh-jauh then menyusup masuk semula ke port mancing yang dijadikan port maksiat couple-couple tadi untuk tujuan pemantauan(skodeng lah tu).Sah!Memang berlaku kemaksiatan di port itu,tapi sejauh mana aku tak pastilah sebab bukan aku yang menengoknya.Tetiba prapp!! Adik aku terpijak ranting kering.Tak pasal-pasal kena luku dengan kawan dia sebab lalai.Takde skill pemantauan langsung.Lain kali bergerak macam komando,angin bertiup baru jalan.Cepat-cepat diorang balik dan ceritakan kat aku sambil gelak besar.Bertitik tolak dari cerita tu,tempat tu dapat nama port Maksiat.Disebabkan kekerapan kitorang memancing kat situ,couple-couple yang nak beromen kena cari port lain.Tapi disebabkan diorang ni jugak terpalit nama busuk kat geng-geng pemancing sejati ni.Mak aku bising-bising kat aku sebab ada jiran-jiran dia suspek aku dengan member-member masuk ladang pi buat maksiat jugak.Mulut longkang sungguh si pembawa gosip tu!

Zaman aku dulu yang ada couple tak berani nak angkut awek naik motor.Kalau berjaya pun still sorok-sorok lagi,berbanding sekarang.Sukahati je aku tengok mengepong awek ronda kampung.Hasilnya,berlaku banyak kehamilan di kalangan budak sekolah.Sebab bebudak sekarang tak adventurous,asik nak layan stim dengan awek je.SPM tak ambik lagi dah jadi ayah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Cuti raya Aidilfitri bebaru ni aku berkesempatan meronda ladang sawit dengan member rapat aku,En.Naruto.Walaupun beliau taklah sehardcore aku masa tu,agak kerap jugak dia ikut memancing.Tahun 2004 dulu sawit agak rendah dan sekarang selepas lapan tahun ditinggalkan,sawit makin tinggi dan persekitaran ladang sangat bersih.Respek betul la dengan pengurusan ladang Felda Plantation ni.

Tapi ikut sama berubah ialah aliran anak sungai dalam ladang.

IMAG0311

Dulu anak sungai ni masih mengalir dan seluas beberapa kaki,sekarang yang ada cuma lopak air yang ada berudu barangkali.Aku ingat lagi sekitar tahun 1989 masa sawit ni berumur dalam dua tiga tahun.Di lokasi nilah arwah bapak aku ambik pasir sungai untuk buat rumah.Tempat ni taklah luas sangat masa tu,tapi airnya fuhhhhh!!jernih bangat pak!

 

IMAG0313

En.Naruto umpama pengurus ladang.

Seterusnya kami bergerak ke port Belakang Masjid.Port belakang masjid sebenarnya jarang dijadikan tempat memancing,sebaliknya tempat Pandelela Rinong kami berlatih terjunan lima meter papan anjal dan selaman tempur.Tempat ni agak dalam dan luas disamping dasarnya berpasir halus,makin kampungan ayat aku ni.

Sekarang,

IMAG0315

Boleh jugak terjun kalau sanggup kepala terbenam dalam pasir.Dulu disebelah satu lagi terowong masih hutan belukar,agak menyeramkan untuk kami yang masa tu sekolah rendah.Tapi naluri untuk mengeksplorasi memang tebal beb sebab banyak ikan sebelah hutan tu.Ada sekali kitorang tuba ikan kat situ,pakai sawit rebus yang dipremix dengan racun rumpai.Jahat betul masa tu sebab bebudak lagi,masih tak faham kepentingan konservasi dan pemuliharaan alam.

Bila dah jadi macam sekarang,baru terfikir betapa syoknya kalau keadaan masih macam dulu.La ni boleh rendam kaki sampai buku lali je.

Sungai-sungai macam ni sangat berguna bila ada gangguan bekalan air.Tak de masalah langsung kalau air paip tak ada,boleh mandi sungai.Sekarang pun boleh lagi kalau nak buat mandi cuma tak boleh nak berkubang.Kena pakai cebok air.Masalahnya aku sendiri was-was nak mandi air macam ni,takut kena penyakit kulit.Bukan apa,takut air sungai ni bercampur dengan air kumbahan.

Oh ya,aku saja bagi tajuk entri yang macam tu.Cheers!

Jumaat, 9 Mac 2012

Kereta Stiker Beras

TARGET BERAS 2009
Haritu masa adik lelaki aku ada kat rumah,wife aku banyak meluangkan masa dalam bilik je baca novel.Dia malas nak lepak depan TV pakai tudung.Tetiba wife aku buka pintu panggil aku mintak beras.

BERAS?
Aku rasa sedikit musykil,nak buat apa beras?Wife aku mintak segenggam beras,dan walaupun aku hairan aku tetap pergi ambikkan kat dapur.Aku letak kat tapak tangan dia,terus dia suap masuk mulut.Lapar sangat ke bini aku sampai beras pun terus masuk mulut je.Rupanya tebiat orang mengandung.So far takdelah dia request makanan merapu,atau teringin nak makan benda-benda yang payah nak cari.Mujurlah setakat beras je,anytime kalau sangap boleh cedok terus kat dapur.
Lagi satu hal beras jugak.Sekarang kan ada macam-macam jenama beras contohnya cap Rambutan,Faiza,Jati dan Jasmine.Ada satu jenama beras tu beras Cap Jering,kat plastiknya ada gambar awek pakai topi macam tudung saji berlatarbelakangkan sawah padi.Beras Cap Jering ni banyak aku nampak kat D’Mart Felda tiap kali bawak mak aku beli barang keperluan harian.
Dua minggu lepas aku balik kampung,dan dalam perjalanan balik kat area Kuala Krau Pahang menuju ke tol masuk ke LPT berhampiran Sanggang aku follow satu kereta Saga LMST oren.
Kat cermin belakang ada sticker besar bertulisan J.E.R……. dan yang selebihnya aku tak nampak sebab ditampal dengan sticker hitam.
Pelik jugak aku,tak pernah pulak aku jumpa jenama barang resing macam tu.J’S Racing aku tau la,tapi ejaannya J.E.R.JERMAN kot?Aku follow kereta tu pelan-pelan sebab jalan antara Jerantut-Temerloh ni biasa jugak eksiden kes potong tak lepas.Tak boleh tahan sabar punya pasal,aku potong jugak kereta tu sebab boleh tahan ‘bercinta’ juga kalu nak follow pakcik Saga LMST tu.Ngam pulak tu,line pun clear.
Sambil potong aku toleh kat kereta tadi,nampaklah seorang lelaki dalam umur lewat 30an dengan keluarganya penuh satu kereta dan bila aku jeling bawah lagi maka ternampaklah sticker besar bertulisan Beras Cap Jering!

Oooooo….patut la kat belakang tutup dengan sticker hitam.Segan ye?Haha!Nasib badan la bang kalau dah pakai kereta kompeni.

Khamis, 17 November 2011

Permainan Bebudak Zaman MS-DOS

Kekadang bila idea tak mari,semak jugak kepala.Time ni la peluang nak update pun,balik rumah kang dah takde masa nak buat entri(sebenarnya dirumah tiada perkhidmatan internet,uhuk!).Nak cerita apa agaknya ni....

Jom masuk mesin time travel buatan anak tempatan................BUZZZ!!(bunyi mesin ke bunyi YM?)

Tahun awal 90an
Zaman ni aku kecik lagi,tapi rangkum sekali la memana tahun dalam 90an tu.Kira time yang sesuai la ni.Apa sebenarnya yang aku nak cerita sampai kena time travel ni?Hahaha!Sebenarnya saja-saja aku nak mengenang balik permainan-permainan yang dah tak dimainkan bebudak zaman IPhone.Sekarang kan dah nak dekat cuti sekolah.Aku suka cuti sekolah,macam-macam akitiviti outdoor boleh buat.
Masa aku bebudak dulu,permainan ada musim.Terutamanya cuti sekolah.Kalau musim layang-layang,semua main layang-layang,jenis mak ayah senang hulur duit(takpun seluk kocek seluar bapak),beli je kat kedai,baru 50sen.Apa jenis gambar superhero,semua ada.Jenis yang taknak menyusahkan bapak,buat sendiri guna kertas suratkhabar.Rangka layang-layang guna buluh kering yang diraut.Bebudak sekarang?Raut lidi pun tak pandai gamaknya.
Bosan main layang-layang,tukar main guli.Aku dulu tak la jaguh sangat main guli.Bawak modal berentap 20 biji,balik kosong.Biasanya dalam banyak-banyak guli,mesti ada sebijik guli 'master'.Ada 'ong' punya guli la orang kata.Zaman bebudak dulu iman tak kuat lagi,percaya benda-benda karut,guli semua sama je.Sebenarnya pandai baling dengan tak je.Tapi betul,main guli memang aku tak terer,terjebak tetap terjebak.Kena follow trend kalau nak berkawan dengan anak jiran.
Tinggal musim guli,masuk musim gasing pangkah pulak.Haaaa....main gasing gua boleh kerek sikit.Main gasing pun ada beberapa teknik karut jugak.Paku gasing tu dipipihkan jadi macam mata lembing,so bila memangkah,sompek badan gasing kengkawan,haha!Tak tau sompek tu apa?Sompek tu maksudnya terserpih.Nak mengelakkan gasing kita pulak tersompek dipangkah orang,senang je...Tepek paku tekan banyak-banyak keliling gasing,takde la badan gasing tembus kena paku bila dipangkah.Amacam,genius?Cuma satu jela,permainan gasing ni bahaya sikit.Laman rumah dah tentu hancur.Bayangkan kalau gasing tu landing kat kepala,huuuuuu!!!
Zaman aku dulu,main permainan macam ni memang serius.Merantau ke blok-blok lain(perkampungan felda ada banyak blok,satu blok satu puak),bukan cari gaduh,ajak lawan main game kampung.Main badminton pun macam tu jugak.Kongsi duit beli shuttlecock,libas sampai bulu tertinggal dua-tiga helai.Bukan kemenangan yang dicari,kepuasan bermain tu yang penting.Sifat tu aku terbawa-bawa sampai sekarang.Entah kenapa aku tak kisah sangat kalau tak menang,asalkan semua orang seronok.
Yang aku dapat ceritakan ni cuma sikit je dari warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak aku bila cuti sekolah.Banyak lagi kisah yang menarik dan mungkin juga sama dengan orang yang hampir sebaya dengan aku.Ada masa aku cerita lagi.Jadi budak kampung memang best!


Jumaat, 9 September 2011

Rangkuman Episod Raya

Assalamualaikum..


Macamana raya tahun ni?Masihkah berbaki duit gaji sementara menunggu gaji akan datang?Hehe...raya kena sederhana beb,nak pulak dah berumahtangga.Lebih spesifiknya pasangan yang bergaji sederhana macam aku ni.Raya tahun ni aku tak beli baju baru pun.Ulang tayang baju kenduri kahwin aku je.
Yang penting dapat hulurkan duit raya untuk mak dan bapa mertua,termasuk juga mak aku.Tak ketinggalan adik beradik ipar dan dik beradik sendiri.Lega anak buah tak ramai...


PENGHUJUNG RAMADAN
Yaa...sepanjang perjalanan balik agak melegakan sebab Lebuhraya Karak tak jem.Sebelum balik shopping barang-barang dapur untuk mak aku dan tak lupa wife aku sempat borong ayam 5 ekor,daging 4 kilo dengan harga subsidi kerajaan 1 Malaysia.

Sempat la juga aku merasa berpuasa dan terawih dua hari kat kampung.Aktiviti hujung puasa biasalah,anyam sarung ketupat.Itupun kena 'pau' dengan kengkawan mak aku yang jugak pelanggan tetap 'Rodziah Bakery'.Teringin agaknya nak makan ketupat daun kelapa,nak anyam sendiri leceh kena panjat pokok kelapa.Setel anyam ketupat,buat sate.Tahun ni tak banyak macam sebelum ni.Cuma untuk keluarga sendiri,bukan untuk hidangan tetamu.Tahun lepas aku panas hati buat sate banyak-banyak ni.Orang datang rumah aku sebab nak mencekik sate,bukan nak berziarah.
Hujung-hujung puasa ni jugak ramai tetamu datang,terutamanya yang menempah kuih raya dan kek dari mak aku.Dapat la mak aku buat belanja untuk tambah duit sarahidup lepas pokok sawit dah kena tebang ni.


AIDILFITRI
Lepas solat sunat hari raya dan ziarah kubur arwah bapak aku,aku melepak je kat rumah.Petang baru merayap sikit.Nak berjalan banyak rumah pun member sebaya kebanyakannya dah beranak-pinak.Balik rumah mertua agaknya.Malam hari barulah ikut mak aku berziarah kerumah saudara-mara sekampung.Petang raya kedua,aku beraya di Jerantut Feri,rumah nenek wife aku.Kebetulan keluarga mertua aku dah nak balik Gombak lepas Maghrib,tumpangkan wife aku sekali.Sebabnya cuti aku masih panjang dan aku ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.


'SWAMP MONSTER'
Hari raya ketiga,satu trip memburu toman diatur.Dah plan baik-baik sejak raya pertama,suka-suka hati je adik aku(trip leader) cancelkan.Mana boleh jadi,aku pun nak try jugak layan toman.Enam motorsikal dengan RON95 penuh setangki,umpan keli hidup,pancing entah berapa batang,kitorang meredah perjalanan dalam cuaca panas dan berdebu dari jam 11.45am sampai 3.00pm.Punyalah jauh,lepas ladang sawit,jalan balak,ladang sawit lagi.Kesimpulannya misi gagal sebabnya tak cukup umpan dan tomannya sombong tapi cerdik.Untuk bab Swamp Monster ni aku akan buat satu entri lain untuk penceritaan yang lebih mengesankan.
Makin berupa artikel majalah pancing plak tulisan aku ni,ceh!


JOURNEY TO EAST COAST
Betul ke tajuk aku tulis ni?Lantaklah.

Selasa:6hb September 2011
Lokasi:Universiti Malaysia Terengganu
Jarak: 431km

Tugasan seterusnya sebagai seorang anak lelaki sulung dan juga abang yang bertanggungjawab,menghantar adik aku mendaftar ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT).Garmin-Asus M10 yang mencari 'shortest route' pun hanya mampu menunjukkan jarak sejauh 431km dari Felda Lepar Utara 3 ke UMT.
Bertolak jam 7.45am melalui gugusan Jengka,Lebuhraya Pantai Timur sampai ke exit Jabor,itu cuma setengah perjalanan sahaja.Seterusnya melalui Cheneh,Jerangau,Bukit Besi dan beberapa tempat lagi yang aku dah lupa namanya.Sampai ke lokasi jam 12.30pm.Barai.
Selesai urusan,aku bertolak balik jam 5.00pm dari masjid UNISZA(dulu KUSZA).GPS aku setkan menghala ke Kemaman.Malas aku nak redah jalan Jerangau-Jabor petang-petang hari.Konon-konon nak enjoy view perkampungan pesisir pantai dari Kuala Terengganu sampai Kemaman sambil makan sate ikan.
Jarak Kuala Terengganu-Kemaman lebih kurang 113km memakan masa 3 jam!Pukul 8.00pm baru sampai Kemaman.Jalan kecik,banyak double-line,trafiic light pun boleh tahan...Pehhhh!!!Barai for a 2nd time.Masuk negeri Pahang aku dah sedikit lega,dalam palotak aku nak masuk highway LPT cepat-cepat,pastu cari nasik kat Hentian Gambang.Berkat doa mak aku yang sepanjang jalan dia terkumat-kamit baca,akhirnya selamat sampai ke kampung aku jam 11.00pm.Amacam?
Keseluruhan perjalanan aku rasa 1000km jugak.Total fuel cost=RM80 dengan enjin K3-VE,kalau kereta resing,darab tiga.Tu pun ada mamat Sabah nak kencing aku dari Damansara Damai-Kerteh Terengganu dua jam setengah je.Dia ingat aku orang Mozambique ke,tak tau jarak KL-Terengganu.


RUMAH YANG SUNYI
Adik-beradik aku ramai,lapan orang.Campur mak aku,sembilan.Sekarang tinggal dua je kat kampung.Lepas adik-adik lelaki aku balik kebandar untuk bekerja semula,tinggal berempat pun dah sangat sunyi.Kakak aku dah kahwin,sewajibnya ikut suami.Kemudian aku anak kedua,pun dah berkahwin.Adik lelaki aku yang ketiga,empat dan lima sama jugak,bekerja dibandar.Yang keenam masuk UMT tadi,paling jauh.Adik perempuan aku di tangga ketujuh,tinggal diasrama Sekolah Menengah Agama TAHAP.Tinggallah yang paling bongsu,(lupa pulak darjah berapa) dengan mak aku dikampung.
Sebenarnya lepas bercuti lama,berat hati nak tinggalkan mak aku.Mak aku tak pandai bawa motorsikal.Soal pembelian barang keperluan atau kalau berlaku kecemasan paling merisaukan aku.Maybe susah orang lain nak faham,tapi masa tu akan tiba dan semua orang akan merasa apa yang aku rasa.Nak pulak anak sulung lelaki dan adik beradik ramai.Sebelum balik KL,berkali-kali aku suruh mak aku call aku kalau ada apa-apa hal.Tengah drive turun bukit dari rumah aku pun sempat aku berenti,turunkan cermin dan jerit kat mak aku supaya jangan lupa telefon aku dulu kalau ada apa-apa masalah.

Huh!Gua yang rock ni pun sedih beb tinggal mak gua kat kampung.Wuuuu......

Kalau blogger femes ni dah jadi lima entri,gua belasah dalam satu entri je.Taip panjang lagi bukan korang baca pun,haha!













Khamis, 25 Ogos 2011

Rezeki Ramadan 2011

Assalamualaikum...
Dah nak habis dah bulan Ramadhan 2011,tapi rasanya takde satu pun entri pasal puasa yang aku tulis.Rasa malas plak nak cerita aku makan apa,sembahyang terawih berapa rakaat dan seangkatan dengannya.
Tapi memandangkan bulan puasa dah nak pergi meninggalkan kita tahun ni,aku ulas sikitlah macamana perjalanan puasa sebagai seorang husband untuk tahun pertama.

Menghadapi Puasa Berdua
Aku tak pasti samada aku ni rajin atau terpaksa(??),setiap petang aku akan kedapur.Samada wife aku membantu aku,atau aku yang membantu dia.Penyediaan hidangan pun bukanlah rumit sangat,setakat untuk santapan berdua.Sebelum puasa wife aku merancang nak buat makanan yang agak rumit,tapi persoalannya masa cukup ke tidak.Belum soal larat nak menyediakan macam-macam.Aku ambil jalan mudah;masak macam makan malam biasa.
Aku pun bukan jenis memilih sangat.Aku faham dia pun letih,aku pun sama penat,cukuplah janji perut kenyang.Cuma sesekali kami beli juga di bazar Ramadan Seksyen 4,Kota Damansara.Terutamanya bila hujung-hujung puasa ni.Makin malas pulak,hehe!
Puncanya sejak beberapa minggu ni wife aku sering keletihan.Isteri aku disahkan bakal menjadi mak buyung selepas ujian kehamilan menunjukkan tanda positif,hamil empat minggu.Pada mulanya aku tak faham kenapa begitu meletihkan sedangkan kandungan baru bersaiz 5mm.Belum sarat lagi membawa perut.Rupanya inilah yang orang kata pembawaan budak.
Mujurlah tiada gejala morning sickness atau mengidam benda-benda merepek.Cuma cepat keletihan,selalu demam dan kuat makan.Alhamdulillah,rezeki Ramadan 2011.

Balik Raya
Satu perkara yang agak melegakan aku,kampung kami taklah jauh sangat,lebih kurang 45 minit perjalanan.Rumah keluarga mertua aku di Taman Pinggiran Gombak,tapi tiap kali raya,haluan diorang tetap ke Pahang.Keluarganya berkumpul beramai-ramai menyambut raya di Kampung Jerantut Feri.Cuma yang agak merisaukan aku,kesesakan lebuhraya Karak hujung minggu ni.Harapnya taklah teruk sangat sebab raya lambat lagi.
Isteri aku dapat beraya dirumah mak aku lebih kurang dua hari je.Dia kena ikut keluarga dia balik Gombak,sedangkan aku ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.Adik perempuan aku yang dah tamat Matrikulasi dapat menyambung pengajian di Universiti Malaysia Terengganu.Terpaksalah aku hantar.Mujurlah   Terengganu,kalau dapat Universiti Malaysia Kelantan?Naik bas la jawabnya.
Gaji pun dah masuk,patutnya aku beli pakaian raya,tapi tu semua tak penting bagi aku.Yang paling utama dalam kepala aku,Castrol Magnatec 10W-40 dan jugak SmartTag.Benda yang buatkan raya aku lebih bermakna tahun ni.Nak berjalan raya jadah apa kalau kereta tak servis?

Anak Bulan
Aku tertanya-tanya jugak ape kebendanya anak bulan tuh?Menurut Wikipedia,"anak bulan ialah fasa pertama pembentukan bulan sabit selepas mengelilingi Bumi dan kedudukan bulan ketika itu ialah berada antara Bumi dan Matahari."Ayat ni aku tapi berdasarkan kefahaman aku selepas membaca faktanya.Kalau salah maksudnya tu aku minta maaflah.
Munculnya anak bulan maka Aidilfitri pun tiba.Tahun ni sederhana jelah.Cadangnya nak anyam ketupat barang 30 bijik cukuplah kot.Apa barang makan ketupat plastik.Lu orang pandai anyam sarung ketupat?

Rabu, 20 Julai 2011

Oldskool;Galant Sigma

Aiiii..........

Makin dekat nak puasa ni,makin sentimental plak.Semalam terkenang adik aku,arini tetiba teringat plak kat kereta oldskool bapak aku.


Ni lah model kereta bapak aku dulu.Jenama Mitsubishi,model Galant Sigma.Warna terakhirnya sama la macam dalam gambar ni.Tapi ni bukan gambar sebenar,aku rembat dari Wikipedia.
Dengan Galant reput ni la kami sekeluarga bergerak kemana-mana,sumbat selagi boleh.Bapak aku beli masa aku Tingkatan 1,beli cash je RM8500,no pletnya WL2228.Tah berapa hand aku pun tak tau,dalam geran tahun 1977.Maklumlah peneroka Felda,cukup kelengkapan rumah,ada kereta sebijik,rumah dibesarkan sikit pun dah syukur sangat dah.
Warna asalnya merah,1st nite kereta ni dibawa balik,aku ngan bapak aku lepak kat kedai.Yang aku tak pahamnya bapak aku lalu jalan ladang,tak ikut main road.Bapak aku segan kot,haha!Lepas dia pakai kereta ni,terus diabaikan Yamaha SS110 dia.Motor Yamaha tu sempat ada roadtax setahun je,pastu lanyak pergi ladang sawit.Mujur aku dapat poli Kuantan tahun 2000,nyawa Yamaha SS warisan bapak aku dipanjangkan lagi sampai la aku pakai kereta dua tahun lepas.Yamaha SS tu sekali lagi dilucut tauliah sebagai kenderaan pengangkut.Nampaknya sama la apa yang aku buat tu dengan apa yang bapak aku buat bila dia pakai Mitsubishi Galant dulu,heee!!
Sambung balik cerita Galant tadi.Lebih kurang tahun 1998 kot,Galant tu kemalangan,langgar motor scrambler.Rosak teruk jugak,radiator pun pecah.Aku pun hairan macamana penunggang motor tu boleh survive,kereta dulu-dulu keras baii!!
Kereta lama ni spare part payah cari.Pomen Jerantut terpaksa order dari Ipoh,Perak.Bodypart yang rosak digantikan dengan model Mitsubishi Astron 2000.Aku pun tak tau rupanya macamana,tapi hood enjin ngan fender sama.Bila dah eksiden,kena cat baru.Bapak aku cat kaler hijau tua solid.Alamak....memang taste oldtimer betul lah.
Bila umur aku meningkat,aku cuba-cuba belajar driving.Tapi enjin tak hidup,dok imagine timing masuk gear ngan main clutch je.Masa tu aku teruja dengan filem Jackie Chan,Thunderbolt.Jackie Chan pakai EVO III kaler kuning.Teringat Jackie Chan duduk sorang-sorang pegang stopwatch,mainkan gear untuk training kepantasan tukar gear.Aku pun praktis camtu la.Tahun 2001 aku buat lesen dah senang.Cikgu yang mengajar tu tanya aku,
Driving teacher:'Pandai bawa kereta tak?'
Aku:"Saya tak pernah memandu,tapi saya rasa saya boleh memandu"

Konfiden beb.Tapi memang betul,sehari je aku dah cekap.Bila lulus lesen,merata aku lenjan Galant Sigma bapak aku.Memula memang cuak,belajar memandu dengan Kancil,Galant Sigma ni lebar.Dengan alignment lari,stereng berat gila,air cond takde,bila brek tarik sebelah,macam macam cacat cela la.Tapi satu je aku respek.
Urgent macamana pun urusannya jauh atau dekat,kereta Galant Sigma bapak aku tak pernah buat hal.Sikit-sikit tu biasa la,pulley kipas selalu pecah.Tapi nak susah apa.Bapak aku beli sparepart,aku pasang kat rumah.Lastly tukar kipas Pajero,setel masalah.
Stail bapak aku plak bila pegi memana suka ajak aku,dah berlesen lagi la senang nak switch driver.Kelebihannya bila nak memandu jauh,aku offer untuk driving bila mata bapak aku layu.Tengok dia lena kat sebelah,aku tekan la lelaju.Kereta berat makin laju makin steady,tak macam kereta zaman sekarang.tapi kereta lama,takat mana jela lajunya.Aku pernah tekan maksimum sampai 95bs/j je.
Nampak slow je ye tak?Kereta lama pakai unit batu/jam.Kalau convert km/j lebih kurang 152km/j beb.Apa taknya,walaupun oldskool dan berkaburetor Solex,enjin 4G32 1600cc Galant Sigma bapak aku tak pakai manifold cast iron asal,dah ditukar ke extractor 4-1.Owner lama kaki rembat zaman Hail Amir dulu kot..

Lelama kaler hijau gelap solid tadi terkopek sana-sini.Kebetulan masa tu aku jobless lepas habis poli Kuantan,aku suruh bapak aku beli cat ngan simen.Aku catkan kereta dia kaler biru.Dekat dua minggu jugak la aku 'kerjakan' Galant buruk tu sampai berseri semula.
Lepas aku berhijrah ke bandar dan bapak aku meninggal,adik aku pulak belasah kereta tu pergi kerja kilang sawit.Sampai tinggal driver seat je,dah macam kereta drift dia lanyak.Akhirnya Galant Sigma tu rosak teruk,wiring punya problem.Nak repair mahal,lagi mahal dari value kereta.Sudahnya mak aku jual kat India besi buruk.Berakhirlah hayat sebuah kereta yang sangat berjasa untuk kami sekeluarga.Bila aku drive Myvi aku,aku teringat macamana payahnya bawa kereta oldskool.Tapi kepayahan tulah mengajar aku erti nikmat bersyukur dengan apa yang ada...

Target aku akan datang(tah bila agaknya),aku nak pakai Toyota Altezza.Mantap,harga masuk akal,agak rare,dan yang pentingnya kereta Jepun moden yang tiba-tiba pakai sistem rear drive.Next entri aku cerita panjang lebar.

Isnin, 13 Disember 2010

Seminggu Meninggalkan Kesibukan Kota...

Pertamanya,aku nak minta maaf kat semua visitor yang dah menjejakkan kaki ke blog ni sejak seminggu lepas tanpa lawatan kembali dari aku.Selama seminggu aku 'menghilangkan' diri sebab menenangkan fikiran di dua kampung.Pertamanya tempat kelahiran aku,Tali Air 8 Sungai Leman,Sekinchan dan kampung halaman aku di Lepar Utara 3,Jerantut.
Memandangkan annual leave aku banyak lagi,dan tempat kerja pun tak sibuk,tanpa was-was aku apply cuti seminggu penuh untuk berehat dikampung dan itupun balance cuti still ada 10 hari setengah lagi.Seminggu cuti semuanya aku tinggalkan,Facebook,Blog,Tagged(main game masak-masak,huhu!)...walaupun dalam masa yang sama aku agak risaukan blog aku.
Memang aku ada broadband tapi serius bullshit,coverage tahap GPRS kat Sekinchan,jadah ape nak blogging.Nak buka webpage Google pun terkial-kial.Sudahnya blog ni terabai selama seminggu.
Dah agak lama aku tak menjengah kampung aku kat Sekinchan,kali terakhir sejak nenek sebelah mak aku meninggal.Lebih kurang 3 tahun agaknya.Malam hari Jumaat,aku bergegas balik Jerantut ambik mak dan adik-beradik aku(semua sumbat dalam Myvi),pagi Sabtu terus gerak balik Sekinchan.


Sepanjang perjalanan ke TaliAir 8,Sungai Leman.Rasa peace gila bila tengok sawah padi yang terbentang menghijau kat sebelah kiri jalan.Sekarang padi dah nak masak.


Close up padi depan umah nenek aku.Gemuk-gemuk butir padinya,compare dengan zaman aku kecik-kecik dulu.Klon baik dah kot?Dulu masa kecik-kecik,bila sampai musim mengetam padi,aku suka tengok mesin padi.Arwah abah aku selalu bawak aku naik motor pusing kampung.Mesin padi aku suka,yang aku tak suka,mesin membajak Kubota.Masa kecik aku cukup takut dengan Kubota.



Rumah peninggalan nenek sebelah arwah abah aku.Masih sama macam dulu.Kat rumah ni aku membesar sampai umur 5 tahun.Aku suka main kat tingkap kecik tu.Kat bawah rumah la kepala aku terhantuk rasuk masa didukung sepupu aku.Walaupun masa tu aku masih kecik,semuanya masih jelas dalam ingatan aku.


Koko keliling rumah yang banyak kenangan kat aku.Dulu aku selalu tolong makcik aku kutip koko,korek isi dia dan jemur bagi kering.Kadang-kadang selamba je makan mentah-mentah,sedap gak!Sama jugak macam kelapa.Kelapa dibelah dua,dijemur sampai lekang dan dikorek isinya untuk dijual.
Selain padi,koko kering dengan kelapa kering menjadi pendapatan sampingan untuk petani sawah kat Sekinchan ni.


Satu benda yang wajib tiap kali aku balik Sekinchan,melepak tepi pantai.Pantainya tak la cantik dan tak ada orang nak mandi-manda.Tapi syok dengar deruan ombak yang menenangkan.Airnya dah agak bersih berbanding sebelum ni yang agak keruh.Pantai ni pernah tercemar dengan sisa-sisa minyak sekitar tahun 1993 atau 1994,aku pun tak pasti sangat.
Kerana sisa minyak tu lah pukat arwah atuk aku rosak dan terus botnya sekali dijual.Aku sempat merasa naik bot arwah atuk aku sekali je.



Memancing hukumnya 'wajib'!Haha!Satu lagi aktiviti setiap petang.Aku empat beradik memang kaki pancing.Pantang jumpa air.Dah memang siap-siap bawak enam batang pancing.Mujur bawak lebih,dua batang patah.Sebatang joran MGFA siri Viper adik aku punya aku dah terjahanamkan sebab gopoh masa keluarkan dari dalam bonet.
Dengarnya sembilang tengah banyak,tapi sekor pun tak dapat.Layan gelama pun jadilahhhh.....


Tugu sauh kapal kat Jeti Sekinchan.Sauh real ni beb,bukan cement craft.Tak pasti la sauh dari kapal apa yang besar bagak ni.Dalam banyak-banyak gambar,satu pun takde gambar aku.Sebabnya,aku tak suka bergambar,haha!
Hari terakhir,aktiviti barbeku.makcik aku beli ayam,udang,jagung dan kerang utuk buat kerang bakar.Meriah bila dapat berkumpul dan makan sama-sama.Sepanjang tiga hari kat kampung,memang lega dapat buat aktiviti kegemaran.Cuma belum sempat aku merasa siput mentarang.Kat kawasan Sekinchan ni memang terkenal dengan deretan gerai-gerai tepi jalan yang menjual mentarang.Harga pun murah,RM10 untuk 3 kilo.
Kalau tak buat makan pun,pemancing kat sini guna isi mentarang untuk umpan sembilang.
Baki cuti aku habiskan kat Jerantut,Pahang.Sebelum ni pun memang dah jadi aktiviti tahunan untuk keluarga aku meluangkan masa agak lama di Sekinchan bila sampai musim cuti sekolah.Bila arwah abah aku dah tak ada,aku plak yang bertanggungjawab sambung aktiviti tahunan ni.