Memaparkan catatan dengan label Repekan Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Repekan Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2022

Buat Hal La J&T Kepong KUL302!

Sejak 2016 aku mula menjinakkan diri membeli secara online melalui platform Lazada. Masa tu beli sikit-sikit jelah dan ada beberapa pembelian yang agak mahal iaitu PS4 dan Pocophone F1.
Lepas tu aku dah tak berapa minat shopping kat Lazada. Aku beralih pula ke Shopee.
Di Shopee ni aku mula dengan beli benda-benda murah macam aksesori telefon dan gajet-gajet biasa. Lama-lama barang aku beli makin mahal dan makin kerap aku membeli. Last year aku kira perbelanjaan aku di Shopee bernilai lebih kurang RM13K. 
Kerancakan bershopping kat Shopee ni tak lain tak bukan disokong oleh kecekapan lojistik dalam menguruskan parcel. 
Kat Lazada bukan lojistiknya tak bagus cuma entah la kekadang jumpa seller bangang. Macam PKP 2020 dulu, aku order kolam air inflatable untuk anak-anak aku berendam. Aku tunggu lama kot lebih seminggu rasanya, seller dok prepare parcel lagi. Aku cuba cancel kena reject pulak.
Dua tiga hari lepas tu seller cancelkan sebab stok takde. Tak ke bangang namanya tu. Tak pasal-pasal masa terbuang.

Di kawasan rumah aku ni selain Poslaju,DHL atau Shopee Express, J&T merupakan solusi lojistik yang cemerlang. Sesekali ada la delivery main campak je barang walaupun aku ada dalam rumah. Itu pun aku tak kisah asal barang sampai.

Cemerlang yang aku maksudkan kat sini spesifiknya ialah J&T cawangan Batang Kali. Setakat ni aku masih berpuashati jika menggunakan alamat rumah untuk shipping.
Sesekali aku guna juga alamat ofis, bukan apa receive barang kat tangan sendiri ni lebih puas. Letak alamat rumah waktu weekdays kang takde siapa nak receive. Masalahnya ialah bila aku pakai alamat ofis, barang-barang aku akan transit di J&T CDC Kepong (KUL302).
Ni aku nak cerita berapa punya cibai branch KUL302 ni. Kebanyakan barang aku akan dihantar diluar waktu pejabat. Sedangkan kalau kau tengok alamat pejabat, ape ke jadah kau deliver lepas jam 5 petang?
Ok la, aku faham area urban ni banyak parcel nak hantar, so tak sempat. Default punya jawapan. Tak apa, asal barang sampai kat pondok guard.
And semalam berlaku perkara yang paling aku benci nak dengar iaitu PARCEL LOST.

Barang yang aku beli tu dari Kelantan:

- 8 Feb 2022 parcel dah pickup dari seller.
- 9 Feb 2022 9am parcel sampai di KUL302,branch Kepong tadi lah. 
- 11 Feb 2022 pagi aku check barang dok in transit lagi. Petang lepas Jumaat aku pegi la branch KUL302 untuk self pickup. Senangkan kerja depa, kot la parcel menimbun. Sampai sana cek nombor, staff dia cakap barang dah out for delivery. Awat out for delivery tapi dalam Shopee status dok tulis in transit? 
Dia cakap Shopee lambat update. Oklah aku balik opis tunggu call sampai kul 5. Malam aku cek status dok in transit. Nampak sangat pembohongnye.
- 14 Feb Isnin aku dah panas hati. Call tak berangkat, center pun cam babi chatbot yang jawab. Semak kat JnT tracker, status barang 'delayed due to external factor'. Pastu ada lagi status 'bad weather'. Palabutuh dia bad weather.Masa tu Kepong mana ada hujan lebat.
- Takpe aku biar lagi, sambil-sambil hantar komplen kat website dia. Sehinggalah tengahari semalam,(16/2/2022) tetiba ada nombor wasap aku bagitau barang aku disyaki HILANG.

14 kali status in transit sejak 9 Feb 2022

Haaaaa tu la punca pasal apa depa sidai barang aku kat warehouse lama sangat. Sedangkan masa aku nak self pickup Jumaat lepas warehouse tak busy langsung. Barang pun tak menimbun dalam bakul.
Dalam hal ni aku panas bukan pasal parcel lost. Barang lost tak pe Shopee akan refund balik duit aku n seller bila kurier claim parcel lost. Aku boleh repeat order balik, cuma cam bodo la tunggu lama-lama untuk barang yang sama.

Paling aku bengang adalah sebab barang tu antara stok terakhir. Nak cari balik online sakit matt! Aku jumpa seller online tapi dari Singapore. Dah la dollar dia mahal, convert duit kita dah jadi double dari harga asal.
Next posting aku cerita barang apa yang aku harap sangat sampai ni.

Aku memang tak faham dengan J&T KUL302 ni. Komplen berlambak-lambak kat Google map review. Management buat bodo je ke? Ke gaji depa banyak sangat sampai tak kisah kena potong bila barang hilang?
J&T Malaysia tengok-tengok sikit branch korang yang problematic ni. Kot la staff-staff korang buat dajal sebab ada aku dengar komisyen delivery kena cut. Korang plak kalau check status dia tulis in transit sampai 3-4 hari tu baik pegi self pickup. Kalau takde, memang hilang la.



Khamis, 25 Mei 2017

#utogarage, brek dan loan


Ni ha member aku si #utogarage tiap-tiap kali jumpa mesti tanya, ‘ada update blog tak?’. Terkesima aku dibuatnya. Nah, baca la apa yang aku terfikir nak tulis sekarang ni.
Tulis blog ni kekadang boleh jadi bengong dibuatnya. Kena pulak time tu idea memang takde. So, aku merapu jelah hari ni pasal kereta.


Sikit update kat Myvi kesayangan aku sejak kali terakhir aku tulis entri ialah penukaran kaliper dan rotor brek 3SZ menggantikan set brek depan asal Myvi. Setelah berkhidmat hampir 300k km, rotor asal haus dengan kronik menyebabkan ‘muncul’ tebing disisi rotor. Bila keadaan macam ni berlaku, pad brek yang tebal pun tak ada guna lagi sebab tebing tu akan menyentuh besi pad brek lalu menghasilkan bunyi yang annoying.
Zaman aku berpomen-pomenan dulu, biasanya aku akan grind tebing tu tiap kali customer minta tukar pad brek. Sekarang buat sendiri kat rumah mana ada grinder. Bila dah teruk macam ni baik tukar saja lagi senang.


Alasan lainnya ialah brek asal Myvi dah tak mampu nak memberhentikan momentum kereta aku pada jarak efektif. Antara rotor kegemaran pengguna Myvi ialah rotor 11 inci dari Honda Odyssey dan rotor 10 inci dari 3SZ. Aku tak tau apesal diorang pakai nama 3SZ bila jual set brek ni. Kan lagi senang kalau sebut model keretanya. Brek Odyssey boleh pulak pakai nama betul. Awat tak pakai kod enjin Odyssey?
Ok, pilihan aku ialah set brek dari 3SZ (tak tau dari 3SZ Alza, Sette, Luminas, Bb atau Avanza?) Saiz rotornya besar sikit saja dari rotor Myvi yang bersaiz 9.2 inci. Tapi contact surface area lebih lebar.
Untuk part pad brek, saiznya masih sama dengan pad brek Myvi generasi pertama (2005- 2011)


TAPI,


Barang sesiapa yang berhajat nak memakai set brek 3SZ ni baik cari siap-siap pad brek Suzuki ERV* atau Daihatsu YRV. Brek pad untuk dua model kereta ni lebih sesuai sebab ‘pad’nya lebar, ngam cantik dengan rotor 3SZ. Nak pakai pad brek Myvi pun boleh saja, tapi rugilah. Potensi sebenar tak boleh dimanfaatkan.
Nak beli kat kedai jangan kabor nak pad brek 3SZ,kang sesia kena maki dengan tokey kedai. Biasanya kedai akan tanya, nak brek pad kereta apa. Hah, kereta apa korang nak sebut? Myvi? Tunjuk sampel pad brek dan dengan tenang bisik kat tokey kedai tu saya nak pad brek SUZUKI ERV…..


---------------------------------------------------------------------------


Sejak sebulan lepas sebenarnya aku ada memohon pembiayaan sewa beli kenderaan dari Ambank. Aku berhajat nak beli Toyota Vios G tahun 2014. Tapi itulah nak ceritanya, tak pernah lagi dalam sajarah hidup aku yang nama aku susah buat pinjaman. Yang peliknya si Ambank ni haram tak call interview ke, bagitau loan gagal ke….
Senyap sunyi sampai kesudah.


Adik aku cakap banker Ambank bagitau aku ada rekod CCRIS yang kurang cantik. Ambank mintak aku pergi Bank Negara dan clearkan rekod CCRIS.
Masalahnya aku takde hutang yang major. Myvi aku pun dah settle lump sump awal April lepas. Entah rekod apa dia cakap aku pun tak tau. Sudahnya aku pergi juga Bank Negara dan print out CCRIS statement. Nampak cantik dan tak ada masalah. Aku rujuk pulak kat pegawai Bank Negara dan ceritakan masalah loan aku yang tak lepas sebab CCRIS ni.


As expected dia cakap rekod aku baik, tak ada masalah kalau apply loan baru. Dia cakap attach report CCRIS ni dalam permohonan pinjaman. Ok, Ambank suruh aku update rekod kat Bank Negara, bank Negara pulak suruh aku pass je report CCRIS kepada Ambank.
Nak tambah nasik lagi bila emel aku ke bank Negara tentang hal ni sebelum aku dapatkan printout CCRIS dibalas macam ni:


‘”Kami mendapati pihak tuan telahpun mendapatkan laporan CCRIS pada 17/5/2017. Tuan perlu menghubungi bank tersebut jika mereka masih belum mengemaskini rekod pembiayaan tuan.”


Bank tersebut tu bank apa? Aku syak Maybank sebab loan Myvi aku dulu kat situ. Masalahnya pihak Maybank dah keluarkan surat pengesahan penyelesaian pinjaman dan aku dah pun attach sekali masa apply loan Ambank. So, apa masalahnya kat siapa ni?
Sampai saat aku menaip ni Ambank masih hold permohonan aku. Macamananpun benda ni aku dah bincang dengan wife aku petang semalam masa on da way balik kerja. Aku cakap agaknya aku takde jodoh dengan Vios kot. Kita ambil Axia baru jelah. Lagipun untuk ulang alik pergi kerja je. Bayaran bulanan murah, petrol pun hirup sikit-sikit,heeee!

Asalnya dulu aku cadang nak pakai Vios sebab sedap sikit cruising highway. Minyak pun jimat. Tapi Myvi aku sekarang pun dah sedap sangat cruising dengan RPM yang sesedap rasa. Nak henjut 180kmj  pun tak jadi masalah, wife aku pernah try tau tak?


Awal bulan Mei haritu aku pergi Perlis. Dari Serendah sampai Hotel Seri Malaysia Perlis, konsumsi petrol lebih kurang 5 out of 8 bar saja. Power betul 3SZVE auto. Seriously recommended. Kalau nak pakai manual pun boleh tapi aku tak pasti final ratio manual Jepun berapa,itupun kalau ada lah. Alza punya gear 5 tak syok jugak rojak dengan 3SZ sebab 100kmj @3000 rpm.
Perancangan seterusnya ialah mencantikkan Myvi untuk wife aku pakai dan aku layan Axia untuk angkut anak pergi sekolah. Yeahhhh!


#kcarlife


*rujukan blog tacradiy.com (keyword brek pad ERV)

Jumaat, 3 Julai 2015

Kajian Waktu Keluar Bekerja

Aku dah lama nak buat benda ni,tapi hari ni baru dapat buat.Apa benda agaknya graf dibawah ni?

Traffic Chart
Haaaa….faham ke tidak agaknya tu?

Inilah anggaran masa keluar bekerja yang aku dapat terjemahkan dalam bentuk graf.Abaikan macamana aku dapat garis lengkung macam tu.Takde main magik-magik matematik.
Untuk garis biru pertama bermaksud,kalau aku keluar rumah jam 6.30 pagi,aku akan sampai ke pejabat lebih kurang jam 7.10 pagi.
Kalau aku keluar rumah jam 6.55 pagi,aku akan thumbprint jam 7.45 pagi.Begitulah lebih kurang kira-kiranya.Katakan hari ni aku keluar rumah lewat lima minit dari semalam.Tak semestinya waktu aku sampai di ofis pun lewat lima minit juga.Barangkali aku akan lewat 10 minit.Sebabnya pertambahan kenderaan yang mendadak meningkat setiap minit.

Kesimpulannya,apa faedah kajian aku ni?????Hahahahahaha!                                                                                                                                                                                                                           

Selasa, 16 Jun 2015

Duit…

Bak kata member aku,duit ringgit.

Nilai semasa Ringgit Malaysia buat masa ni adalah RM 3.755 = USD 1.Nampaknya nilai wang kita menghampiri nilai tambatan ringgit semasa krisis ekonomi global tahun 1998 dulu.Bagi orang biasa macam aku,nilai wang yang rendah berkadar terus dengan harga barangan.Matematik mudah,barang yang dahulu berharga USD 100 = RM280 (contoh) ,sekarang nilainya RM 375.5.Peningkatan sebanyak RM95.5 dek kerana nilai wang yang jatuh teruk.
RM Chart

Tengok nilai sebelum krisis ekonomi dulu,nilai ringgit sekitar RM2.5 untuk satu dollar Amerika.Ada pendapat yang cakap nilai ringgit sebegini bagus untuk pertumbuhan ekonomi negara sebab harga barangan keluaran kita kekal kompetitif di luar negara.Value ringgit tinggi sangat pun tak boleh juga,karang barang eksport negara kita jadi mahal.
Bermula 2006 hingga 2013,ada turun naik tapi masih lagi oklah,malang sekali nampaknya grafnya semakin menaik sampai ke hujung carta.
Aku bukanlah pakar ekonomi pun.Dipendekkan ceritanya,kalau tunjuk kat pakcik-pakcik kampung,diorang pun faham maksud nilai duit jatuh ni.
Lain ceritanya dengan sorang menteri kita yang keluarkan statement ‘pelik’ baru-baru ni.Katanya dia adalah orang yang paling suka bila nilai ringgit jatuh.Alasannya baik untuk pelancong supaya diorang rasa berbelanja di Malaysia murah.Itu alasan dia.Yang kita nampak,dia cuma kejar KPI portfolio jawatan yang dia pegang.
tourist_arrival_receipts

Angka-angkanya nampak menarik,tapi bagaimana angka-angka ini boleh membantu mengurangkan beban kehidupan yang meningkat secara terus?BR1M?Berapa persen rakyat Malaysia yang layak terima BR1M?Berapa lama pula amaun BR1M yang diterima mampu bertahan?
Pusing-pusing celah mana pun,faedahnya untuk rakyat tetap tidak terasa untuk jangkamasa panjang.
Berbalik kepada statement ‘nilai ringgit jatuh itu bagus’.
Perhatikan level masyarakat yang bagaimana yang marah dengan kejatuhan nilai ringgit.Anda semua tahu jawapannya.Berlainan pula dengan pemain industri yang berurusan dengan matawang dolar.Mungkin kita terkejut,ada pihak yang bersetuju dengan statement menteri tersebut.
Aku bagi contoh,

Kompeni lama aku menjual produk ke US dengan harga USD1000/kg,atau purata RM3120.0 (2013).Purata jualan bulanan katakan 150kg,didarab dengan 12 bulan.Jumlah penuh jualan tahunan ialah RM5.6 juta.
Berdasarkan nilai semasa ringgit tahun ni,katakan jumlah jualan masih sama tetapi dengan nilai purata tukaran RM3.615/USD,jumlah penuh jualan produk ialah RM6.507 juta setahun.
Sekarang nampak tak?Kerana permainan nilai ringgit ini,syarikat untung hampir RM1 juta?Katakan aku adalah usahawan tersebut,baguslah macam tu.Dengan prestasi mendatar pun masih boleh buat untung.Lojiknya mestilah suka betul tak?
Sekali lagi,aku bukanlah budak ekonomi,ini cuma teori kasar semata-mata.Realitinya aku macam orang lain juga.Shopping barang untuk persediaan puasa semalam tak setara mana pun dah rabak RM280.Macam makcik aku cakaplah,tiap-tiap tahun gaji naik,tapi kenapa tak dapat rasa peningkatan kualiti hidup.Apa taknya,harga barang pun sama naik.Sebagai manusia normal,ada ke orang yang suka perkara membebankan?Ada?Haishhhh……doa-doa lah ye supaya negara kita ni terhindar dari perkara-perkara buruk di masa akan datang.Cukup-cukuplah apa yang kita rasa sekarang ni.

Sekian.

Rabu, 29 April 2015

Kepala Ikan Punya Pasal

Macam-macam respon orang ramai pasal berita kedai makan sup kepala ikan kat Kelantan tu.Aku macam biasalah,lebih suka respon kat dalam blog ni daripada tunjukkan emosi aku dalam Facebook.

Isunya ialah harga semangkuk sup kepala ikan yang mencecah harga *RM130-150.Dengarnya sebelum pihak berwajib serbu premis tu,diorang dah mintak surat tunjuk sebab untuk justifikasi penetapan harga sebegitu.Di pihak peniaga pulak,diorang tak dapat bagi jawapan kepada pihak berwajib sehingga tamat tempoh yang diminta.

Sebagai pengguna dan seorang bapa,respon aku untuk harga se’mangkuk’ sup kepala ikan dengan harga RM130 ialah mahal.Please enlighten me,kepala ikan apa yang mahal sangat tu.Aku biasa kepasar,harga kepala tenggiri atau ikan merah sekitar RM33-RM42 sekilo(purata RM37.5).Katakan berat satu kepala ikan bersaiz besar ialah 1.5kg.Harganya RM56.25.Campur kos untuk memasak dan untung yang berpatutan,masih jauh lagi untuk cecah angka RM100.Kecuali kalau dia masak sup kepala ikan kelah.Ataupun barangkali mangkuk dia bersaiz rim mangkuk 15”.

Sepertimana tindakan pihak berwajib yang meminta peniaga menjustifikasi harga sedemikian,pihak peniaga patut explain panjang lebar lah sebab apa dia rasa harga yang diorang letak tu sepadan dengan apa yang ditawarkan.Bagi tahulah kos bahan mentah,kos overhead bla..bla..bla…convincekan pihak berwajib dengan fakta yang mungkin diorang tak nampak.

Bila awak senyap je maknanya apa?

 

Lagi satu dari segi logistiknya,kos bahan mentah kat sana jauh murah(sepatutnya) sebab berdekatan dengan laut.Boleh beli direct daripada nelayan,bukan ada peraih yang makan untung atas angin pun ye tak?

Sesetengah komentar cakap,biarlah dia nak jual mahal,tak mampu makan kat situ jangan la pergi beli.Kenapa nak dengki dengan perniagaan orang Melayu.Suka hati kau lah labuuuu…masak sendiri lagi jimat.Bukan susah pun buat sup.

 

*sumber

Jumaat, 6 Mac 2015

Rizab Sungai

Benda ni aku perasan lama dah,sebab sebelum ni aku kan part time kaki pancing kampung.Sepanjang laluan aliran sungai memang akan dibiarkan wujud pokok-pokok asal sebagai zon penampan di tebingnya.Tujuannya mestilah untuk memelihara kondisi asal dan mengelakkan hakisan tebing.

Beberapa tahun kebelakangan ni ada aku dengar segelintir peneroka Felda yang membuka tanah di rizab sungai untuk tanaman sawit.Bukan sikit-sikit keluasan dia,ada yang berpuluh ekar.Lagi luas dari ladang asal.Itu takpe lagi,kot-kot ada juga warga asing yang tumpang sekaki.

Biasa tepi sungai ni PATI suka buat pondok kongsi,lepas tu ada la sikit-sikit tanaman untuk kegunaan diorang.Tanaman kontan kecik-kecik ni takpelah,kita nak fokus kat pembukaan plot tanaman sawit yang menggunakan rizab sungai.

Persoalannya adakah ianya dilakukan secara sah dan mengikut garis panduan yang betul?Iyelah,cari rezeki tambahan tu tak salah.Muka bumi ni luas,usahakanlah selagi mampu.Tapi kena ingat juga,kita ni bergantung pada alam.Kita rosakkan dia,kita jugalah yang terima akibat dia nanti.

Secara amnya,inilah maksud rizab sungai yang aku petik dari dokumen yang boleh diakses di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran.

 

“Rizab sungai – suatu jalur tanah yang bersebelahan kedua-dua tebing sungai yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara “

water.gov.my images pdf information_for garis panduan pembangunan melibatkan sungai  26 rezab sungai.pdf

Jadi,sebarang pembangunan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan undang-undang.Di kampung aku penerokaan rizab sungai adalah untuk tanaman sawit.Untuk pembangunan rizab sungai bagi aktiviti pertanian,dibawah ni garis panduan dia…Juga dari website yang sama.

 

3.1.6 Pertanian

3.1.6.1 Pengenalan

Secara amnya aktiviti-aktiviti pertanian adalah termasuk tanaman kontan dan akuakultur di dalam rizab dan di dalam sungai.

3.1.6.2 Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Kira

a) Kelulusan untuk memajukan tanah perlu diperolehi dari pihak berkuasa yang berkaitan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti dimulakan.

• Satu zon penimbal perlu disediakan di antara tapak cadangan dan tebing sungai.

- Bagi tanaman kontan ~ 3 meter

- Bagi ternakan akuakultur ~ 20 meter

• Aktiviti penternakan haiwan tidak digalakkan.

Tanaman kekal tidak dibenarkan.

• Kumbahan dari aktiviti akuakultur mesti dirawat sebelum disalurkan ke dalam sungai dan mesti menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar.

• Pengambilan air sungai bagi aktiviti pertanian hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengambilan Air yang tertentu.

• Status tanah adalah secara sementara sahaja (TOL) dan perlu diperbaharui mengikut masa yang ditentukan.

• Pengusaha mesti berhenti menjalankan aktiviti pertanian setelah menerima notis daripada JPS untuk tujuan kerja-kerja penyenggaraan tanpa apa-apa pampasan.

• Pengusaha mesti menjaga kebersihan, keindahan dan kestabilan tebing, ban dan sungai, sebelum menamatkan aktiviti dan semasa menjalankan aktiviti.

• Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerosakan akibat banjir dan lain-lain kejadian semulajadi.

• Pemohon tidak dibenarkan menjalankan lain-lain aktiviti selain daripada yang diluluskan oleh JPS.

 

*sumber http://water.gov.my/images/pdf/information_for/garis%20panduan%20pembangunan%20melibatkan%20sungai%20%26%20rezab%20sungai.pdf

 

So tanaman sawit termasuk kategori mana?Sebab takrifan tanaman kontan ialah tanaman yang singkat masa tuaian hasilnya seperti jagung,keledek,sayuran dan sekategori dengannya.Kalau ikutkan cycle tanaman semula sawit yang kadang-kadang lebih 25 tahun,terang-teranglah sawit bukan kontan.

Barangkali ada yang fikir tanaman sawit mampu menjalankan tugas sebagai penampan sungai sebab dia pun pokok.Betul tak?Memang sawit tu pokok juga,tapi dia bukan asli.Kepelbagaian bio yang asal dah tak ada kalau diganti dengan sawit.

Sebab apa aku kata tanaman sawit tak boleh ganti tugas zon penampan asal dengan baik?Baca entri Port Maksiat Dalam Ladang.Entri ni tajuk dia je ganas,isi dia takde sekelumit maksiat pun.Kat entri tu aku ada ceritakan perubahan-perubahan anak sungai dari aku kecik,sampai la pokok sawit kat situ bakal ditebang beberapa tahun lagi.

Barangkali juga ada yang fikir hal ni remeh-temeh je,buat apa aku nak ganggu rezeki orang.Terpulanglah,ada masa renungkan dan cuma fikir-fikir la sikit sumber rezeki buat menyara keluarga tu datang dari hak kita atau tidak.

 

Itu cerita sawit.

Sebulan dua ni adik aku ada cerita pasal Hutan Simpan Tekam yang melatari kampung aku dah nampak tompokan botak dikaki bukitnya.Aku tak faham sebenarnya status hutan simpan ni boleh di tukar-tukar sesuka hati ek?

Lepar Kat area yang bertanda bintang bentuk star of david ni la kawasan penebangan balak terbaru.Maaflah,mungkin aku tak tau sangat pasal teknik pembalakan.Aku rasa balak pun kena pilih-pilih juga yang mana sesuai untuk ditebang.Dalam hutan tebal sekalipun tak mungkin pulak balak-balak ni tumbuh rapat-rapat.

Yang aku musykil,pasal apa kawasan pembalakan tu clear macam semua pokok kena sapu?Maknanya kaedah pilih-pilih balak dan tanam semula benih balak baru setakat sembang deras jela.Ini juga bermaksud kawasan tu akan dibangunkan ladang,sama macam pembangunan ladang LKPP.Hari-hari balak ditebang,tau-tau je hutan clear sejauh mata memandang.

Hasil balak dan tentu banyak duitnya,jalanraya shortcut dari Jerantut ke Sungai Lembing bila nak buat wooiii??!!

Jumaat, 6 Februari 2015

RON95 vs. RON97 : Final Stage

Akhirnya,seseorang dah buat ujian perbandingan petrol RON95 vs. RON97 dalam penggunaan harian.At least,diorang dah cuba adaptasi sedekat mungkin tabiat pemanduan harian yang mempengaruhi penggunaan bahanapi.

Harap korang dah baca dulu artikel tu di link berikut:

 

http://paultan.org/2015/02/04/ron-95-vs-ron-97-fuel-test-use/

 

Rasanya isu penggunaan bahanapi yang sesuai ni sampai bila-bila pun takkan habis dibincangkan sebab masyarakat nampaknya masih tak faham-faham apa itu nombor RON.Selain dari mentaliti angka yang besar bermakna lebih bagus,masyarakat jugak masih terperosok dengan mindset bahawa ‘mahal lebih baik’.Cuba mintak diorang eksplen sikit ape benda RON dengan nombor-nombor kat belakang dia.9/10 confirm tak tau apa.

Sedangkan petrol paling murah dalam Malaysia,RON95 adalah petrol premium di luar negara.Kekadang bila aku tanya kengkawan sendiri pun,respon diorang mesti macam ni,”pakai 97 enjin sedap sikit’.Sedap yang macamana aku tak taulah sebab tak boleh ukur.Pada aku ‘sedap’ yang diorang maksudkan datangnya dari tanggapan petrol mahal lebih power.

Benda tu dah tertanam dalam kepala siap-siap.Tak boleh ubah dah.Sedangkan hakikatnya sama je hasilnya kalau dipakai pada kereta-kereta kebanyakan.Teori ni sama la macam pakai muffler ekzos perang cap ayam.Disebabkan mindset kita dah tetapkan yang bunyi perang macam kereta resing,hasil dia mesti laju macam kereta resing.Sedap pulak nak menekan pedal tu sampai redline sebab nak dengar bunyi perang dia.Of coz la laju kereta tu perginya.

Masa pakai ekzos standard takde plak nak menekan sampai macam tu ye tak?Sebab tu timbul rasa pakai ekzos perang kereta jadi laju sikit.Cuba pergi dyno tengok,ada improvement ke tidak.Silap-silap tork low end berterabur.

Sekarang tengok balik ujian penggunaan bahanapi PaulTan.Harapnya ramai orang lebih faham penggunaan bahanapi yang sesuai untuk kereta masing-masing.Tau la RON97 dah murah,mampu je pun bayar kan?Apa barang pakai petrol RM1.70.Mesin rumput je pakai petrol murah ni.

FC table

 

Percaya tak walaupun dah tengok table ni,akan ada golongan yang masih tak faham?

Cuba tengok ruang RON95 vs. RON97 untuk Polo Sedan 1.6 MPI.

Polo Sedan yang guna RON97 dapat distance lebih baik (13.44km/l) berbanding yang pakai RON95 (13.03km/l).Untuk jarak perjalanan yang sama,sebanyak 17.612 liter RON97 dibakar berbanding 18.160 liter RON95.Perbezaan adalah sebanyak 0.548 liter.Nampak jimat RON97 disitu kan??

Kalau korang terus fikir RON97 lebih jimat berdasarkan perbezaan penggunaan liter bahanapi,korang silap besar.

Dengan harga semasa bahanapi,kos untuk perjalanan tersebut (YANG SAMA JARAKNYA) untuk kedua-dua jenis bahanapi ialah:

 

RON97 : RM2.00/liter

17.612 liter x RM2 = RM35.224

 

RON95 : RM1.70/liter

18.160 liter x RM1.7 = RM30.872

 

Nah,sekarang nampak tak untuk jarak yang sama,penggunaan petrol RON95 jauh lebih jimat RM4.325,atau ekstra 33.36 kilometer (RM4.325/RM1.70 = 2.56 liter x 13.03km/l) jika kos yang digunakan untuk membayar petrol RON97 digunakan untuk membeli RON95.

 

Bila difikirkan lebih dalam,ini bukan soal petrol apa yang lebih baik lagi dah,persoalan dalam pemilihan bahanapi ni lebih kepada apa yang anda cari sebenarnya.Nak jimat,angka-angka diatas dah tunjukkan.Nak performance,pergi jenguk balik kondisi kereta anda,spec yang ditetapkan pengeluar.Tanya diri sindiri berapa lama dah tak tukar air filter.

Setakat kereta marhaen,toksah pakai lah petrol premium sangat.Faedah pun takde,hasil tah kemana.

Sebab tu la PaulTan and the gang pun still prefer RON95 untuk kenderaan harian.

Mungkin terma performance/prestasi kenderaan tak boleh disamakan dengan kuantiti jarak perjalanan dalam pemilihan bahanapi mana yang sesuai untuk kereta masing-masing.

Contohnya kereta A boleh pecut 0-100km/j dalam masa 9.5 saat bila pakai RON97,tapi bila pakai RON95 prestasinya merosot sikit,10 saat mungkin.Ini nak jimat masa bolehlah,bukan duit.Itupun kalau boleh dibuktikan dengan ujian-ujian yang boleh diterimapakai.

Agak rumit sebenarnya kalau isu ni nak didebatkan dengan perbincangan teknikal.Banyak faktor yang memberi kesan kepada penjimatan dan prestasi kenderaan.Nanti kita bincangkan kemudian.Karang ada yang muntah hijau nak hadamkan semua benda-benda ni,padahal nak pilih petrol je pun,bukan nak buat tesis.

Secara ringkasnya,terimalah kenyataan diatas.Buang mentaliti bahawa RON95 ni petrol cap ayam.Kata nak jimat….bila petrol RON95 murah,korang pulak dok pertegak fakta petrol mahal lagi bagus. Hakikat sebenar dah dibuktikan.Kontranya dalam iklan TV,petrol mahal lebih kilometer.Ambik kau,hidup-hidup kena kencing dengan kompeni minyak,kohkohkoh!

Isnin, 2 Februari 2015

Kasi Hadamkan Sikit…

Hari ni macam tergerak hati nak menulis lepas baca posting dari satu page Facebook yang memberikan reaksi berkenaan saranan sorang Menteri supaya memboikot peniaga Cina.

Sekali baca pun kita dah tau saranan tersebut berbunyi rasis.Soal rasis atau tak bergantung kepada terjemahan memasing,aku taknak masuk campur.Ada baiknya meh fahamkan dulu akar umbi permasalahan harga barang yang nampak mustahil untuk turun hanya semata-mata kerana petrol murah sikit.

Semuanya berpunca dari ketidakstabilan harga bahanapi.Orang ramai sebut harga minyak.Tolong perbetulkan yang ini dulu.Yang dok turun naik dan paling buat rakyat Malaysia marah ialah harga bahanapi,bukan harga minyak.Minyak ada banyak jenis,minyak wangi,minyak afiat,minyak belacak,minyak hitam…ahhh..macam-macam jenis lah.Tapi minyak-minyak yang banyak ni orang tak bising kalau harga dia mahal sekalipun.Cuba tengok minyak lintah,orang jual dalam Facebook sebotol 30ml RM50 pun ramai yang dok suruh PM..PM..Padahal minyak lintah tu tah apa yang lintahnya,minyak kelapa yang lebih.

Aku bukan nak membongak,ceritanya aku pernah buat benda ni masa aku kerja kompeni kosmetik dulu.Aku tau la dilution ratio dia berapa.Betul-betul pure punya minyak lintah,bau dia macam taik tau tak?Korang sure tak sanggup nak letak kat ‘adik’ korang.Bini terbau pun silap-silap mintak cerai.Pokoknya orang tak kisah pasal minyak lintah mahal sebab nak sedap,tapi bising bila bahanapi naik harga.

Aku cakap macam tu bukan sebab aku sokong harga bahanapi mahal,tak…aku pun sama tak setuju sangat tindakan kebudak-budakan main harga bahanapi ni.Impak dia macam sekarang kita rasa ni lah.Barang maintain mahal walaupun harga petrol RON95 dah RM1.70 seliter bermula tengah malam semalam.Ingat senang nak control peniaga?

Kita tengok contoh mudah,kuih.Harga standard kuih-muih sekarang sebijik 40 sen.Jarang orang beli dua-tiga bijik.Biasanya orang akan beli lima bijik pada harga RM2.Padahal nak makan 3 ketul je.Rasa toksah cakaplah,sekadar melepas batuk ditangga.Nak tambah majal lagi,karipap lima ketul semua inti angin.

Kebetulan pula kebanyakan yang jual kuih dan semua bangsa dalam Malaysia ni makan ialah kuih buatan orang Melayu.Orang Cina beli kuih Melayu,India beli kuih Melayu,Serani pun beli kuih Melayu.Sebabnya orang Melayu punya kuih je semua bangsa boleh makan.Orang Cina nak makan kuih orang India buat?Orang Melayu nak makan kuih Cina buat?

Bila harga kuih tak turun lagi sedangkan harga bahanapi dah murah,semua pihak nampak peniaga kuih Melayu makan untung lebih.Yelah sebab orang Melayu yang jual kan?Lepas tu pulak ada menteri tambah nasik, suruh boikot peniaga Cina.Haaa…kat sini la punca satu bangsa lain panas punggung.Racism katanya.Diorang counter balik statement dengan ambil contoh kuih mahal tadi.

Sekilas pandang memang,peniaga kuih Melayu pasal apa jual kuih mahal sangat.Ikutkan jiwa pahlawan tadi aku rasa macam nak komen je kat page tu.Tapi,aku selalu akan delete semula komen aku sebelum post bila emosi dah stabil dan kembali waras.Kat sini ramai yang fail kawal emosi.Semua ikut kepala lutut.

Sebabnya kena fikir balik,sebelum jadi kuih banyak bahan mentah yang perlu digunakan.Ambik contoh karipap angin.Bahan yang perlu ada ialah kentang,bawang,ikan bilis,cili kering,serbuk kari,minyak masak,tepung gandum dan marjerin.Banyak kan?Belum kira tenaga dengan gas lagi.

Secara asas lojiknya,harga kuih dikira berdasarkan kos modal + upah buat kuih.Bahan mentah untuk kuih tadi beli kat mana?kedai runcit?Pasaraya?

Tak kira kedai atau pasaraya,diorang cuma penjual barangan.Diorang pun nak upah juga,upah menjual dan kos operasi.Balik kebelakang lagi kita jumpa pengedar.Pengedar-pengedar ni pulak bukan kerja free bang.Anak bini pun nak kena suap nasik.

Kemudian barulah kita jumpa pengeluar.Sama juga macam penjual kuih nak buat kuih,pengeluar pun memerlukan bahan mentah.Kalau nak diikutkan rantaian bekalan ni masih belum sampai ke penghujung tapi cukup la kalau kita faham setakat pengeluar bahan mentah.

Ok,sekarang buat sikit kajian.Sambil-sambil pilih barang kat pasaraya,cuba baca sikit label kat bungkusan dia.Syarikat apa/mana pengeluar barang tu.Kemudian kaji bangsa mana punya.Jangan tak tau,nama kompeni Melayu Islamik tak semestinya dimiliki orang Melayu Islam.Alahhh…tak payah fikir susah la ye?Soalan paling senang aku bagi.Bangsa apa yang banyak jadi tauke?

 

Tulah jawapan kepada persoalan kenapa kuih seketul 40 sen.Bai.

Rabu, 21 Januari 2015

Pelan Kecemasan Banjir Jangka Panjang

Baru-baru ni banjir besar melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang.Kali ni kesannya sangat teruk,sampai hari ni pun masih ada lagi yang terpaksa menumpang di pusat pemindahan banjir.Bukan sebab rumah diorang masih lagi ditenggelami air,kebanyakannya kerana kehilangan rumah.Cuba korang bayangkan rumah tak ada beb…gila sadis..

Aku dengar-dengar khabar kawasan yang mengalami banjir teruk memang biasa banjir,cuma tak seteruk kali ni.Kebanyakan penduduk malas nak pindah rumah bila paras air naik.Terpaksalah pasukan penyelamat memujuk dan meyakinkan diorang untuk berpindah.Tapi itu bukan cerita yang aku nak ulas.

Apa yang dah berlaku,biarlah berlalu.Kehidupan mesti diteruskan walau apa cara sekalipun.Persoalan penting kat sini ialah apa perancangan hakiki untuk menghadapi bencana banjir di masa depan.

Kita tak mampu mengawal bencana alam,tapi kita dikurniakan akal untuk mempelajari kaedah meramal cuaca.Walaupun tak banyak membantu dari segi menyelamatkan harta-benda,ramalan cuaca membolehkan kita menyediakan pelan kecemasan macam yang aku tulis dalam entri lepas.Sekurang-kurangnya ahli keluarga dan dokumen penting selamat.Boleh juga survive untuk seminggu dua.

Tapi macamana pulak dengan rumah dan harta-benda?

Takkan nak stay dalam khemah/pusat pemindahan lama-lama pulak ye tak?

Berdasarkan informasi yang mengatakan kampung diorang ni memang kerap banjir,ada baiknya satu idea perlu difikirkan untuk menghadapi masalah banjir ni.Hidup dengan air,bukan lari daripada air.Rumah boleh terapung?Macam mustahil pulak nak buat ye tak?

Apa kata rumah kabin?

 

Ala,macam kontena barang 40 kaki tu.

Memang rumah kabin takkan selamat 100% sebenarnya.Kalau terapung pun,tapi hanyut ke tempat lain apa faedahnya.

901886-500x333

Idea aku sebenarnya macam ni.Tak payah la duduk dalam kabin tu,panas kot.Kabin tu digunakan untuk memuatkan harta benda disaat kecemasan sahaja.Masuk je musim hujan,bersedialah pindahkan barang-barang elektrik,perabot,pakaian dan sebagainya kedalam kabin tu.Kemudian sewa treler,dan pindahkan kabin tu ke tempat tinggi.

Bagi yang berkemampuan,buatlah macam tu.Kalau tak semua dapat simpan dalam kabin pun,sekurang-kurangnya kerugian dapat dikurangkan.Cuma idea ni tak lah bijak mana sebab kos permulaan dia agak tinggi.Kalau di Selangor,harga sebuah kontena 40 kaki terpakai berharga sekitar RM7,200 hingga RM8,200.

Tapi untuk jangkamasa panjang tak rugi sebenarnya.Ruang 40 kaki tu cukup luas untuk simpan harta benda,silap-silap kereta pun boleh masuk.Kalau rajin modified la dia bagi boleh terapung,tapi jangan tak tambat pulak.

Kekadang aku suka imagine aku ada caravan.Stail macam orang putih tu.Ataupun bas yang diubahsuai jadi macam rumah.Complete dengan tempat tidur,bekalan air,tempat memasak,stor bekalan makanan,generator elektrik,sistem hiburan,telekomunikasi…..Best kot macam tu?Ikut suka hati nak duduk mana.Agak-agak kawasan tu tak selamat,pindah sajalah.

 

Sekarang ni aku tengah dok fikir idea dan modus operandi sama tapi khas untuk golongan keluarga yang kurang berkemampuan pulak…

Selasa, 30 Disember 2014

Kita Dan Banjir

Aku tak faham betul la masyarakat kita di zaman teknologi maklumat hujung jari ni.Ramai yang menggelupur,kalut,buta hati,hasad dengki dan segala macam sifat jahiliyah dipamerkan untuk tontonan awam.Terutamanya di saat-saat mudarat macam sekarang ni.Fokus dengan isu banjir sekarang ni pun dah cukup.

Sekeruh air banjir yang membawa lumpur,sampah dan kumbahan,ada juga segelintir manusia yang sibuk menangguk disitu.Agaknya kalau sejam tak buat cerita karut/share info yang tak soheh ni diorang boleh kena stroke kot.Jenis wartawan FB batak gamaknya.

Daripada berpencak silat dengan keyboard dok bising-bising pasal darurat,bantuan disekat dan sebagainya,baik difikirkan kaedah yang sesuai untuk pengagihan bantuan kemanusiaan kat kawasan bencana banjir.

Apa yang aku perhatikan rakyat kita ni murah hati.Setakat derma untuk musibah banjir,InsyaAllah banyak yang dapat dikumpulkan.Masalah yang dihadapi cuma kawasan yang teruk mengalami banjir ni biasanya tidak dapat diakses dengan berkesan melalui jalanraya.Sedangkan itu la cara yang terpantas untuk penghantaran bantuan.Terpaksalah guna bot-bot fiber yang lebih mudah diaturgerak.

Bertitik tolak dari masalah penghantaran bantuan tu la timbul isu pengisytiharan darurat.Dengarnya bila darurat diisytiharkan,semua aset ketenteraan dapat  digerakkan ke kawasan yang terlibat.Ada la ‘orang’ cakap macam tu…

Aset apa yang diorang maksudkan tu ye?

RHIB?Frigat?NGPV?Ke nak Scorpene?

 

Jenis ‘orang’ macam ni la yang aku cakap menggelupur tak tentu pasal ni.

 

Oklah,tak payah tengok aset yang besar-besar.Ambik contoh bot lah.Nak bawak bot ke tempat banjir mesti kena tunda dengan 4X4 kan?Kalau dah jalan nak ke situ pun runtuh,jambatan putus atau 4X4 tu sendiri pun tak lepas nak randuk air,macamana bot nak sampai ke kawasan kejadian.Ke diorang fikir bot tu boleh dikemudi dari LPT susur Temerloh sampai ke Kota Bharu?

Atau satu jenis mindset lagi,bila darurat semua aset dapat digerakkan ke kawasan musibah.Jenis macam ni level bengap dia boleh tahan juga.Confirm jenis sembang kat kedai kopi suara dia je yang dengar,dia je yang betul.Nak aset apa bang?Cuba cakap pelan-pelan,nak aset apa untuk meringankan beban mangsa banjir?Penampar nak?

Memandangkan banjir ni kebarangkaliannya untuk berulang adalah tinggi,ada baiknya kita bersedia menghadapinya.Nak halang banjir memang tak boleh.Hutan-hutan simpan dah lama kena tebas,rizab sungai pulak kena sapu bersih,nak salahkan orang lain pun akhirnya berbalik ke kita juga.

Setiap kejadian ada tanda-tandanya.Sebelum banjir mestilah hujan turun lebat berhari-hari.Aku rasa untuk kawasan rendah,hujan sehari suntuk pun dah cukup untuk menyebabkan banjir.Masa tu kita dah tau kita kena bersedia meninggalkan rumah.

Meninggalkan rumah sehelai sepinggang pun kelihatan tidak bijak juga.Maka dengan itu,bersedialah dengan keperluan asas.Masuk je musim tengkujuh,simpanlah beras dan makanan kering secukupnya,untuk dua minggu barangkali.Rancang pusat evakuasi.Nak duduk pusat pemindahan banjir sementara atau duduk di tempat tinggi.Camping dalam kebun getah sempoi apa.

Barang-barang kecemasan yang perlu ada :

 

1.Khemah igloo dan kanvas

2.Portable stove

3.Gas memasak/solid fuel tablet

4.Beras

5.Makanan kering

6.Air bersih

7.Lilin

8.Pakaian secukupnya

9.Alat komunikasi

10.Dokumen penting

 

Alaa..macam nak pergi camping pengakap zaman sekolah dulu,walaupun akhirnya kita set up khemah dalam bilik darjah sekolah apa salahnya.Untuk privasi kan?Takkan la darurat punya pasal nak biar bini tukar baju depan public pulak.

Kawasan perumahan di kampung aku tak pernah banjir.Cuma satu-satunya perhubungan darat yang ada kerap mengalami banjir.DSCN0507

Contohnya simpang berhampiran Kota Gelanggi 5&6 ni.

Kat sini memang hot spot banjir bila sungai yang kecik tak mampu menampung aliran air yang terlalu banyak.Biasanya kalau hujan dua hari berturut-turut.

Banjirnya tempat ni bermakna terputus bekalan makanan.Kalau keadaan airnya tak kritikal,lori-lori besar boleh la lalu.Tapi tahun ni kritikal sebab selain banjir,tebing jalan runtuh menyebabkan laluan utama cuma tinggal separuh dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan.

10420283_10152882518569526_2587335473501405005_n

 

Gambar blur..mintak maaf la ye..aci rembat kat Google.

Kali terakhir tebing jalan utama ke Lepar Utara ni runtuh mungkin 10 tahun lepas,aku dah lupa.Lama jugak kontraktor nak merepairnya.Beberapa tahun kebelakangan ni memang jalannya sedikit mendap di bahagian yang runtuh sekarang.Apa taknya,lori puluh-puluh tan keluar masuk tiap hari.

Sekarang akibatnya semua kena rasa.Lori balak kalau nak cuba-cuba lalu bolehlah.Mintak-mintak tergolek masuk gaung terus.Elok sangatlah jadi macam ni..Selagi tak runtuh,selagi tu la lori-lori berat keluar masuk sampai jalan tar dah macam kena bom berangkai.

Moralnya kat sini ialah ‘what u give u get back’ dan sentiasa bertenang(untuk kes menggelupur kat atas tadi).Tidak menghormati alam sekitar,inilah yang kita dapat.Rasa-rasa diri tu immortal,teruskan kerja-kerja merosakkan planet kita.

Jumaat, 12 Disember 2014

Coretan Akhir Tahun

Kekurangan entri?

Ya,saya sangat sibuk.Terutamanya selepas menerima ‘orang baru’ iaitu anak lelaki saya Muhammad Dani Zhafri pada 30 November lepas.Berkebetulan dengan tempoh itu juga tulang belakang saya yang pernah dibedah tahun 2011 dulu kembali bermasalah.

Semua maklum terutamanya para bapa,fasa isteri berpantang adalah satu fasa yang ‘perit’ yang dikongsi bersama isteri.Perit berjaga malam,perit menguruskan anak-anak dan juga perit menguruskan isteri yang masih belum sihat.

Tak sampai sehari selepas anak dan isteri discharge dari wad,anak kedua saya terpaksa dirujuk ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) Hospital Selayang kerana terdapat rashes di sekitar mata kanan yang menyebabkan matanya tak dapat dibuka.

Mula-mula kami cuma bawa Dani ke klinik biasa,tapi doktor klinik tu minta kami terus ke Hospital Selayang malam tu juga.Saya macam biasalah,malam-malam dengan kain pelikat dan cuma membawa dompet.Dengan berpakaian santai macam tu saya ke Hospital Selayang,menunggu prosedur rawatan bayi.Dah la pinggang bermasalah.Sekuriti pulak tak bagi duduk kat sofa,katanya seat tu untuk orang sakit saja.Saya yang memang dah tak tahan sakit tanpa malu smash balik sekuriti tu.Saya pun orang sakit.Tempat menunggu tak ada.

Lepas doktor ambil sampel darah anak kami terpaksa dimasukkan ke wad sebab masalah yang nampak kecik pada orang dewasa,adalah masalah besar untuk bayi.Dari jam 8.30 malam ke klinik,kami menunggu sampai hampir 2.00 pagi.Sebabnya prosedur hospital gomen ni pelik sikit.Setiap kali orang yang berlainan datang check,setiap kali juga la diorang sedut darah.Lepas tu yang peliknya,bila sorang datang,dia buka bedung baby,lepas tu blah pi mana tah.Jenuh la memekak budak tu kesejukan.

Kita sebagai parent ni terpinga-pinga apa benda diorang buat ni sebenarnya.Maksud saya kronologi rawatan.Lepas check,tinggal.Kita tertanya-tanya kena stay berapa lama ni.Sepatutnya diorang kena explain la apa yang parent perlu buat.Paling simple cakap jelah parent boleh balik dulu.Cenggitu kan senang,tidak le kita menunggu macam apa tah.Saya agak hangin sebab saya kena berdiri lama,kerusi ada sebijik pulak tu.Of kos la priority kat wife saya yang baru lepas bersalin.

Dipendekkan cerita hari Rabu pagi kami visit anak dalam wad.Harapnya boleh discharge sebab rashes tu pun dah hilang.Nurse pun ada cakap pukul 10.00 pagi doktor pakar datang check.Iye lah tu….dekat pukul 1.00 petang baru datang.Mujur doktornya ok,mesra rakyat.Lepas pemeriksaan,anak saya dibenarkan balik.So tunggu surat pelepasan dari doktor pulak.Cuba teka pukul berapa baru dapat?

 

Pukul 4.45 petang bhaiiii!

Dengan hazab berdiri lama dalam keadaan slipped disc,saya berjalan lebih separuh pusingan kawasan hospital Selayang untuk ambil kereta.Masa tu dalam kepala saya cuma nak anak saya keluar cepat.Pinggang yang senget ni letak nombor dua.

Selesai urusan anak,saya kena uruskan diri saya pulak.Dalam keadaan parah macam ni,macamana nak uruskan isteri?Parahnya sakit belakang saya ni umpama macam patah tulang belakang.Amat-amat sakit kalau berdiri atau duduk.Saya cuma boleh meniarap sepanjang hari.Makan nasik pun kena meniarap tahu?Nak bergerak kemana-mana terpaksa telan painkiller(saya telan painkiller untuk wanita bersalin).

Tahap kesakitannya lagi teruk daripada sebelum saya operation tiga tahun lepas.Masa ni saya dah terfikir harapan untuk pulih dah sangat tipis…

Hasil musyawarah dengan isteri,isteri saya meminta saya balik ke kampung seorang diri hujung minggu lepas untuk membuat urutan dengan sorang tukang urut terkenal di wilayah Jengka iaitu Pak Teh Sungai Tekam.

Setahun lepas masalah yang hampir sama juga berlaku dan rawatan Pak Teh berjaya memulihkan kondisi tulang belakang saya.Jumaat malam sekali lagi Pak Teh mengurutkan belakang saya dan berpesan supaya saya menggunakan tongkat.Tapi kali ni rawatan Pak Teh tak berapa nak menjadi,maksud saya kesakitan masih ada cuma tak teruk sangat.Barangkali tulang belakang saya yang dah teruk.

Petang Sabtu,saya cuba berurut dengan satu makcik dalam kampung saya.Cuba ajelah..ikhtiar kann??Tahap keyakinan nak pulih tu langsung tak ada sebab makcik tu tak la glemer macam Pak Teh,takat ngurut perempuan lepas bersalin boleh le..

Makcik tu urut punya urut lepas tu anak perempuan dia suggest buat bekam.Oklah,sekali jalan mana tahu diizinkan Allah S.W.T untuk sembuh.Malam tu saya teruskan amalan meniarap,tidur pun meniarap supaya tulang belakang tak terbeban.Kali ni painkiller saya tak makan dah.Cuma pakai bengkung kat pinggang.

Alhamdulillah keesokan pagi saya boleh berjalan tanpa sakit,cuma tak boleh lama-lama.Beberapa hari berlalu sampailah saya masuk kerja semula dan hari ni saya rasa sihat untuk urusan seharian.Nak kata 100% tu tidak lah,mungkin perlukan beberapa minggu lagi untuk pulih sepenuhnya.Tapi sekurang-kurangnya tiada lagi sakit yang amat sangat dan boleh menguruskan keluarga.

Orang kata slipped disc tak boleh diurut,mungkin.Tapi usaha yang penting.Asalkan jangan tukang urut temberang.Banyakkan minum air dan meniarap,bagi peluang untuk tulang belakang sembuh.Kalau boleh cuti panjang.Tak guna pergi klinik,dapat MC sehari je nak rehat kejadahnya.

Pak Teh Sungai Tekam memang pakar urut,terutamanya patah tulang,tapi kebelakangan ni saya perhatikan pelanggan dia semakin ramai.Saborrr jelah kalau nunggu sampai tengah malam ye?

Isnin, 13 Oktober 2014

Angka-Angka Tak Boleh Blah…

Beberapa minggu lepas punya cerita (ayat budak batak dalam FB)..

 

Timbalan Menteri Kewangan announce,

Penggunaan RON95 mengikut pendapatan isi rumah:

RM3000 kebawah = RM132 sebulan

RM5000 keatas = RM375 sebulan

 

Soalan :

1) Yang gaji RM3001 – RM4999 pakai berapa banyak pulak Datuk?

2) Survey ni siapa yang conduct dan dibuat dimana Datuk?

3) Figure pendapatan isi rumah ni bersih ke kasar?

 

Secara jujurnya aku nak cakap,aku amat kecewa dengan hasil tinjauan melepas batuk ditangga semacam ini.Malas pula aku nak cakap kasar-kasar ni.Not my style.Lainlah setahun dua lepas.Mau aku maki hamunkan aje.

Aku pernah terbaca kat mana entah,ada sorang tolong buatkan kira-kira mudah untuk tunjukkan statement penggunaan RON95 tu tidak berasas.

RM132 (perbelanjaan RON95 sebulan) / 30 hari = RM4.40 sen

RM4.40 sen / RM2.30 sen (harga RON95 per liter) = 1.91 liter sehari

 

1.91 liter lebih dari cukup untuk aku yang bekerja dekat dengan rumah,lebih kurang 20km macam tu lah.Sebabnya aku pakai motorsikal 4 lejang 125cc.Orang lain yang pakai kereta macamana?

Contohnya wife aku.Dia kerja di Raub.Perbelanjaan dari KL ke Raub memerlukan sekurang-kurangnya RM40,petrol RM30,tol RM8.Itu perjalanan sehala,belum termasuk kos penggunaan bahanapi dari Isnin sampai Jumaat,lebih kurang RM40 juga kalau tak kemana-mana.Hari Jumaat kena keluarkan amaun yang sama untuk balik KL semula.

Dalam sebulan paling kurang RM500 tahu tak??Ini pakai Myvi tau,baru 1300cc je.Campur perbelanjaan untuk motor aku dah berapa?Kos balik kampung jenguk mak aku kat kampung sebulan sekali?

Banyak betul persoalan aku dengan statement menteri tu.Itu baru soal perbelanjaan bahanapi sebulan.Belum lagi perbelanjaan wajib macam sewa rumah,ansuran kereta,pinjaman peribadi,bil utiliti dan jugak perbelanjaan barang-barang dapur.Dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4000,baki yang tinggal untuk makan minum belanja harian dan kos petrol,ada la dalam RM1200++.Kalau belanja petrol je dah lebih RM500,bayangkan la sesaknya kami ni.Dah la BR1M tak dapat.Aihhh…..hidup dalam kemarahan ajelah macam ni.

Yang mana gaji kurang RM2000 aku rasa bukan sesak lagi dah.Tahap anak kecik pun kena minum sirap la nampaknya.Semalam ada lagi sorang menteri cakap dia sendiri ikat perut.Oh my……jangan buat lawak plissss..Dia tujukan ayat dia tu kat rakyat Malaysia ke lembu?Lembu takpe la,rumput free.

Apepun syukurrrrrlah masih berupaya makan nasik,belum tahap makan tanah lagi,huhuhuhu!

Isnin, 4 Ogos 2014

сабина алтынбекова

Sabina Altynbekova.

Umur: 17 tahun.

Tinggi: 1.82m

Berat: 59kg

Skuad bola tampar junior wanita Kazakhstan.

 

Comel juga awek Kazakhstan ni ye?Photographer sukan ni kekadang bukan buat kerja sangat pun,sibuk menembak gambar awek cun.

Altynbekova_Sabina

photo_45003

photo_40483

Selasa, 10 Jun 2014

Cadbury;Kesian Mereka Ni…

Abaikan nama page.Nama page tak penting.Apa yang penting baca baik-baik sebelum share/bagi komen supaya tak nampak bodoh.Hangpa sokong la parti apa pun tak kisah,tapi mata jangan simpan dalam spender.

Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=254561754749544&set=a.126809530858101.1073741833.100005871641592&type=1&theater

5  Umno BN Beruk Negara

10262261_254561754749544_3011293090903724835_n

 

Perenggan 3:

“Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan produk-produk coklat Cadbury lain yang diuji.”

 

Aku bukan nak sebelah pihak mana-mana.Kredibiliti dalam menyampaikan berita sangat penting supaya tak menjana dosa fitnah.Isu DNA babi dalam makanan halal bukan la benda baru,tapi entah pasaipa isu coklat Cadbury ni ramai yang melatah.

Sebelum ni sekitar 2012 kalau tak salah,daging burger Ramly juga dikatakan ada DNA babi tapi lama-lama kes tu senyap.Bukan senyap pasal orang nak sembunyikan fakta,isu tu senyap sebab tiada asas tuduhan yang kukuh.Barangkali DNA dikesan hasil daripada amalan ujikaji makmal yang tak mematuhi standard.Masa aku dengar berita tu aku cuma senyum sinis,sebab aku tau bagaimana Ramly menjaga sensitiviti dan keperluan halal untuk pengguna.Semua QC Melayu Islam,lengkap dengan pegawai berkelulusan Ijazah Syariah.

Orang Melayu Islam sangat-sangat alergik dengan babi.Benda haram lain ramai yang ambil mudah,tapi tang babi no way.Sampai ustaz-ustaz pun tak berapa sepakat.Apa yang susahnya pun tak tahulah,padahal kalau dah was-was tinggalkan saja.Banyak lagi coklat lain.

Suka benor pilih jalan susah,sampai nak samak mulut pun ada.Ajaran mana diorang belajar agaknya…

Kesimpulannya,niat kena baik,jangan cari salah orang saja.Terlalu banyak sangat nampak buruk orang,benda baik pun jadi salah.

Isnin, 19 Mei 2014

Pemantapan Kajian Cermin Gelap

TINTED,TINTED,TINTED!

 

GI-3

Nampak tajuk aku bagi?Macam Strategic Reform Initiative kot?

Dah berapa tahun dah isu cermin gelap ni dok pusing-pusing macam tu je.Tak pernah ada penyelesaian muktamad.Pasal apa?Ha,part tu tak boleh la aku nak ulaskan lebih-lebih.Sebabnya negara maju dah tak hadap sangat pasal cermin gelap ni.Tak ganggu pertumbuhan ekonomi langsung katanya.Hehe!

Oklah,apa sebenarnya matlamat larangan bercermin gelap ni?Keselamatan?Pencegahan jenayah?Jika begitu,sempit benarlah skop penilaian depa ni.Takkan aku nak tulis kat sini kot macamana cara nak analisis sesuatu benda.Simple je benda alah tinted ni,apa pro & con dia lepas tu apa impact +ve atau –ve kewujudan benda tu.

Pertamanya dari segi keselamatan.Aku tak berapa faham sebenarnya.Berdasarkan maklumat apa yang menyatakan tinted/cermin gelap ni contribution dia besar sangat dalam angka kemalangan kat Malaysia ni?

Baca artikel dibawah,contoh kajian kemalangan di Britain:

“Today, Great Britain has one of the best road safety records in Europe and the world. Despite massive increases in traffic over the last few decades, the number of people killed on our roads has fallen from around 5,500 per year in the mid 1980s to 1,754 in 2012. However, this still means that around five people die on Britain's roads every day.

Sadly, DRIVER ERROR remains the most common cause of road accidents.

Speeding
Around 400 people a year are killed in crashes in which someone exceeds the speed limit or drives too fast for the conditions.

Drink Driving
Around 280 people die a year in crashes in which someone was over the legal drink drive limit.

Seat Belt Wearing
Around 300 lives each year could be saved if everyone always wore their seat belt.

Careless Driving
Around 300 deaths a year involve someone being "careless, reckless or in a hurry", and a further 125 involve "aggressive driving".

At-work
Around one third of fatal and serious road crashes involve someone who was at work.

Inexperience
More than 400 people are killed in crashes involving young car drivers aged 17 to 24 years, every year, including over 150 young drivers, 90 passengers and more than 170 other road users.

Failed to Look Properly
40% of road crashes involve someone who 'failed to look properly'.

Loss of Control
One third of fatal crashes involved 'loss of control' of a vehicle.

Failed to Judge Other Person's Path/Speed
One in five crashes involve a road user failing to judge another person's path or speed.”

http://www.rospa.com/faqs/detail.aspx?faq=298

 

Nampak?

Pandu laju,mabuk,tak pakai seat belt,lalai dan sebagainya tu salah cermin gelap ke?Tak ada satu pun punca yang disebabkan oleh kegagalan mekanikal apatah lagi cermin gelap.Sebab peratusannya teramat-amat mikro….err….skala nano barangkali.

Malaysia pulak macamana?Pada aku tak jauh beza pun dengan oversea sebab kereta zaman sekarang pun bukan pandai drive sendiri,tetap manusia yang kena kawal.Dari pengalaman aku memandu dan menunggang motorsikal,punca utama kemalangan kat Malaysia ni sebab memandu SEMBERONO,mengkhinzir buta.

Pandu laju semberono,tukar lane semberono,masuk simpang semberono,serba serbi lah.Last week motor aku kena himpit dengan Myvi putih.Nasib baik aku tak tersembam cium jalan tar.Ada side mirror tak mau guna.Tinted punya pasal ke tu?Come on,terang benderang cermin tingkap dia macam akuarium.

Menyebut soal keselamatan ni pun aku memang tak clear langsung.Keselamatan siapa?Keselamatan orang luar kereta ke orang dalam kereta?

 

Keduanya soal pencegahan jenayah.Membantu sangat ke ye?Setau aku la,kalau hari panas terik,susah nak nampak muka driver kereta sebab silau.

Pendapat aku penguatkuasa undang-undang ni ada satu sense yang boleh nampak behaviour pelaku jenayah.Part ni memang aku respek.Biasa kan dengar berita yang ayatnya lebih kurang macam ni,”kenderaan yang mencurigakan”.Macamana diorang boleh curiga?Confirm la diorang ada belajar benda ni,kalau tak macamana nak cegah jenayah.Pernah korang dengar polis cakap dalam berita macam ni,”terserempak dengan WAJAH pemandu kenderaan yang mencurigakan”..Pernah???

So kecurigaan tu berdasarkan apa?Kenderaan tu cerminnya gelap sangat?Takkan kot?Dah tentu la dari gerak hati dan pengalaman,kemudian bila kenderaan yang mencurigakan ni didekati untuk diperiksa,confirm diorang lari punya…Lagi mau tunggu ke?

Katakan aku sendiri memandu kereta bercermin gelap,tapi aku clear,tak ada buat jenayah atau salahlaku trafik.Nak lari buat apa.Betul dak?Boleh beza kan,siapa kriminal,siapa yang tidak.Amat jelas kat sini yang cermin akuarium atau gelap tak membantu langsung dalam pengecaman suspek jenayah dari jauh.

Aku cerita panjang-panjang ni pun tak guna sebenarnya.Kononnya tinted ni membataskan daya penglihatan.Jadi eksiden sebab tak nampak jalan,atau kriminal berleluasa sebab penguatkuasa undang-undang tak boleh cam muka kita yang tengah driving.

Isu ni takkan selesai sebab kajian tak pernah menyeluruh dan dikemaskini.Pindaan tahun 2000 tu dah empatbelastahun lepas.Kalau undang-undang tu manusia,dah pandai mama-papa dalam Fesbuk tahu?Sedarkah anda(pihak yang berkenaan),objek yang disarung kat kepala dalam gambar dibawah ni?

66900_150869558288467_100000962716100_222712_6284790_n

 

Apa beza benda ni dengan tinted/cermin gelap?

 

Aku tak boleh cam muka depa,jadi kriminalkah depa ni?Atau,kalau aku sarung helmet depa,adakah sewenang-wenangnya aku akan tergolek atas jalan?

Sekali lagi aku nak refresh minda hangpa semua…Dalam movie/drama atau dalam berita,kebanyakan pelaku jenayah tutup muka pakai apa?Pakai SARUNG KEPALA,SERKUP RAMBUT,paling koman STOKIN dan last sekali pakai helmet visor gelap nak habaq hang!

Soalannya,wajarkah penunggang motorsikal,pemotong rumput,pemakai purdah dipersalahkan jika penjenayah menyalahgunakan objek-objek diatas untuk menyukarkan dari dikenalpasti?

 

2014-05-20_10-49-34

Sudah terang lagi ber *DRL,antara pointnya cuma KHUATIR CERMIN GELAP DISALAHGUNA BAGI MENYUKARKAN UNTUK DIKENALPASTI.That’s why kenapa aku highlightkan pasal objek-objek lain yang boleh disalahguna untuk menyukarkan dari dikenalpasti.

Tapi kan,yang paling confirm sekali tak pernah aku dengar kisah penjenayah pi tinted muka depa sebelum merampok.

Makanya,perlukah aku bebel lagi panjang?Cukup la kot ye?Hangpa dah besaq panjang.Boleh paham sangat bahasa kebangsaan rojak aku ni.Saman/denda sepatutnya bertujuan untuk mendidik,bukan jadi sebahagian dari penjanaan pendapatan negara.

 

*Daytime Running Light

Khamis, 10 April 2014

Cabaran Program Untuk Orang Asli

Seminggu dua ni ada beberapa berita pasal ketirisan wang seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.Salah satunya ialah yang ini,http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/08/Abuses-highlighted-in-report-Health-offices-used-funds-meant-for-poor-kids-on-own-meals/

Health offices used funds meant for poor kids on own meals   Nation   The Star Online

Kalau tak berapa faham bahasa Inggeris,aku ringkaskan kat sini.Kementerian Kesihatan ada satu program untuk meningkatkan pengambilan zat pemakanan dikalangan anak-anak orang asli seluruh Malaysia.

Program tu berupa pemberian bakul yang berisi beras,biskut,vitamin dan macam-macam lagilah.Semuanya bernilai RM150 setiap bakul.Kekerapan pemberian bakul tu aku tak pasti.Manakala berat badan dan tahap kesihatan anak-anak orang asli yang terlibat dalam program ni akan dipantau untuk melihat impak program ni samada mencapai matlamat atau tidak.

Program ni bagus sebenarnya,ramai dikalangan kita tak tau pun ada program macam ni.Nampak macam kaum aborigine kat Malaysia ni diabaikan tapi sebenarnya tak.Ini antara effort yang low profile.

Objektifnya jelas,gerak kerja dah ok,cuma outcomenya tak berapa sampai.Berkenaan dengan overspend bajet tu malaslah aku nak komen.Lagi baik kalau difikirkan kaedah yang lebih berkesan untuk menjayakan program tu.

Kita kena kenal apa itu penduduk asal/orang asli/aborigine Malaysia ni.Ada yang duduk berdekatan kawasan penempatan utama,dan ada yang betul-betul rural area.Kita sedar tak selepas ratusan tahun,majoritinya cara hidup diorang tak banyak berubah.Maksud aku diorang lebih suka tinggal di pedalaman,menjalani kehidupan yang ringkas dan hidup seadanya.

Kenapa agaknya?

Sebab diorang tiada pendidikan formal.ABC pun diorang tak tau macamana nak faham kepentingan pengambilan zat dalam pemakanan?Ok lah,mungkin tak berbaloi nak buat sekolah untuk kelompok diorang yang kecik.Maka diadakan ceramah,kempen dan sebagainya.Tapi aku tak fikir diorang akan datang saja-saja nak dengar ceramah.Mungkin kena adakan jamuan selepas ceramah.Memang tembok penghalang terbesar program ni adalah untuk bagi diorang faham tujuan diberi bakul tu.

Di peringkat akar umbinya memang perkara utama yang kena buat ialah educate diorang,sebabnya tanpa pengetahuan ni banyak masalah lain yang  timbul.Antaranya ialah bakul yang diberi khusus untuk anak-anak,dikongsi dengan jiran-jiran.Kenapa jadi macam tu?Sebab mereka ialah orang asli.Sudah jadi kebiasaan untuk kelompok mereka merasa hasil sama rata.

Biasa tengok kan kat Discovery atau National Geographic,hasil tangkapan akan dikongsi sekampung.Lebih kurang macam tu lah kat mana-mana pelusuk dunia pun.Makanya,sikit saja kandungan bakul tu yang dapat kepada kumpulan sasaran.

Itulah yang ditulis dalam artikel akhbar NST,pertambahan berat anak-anak orang asli yang terlibat tak signifikan dengan tempoh program tu dijalankan.Memang tak nampak sangat pun resultnya,cuma kena faham kenapa program tu susah untuk dijayakan.

Kita kurang mengenali orang asli,petunjuknya ialah kenapa diorang masih menjalani kehidupan seperti nenek moyang mereka.Andai ada program yang mampu mengubah cara hidup orang asli menjadi seperti sekurang-kurangnya masyarakat Melayu kampung,program pemberian bakul ni confirm mencapai outcome yang dikehendaki.Bukan setakat zat pemakanan,taraf ekonomi diorang pun meningkat sekali.

Why not dibuatkan kajian khusus tentang diorang ni dan kemudian wujudkan entiti macam FELDA.Diakui atau tidak,program FELDA amat berjaya membantu orang Melayu khasnya.

Itu baru part kesihatan dan ekonomi.Ada juga aku terdengar orang asli yang telah diIslamkan menjadi murtad sebab amat kurang bimbingan.

Jangan ingat orang putih yang suka masuk hutan Malaysia ni sebab suka sangat dengan hutan kita ya?Some of them is missionary yang memberikan bantuan kewangan dan bimbingan.Orang asli mana la tau benda-benda ni.Asal dapat duit sudah.That’s why education is the most crucial part for them,or they will continue to live their way of life for another thousand of years.

Khamis, 27 Mac 2014

Coretan Tentang MH370…

Rasa malas nak tulis pasal MH370 pun ada,tapi tangan tetap gatal nak menaip.Hari ni dah 27 Mac 2014,hilang sejak 8 Mac 2014.Lama betul,probably the most complicated incident in aviation history.

Sejak PM kita announce yang flight MH370 ended somewhere at Indian Ocean,ramailah yang berkongsi perasaan masing-masing di Facebook terutamanya orang Islam yang menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa tragedi.

I’m not going to say they are doing a wrong thing.Bagi aku,pentafsiran kata-kata PM tu penting.Aku jugak yakin itulah ayat terbaik yang difikirkan PM untuk disampaikan kepada seluruh dunia.Masih berkias untuk menjaga perasaan waris-waris mangsa yang menaruh harapan.

Aku pun macam tu.The best thing yang kita boleh assume ialah masih ada survivor walaupun lojik sains menunjukkan peratusannya amat-amat tipis,barangkali 0.001%.Walaupun amat-amat tipis,kuasa Allah S.W.T siapa yang tahu?

Terlalu banyak teori yang aku baca sampaikan aku sendiri jadi malas dah nak follow perkembangan tragedi ni.Bukan tak simpati,masalahnya kebanyakan teori terlalu dangkal.Sesetengahnya pulak terlalu complicated sampai otak aku tak boleh nak digest.Agak penat memikirkannya,so biar sajalah pakar-pakar Google terus berteori.I have my own theory supported with the information from my current boss.But i’m not going to share it here.

Berkenaan dengan nasib penumpang MH370,kita tunggulah sehingga bukti kukuh muncul.So far debris yang dikesan satelit pun tak dapat disahkan lagi.Diharap waris-waris penumpang bertabah,semua orang akan ‘pergi’,cuma masa dan bagaimana kita tak tahu.Mungkin masa mereka sudah tiba,dan mungkin juga umur mereka masih panjang.Terimalah dengan hati yang tenang.

I know how the feeling when we lost someone in our life.Bila aku kehilangan arwah abah aku secara mengejut lebih kurang lapan tahun lepas,i said to myself,semua bapa akan pergi.That day is my father turn.Bapa orang lain akan menyusul kemudian.

Jangan menuding jari kata ada informasi yang disembunyikan.Baru tadi aku baca dari Yahoo News pasal komplenan Zhang Ziyi tentang kerajaan Malaysia.Siap nak boikot apa juga benda dari Malaysia.Come on lah,152 Chinese dalam flight tu pun nak menggelabah.Look around the world,thousands of people slaughtered everyday,but who care about it?Penampor buaya nak?

Macamanapun kisah MH370 yang panjang dan belum berkesudahan ni tetap menimbulkan sedikit persoalan terutamanya tentang radar.

 

Air traffic radar

Gambar hiasan,link

Macam ni ceritanya.

 

 

Semalam aku terbaca artikel dalam majalah Perajurit,keluaran berapa aku dah lupa.Cover depannya gambar ACV300 Adnan kalau tak salah aku.Salah satu artikel tu menceritakan tentang eksais pemintasan pesawat tidak dikenali oleh Skuadron 17/19 MiG-29N.

Latihan ni menggunakan pesawat C130 yang dipandu oleh PANGOP( Panglima Operasi ) dari Johor.Terbang dalam kepekatan malam dan transponder IFF ( Identification Friend or Foe ) dimatikan pada altitud terrain hugging menuju kearah utara.Kemudian bila diyakini radar tentera mengesan pesawat ni,lencongan ke Kuantan dilakukan.

Di pusat kawalan radar,kakitangan stesen radar mula mengesan satu pesawat misteri menuju ke Kuantan.Komunikasi cuba dilakukan tapi tiada respon.Tanpa ragu-ragu pesawat MiG-29N discramble untuk membuat pemintasan dan seterusnya memaksa pesawat turun.

OPS CURIGA tersebut berjaya dan membuktikan pihak TUDM sentiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan ruang udara Malaysia.

Dalam artikel tu juga ada menunjukkan skrin radar yang mempamerkan puluhan pesawat yang terbang diruang udara Malaysia dan liputannya sehingga selatan Vietnam dan pesisir pantai Indonesia.

Ok,sekarang dapat agak tak apa yang aku fikirkan?Persoalannya,kenapa?

 

* Baru sekejap tadi aku tengok TV1,rancangan khas berkenaan MH370 yang menunjukkan jawapan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein kepada persoalan kenapa arahan scramble tidak diberikan kepada TUDM.Katanya tindakan tersebut akan menjejaskan imej Malaysia dimata dunia.Apa yang perlu dilakukan sekiranya pesawat tersebut dipintas?Deadly force?Itu bukanlah pilihan yang terbaik pada pertimbangan beliau.

Rumusan dari RTM,pesawat HANYA akan dipintas sekiranya memberi ancaman kepada negara.

Statement berhighlight merah ni yang menarik ni.Bagaimana tahap ancaman tersebut dinilai semasa pesawat tidak dikenali tiba-tiba dikesan melintasi ruang udara Malaysia.Berdasarkan gerak hati?

Laluan pesawat?.Macamana kalau tiba-tiba pesawat tersebut dijunamkan tepat ke pangkal KLCC,ataupun masa OPS CURIGA tempohari arahan pemintasan tidak dikeluarkan.Bacalah artikel Alert 5! dalam majalah pertahanan tempatan,PERAJURIT keluaran Oktober 2012.Banyak pencerahan yang baik tentang membuat keputusan yang betul dalam menghadapi sebarang kemungkinan.Pasti ada peringkat-peringkat tindakan dalam SOP pemintasan.

Benda ni juga hangat dibincangkan dalam page-page Facebook pertahanan.Cuma yang tak bestnya bila kita orang awam ni sentuh sikit hal-hal berkaitan secara terperinci,jawapan yang diberi berbunyi seperti,”siapa suruh tak masuk askar”,”cakap pandai lah”,”macai PR”,bla..bla..bla..kesimpulannya orang awam tak layak bicara soal pertahanan.Apa ni??Orang lain aku tak tau,tapi aku neutral person.Yang aku tahu,aku amat menyanjung tinggi personnel yang berada dalam barisan pertahanan.Pernah emel aku jadi bahan kutukan mat Indon dalam forum KASKUS hanya kerana mempertahankan maruah ATM dan kedaulatan negara yang sering diperjudikan untuk memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia.

Jadi,personnel-personnel yang berusaha menjawab persoalan orang awam mesti bijak memilih bait-bait kata yang sesuai untuk menjelaskan sebarang situasi.Kita explain untuk rakyat sendiri,bukan bangsa luar.Satu perkara tersirat yang perlu disedari,masih ramai yang risau dengan keselamatan negara.Tanda bahawa kami semua sayangkan Malaysia.

Cukuplah setakat ni coretan aku sekadar untuk menggerakkan minda.Kalau nak listkan semua persoalan,takut salah diinterpretasi.Masalah besar nanti.Maklumlah orang biasa,manalah tahu sangat hal-hal keselamatan negara ni.

Mohon maaf andai bahasa rojak kat artikel ni berterabur Inggerisnya.Sekian terima kasih…

Rabu, 5 Mac 2014

Berjimat Biar Kena Gaya

Semalam wife aku cerita pasal kesusahan staff klinik dia.Aku namakan staff tu sebagai Kak M.Kak M ni memandu Proton Wira dengan kondisi separa runtuh setiap hari untuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ditakdirkan keretanya rosak semalam dan dihantar ke bengkel.Dari penceritaan wife aku, barangkali kerosakannya ialah overheating.Biasanya overheating ni kipas tak jalan atau sistem penyejukan enjin bocor.Jalan sekejap kena topup air radiator.

Selepas kopak lebih lebih RM300,mekanik cuma tukar gasket dan cuci piping.Gasket apa tu aku tak tau.Hari ni pergi woksyop tengok kereta,mekanik tak periksa pun kondisi pam air.Disebabkan aku cuma dengar cerita dari WhatsApp je,aku tak boleh nak imagine jugak apa yang rosak sebenarnya.

Kalau air cepat sangat berkurang maknanya ada kebocoran,radiator kena batu atau water pump dah uzur.Setahu aku,water pump ni dicipta memang untuk bocor sebagai indikasi yang ianya perlu diganti baru.Biasanya permukaan luar water pump akan diselaputi karat.Ini tok guru aku dululah yang ajar.

Tapi banyak faktor yang boleh dipertimbangkan untuk mengenalpasti kerosakan berpunca dari mana.Pertamanya gunakan deria mata.Tengok mana-mana bahagian yang terlibat dalam sistem penyejukan iaitu radiator,kipas,piping(hos getah),dan water pump.Ada tak mana-mana bahagian yang tak berfungsi atau mengeluarkan air.

Kedua,waktu bila meter suhu enjin melonjak.Samada ketika dipandu atau idle.Yang ni kena tengok kipas radiator,berjalan ke tidak bila suhu enjin mencapai tahap tertentu.Laju atau perlahan kipas tu bergerak pun kena tengok juga.

Tetapi simptom yang ditunjukkan kereta Kak M tadi ialah perlu ditambah air dengan kerap.Maknanya bocorlah,bukan disebabkan kipas tak jalan.Ada satu keadaan lain dimana secara zahirnya tak nampak air memercik atau meleleh,tapi air cepat berkurang.Simptom macam ni menunjukkan rosak yang agak kritikal.

Keadaan ni dipanggil “enjin minum air”,hahaha!Pasal apa enjin haus sangat sampai minum ayaq radiator?

Keadaan ini disebabkan oleh enjin lampau panas berulang-ulang kali dan menyebabkan head enjin bengkok dan seterusnya membocorkan water jacket di sekeliling silinder.Head yang bengkok merenggangkan ruang antara head dan blok enjin dan seterusnya air panas yang bertekanan tinggi memasuki silinder enjin.Bukan setakat itu saja,air juga boleh bercampur dengan minyak enjin.

Kalau benda ni terjadi,overhaul lah jawabnya.Head perlu di “skim” semula untuk meratakan permukaan,air yang bercampur dengan minyak enjin perlu dibuang dan bahagian dalaman enjin perlu dibersihkan.Poket parah + patah kaki takde transport untuk beberapa hari.Kecuali pomen yang komited,tiga hari boleh siap.

Sebenarnya Kak M tadi berhajat nak pakai Viva-forever,tapi laki dia tak bagi.Katanya kereta kecik,tak muat anak ramai.Masalahnya bila nak pergi tempat jauh-jauh,tak pakai juga Wira reput tu.Tetap kena sewa kereta lain.”Bijak'” sungguh laki dia.Kesian la sikit kat wife yang bekerja,dalam masa yang sama perlu menyelenggara anak-anak.Awok tidorrr aje kat rumah sampai pukul 9.

kereta zaman akn dtg

Gambar hiasan

Taknak berhutang dengan membeli kereta baru tu bagus,tapi lebih bijak kalau kereta yang ada tu diselenggara sampai tip-top.Tak payah la kemut sangat.Eh,malu la Wira takut jalan jauh.Arwah bapak aku dulu rilek je start Mitsubishi Evolution Galant Sigma tahun 1977 balik Sekinchan.Zaman tu plak mana ada highway LPT.Biasa lepas subuh gerak dari Lepar Utara,nak dekat Asar baru sampai Tali Air 8,Sekinchan.Terberak kencing baru sampai,but the point is kereta tu cemerlang sekali menjalankan tugas tanpa gagal.

Selasa, 4 Februari 2014

Melaka Negeri Cantik,Tapi...


As salam semua,
Atas urusan kerja,hari ni aku berada di Jasin,Melaka.Urusan pengumpulan sampel ada separuh lagi untuk diselesaikan.Harap-harap semuanya selesai esok.Lagi cepat lagi bagus.Bukan sebab tak seronok buat kerja outstation ni,masalahnya ialah bajet yang ketat.Tak syoklah pakai duit sendiri,lepas tu claim lambat dapat.
Perjalanan kali ni hanya melibatkan negeri Melaka.Dari Tampin Negeri Sembilan ke Alor Gajah,lepas tu bermalam di Masjid Tanah.
Planning awal sebenarnya nak bermalam di Alor Gajah,tapi rupanya susah nak cari hotel kat situ.Di Masjid Tanah pun sama,yang ada cuma homestay.Mujur homestaynya tiptop dengan harga yang berpatutan.Kalau berkunjung ke Masjid Tanah,cuba la bermalam kat sana.Satu bilik dua katil singel cuma RM70.Nama homestay tu Solok Duku Homestay.Solok Duku tu nama kampung barangkali.Aku cuma tau solok lada.Duku sumbat dengan isi ikan+kelapa parut tak pernah pulak aku jumpa.
Hari ni aku bermalam di Hotel Sri Impian Jasin,berdekatan Econsave Jasin.Ini je yang ada.Sebenarnya ada satu lagi hotel bersebelahan Stadium Jasin,tapi nampak creepy siap dengan semak samun.Bermalam kat situ free je,tu pun kalau berani la.
Hotel Sri Impian ni agak errrr................walaupun fasilitinya nampak macam mantap.Aku ambik bilik dua katil single dengan harga RM99 satu malam termasuk breakfast.Kemudahan yang ada TV kotak,aircond,WiFi,pemanas air dan pencahayaan berkeamatan rendah dari sebijik mentol.Selain lampu yang malap tadi,siaran Astro pun takde.Kalau nak tengok Astro ada bilik khas di aras dua.Lagi satu ialah amaran yang tertampal didinding,"DILARANG MEROKOK".What the heck??Jasin bandar hijau?Kemon lah,pi ukur kuantiti karbon monoksida ekzos kereta kat luar sana tu.Ni lah pertama kali aku jumpa hotel yang tak boleh merokok.
Hasil penjimatan tenaga elektrik ni mampu menampung kos sarapan pagi besok
Oklah,bebel panjang pun bukan management hotel baca.Setakat ni aku dah sampai Melaka dalam empat kali kot.First time masa zaman sekolah dulu.Biasalah ikut lawatan.Lepas tu jalan-jalan dengan wifey masa baru-baru kawin.Mencari sampel ni yang syoknya ialah segala ceruk negeri kami masuk,so dapatlah nampak kepelbagaian cara hidup dan jugak kegiatan ekonomi negeri-negeri yang dilawati.
Pertama sekali aku nak cakap tentang Melaka ialah negerinya cantik.Walaupun perindustrian tak berapa nak rancak,negerinya bersih.Kebanyakan kampung yang aku masuk rumahnya besar-besar,macam berlumba-lumba dengan jiran pulak rumah siapa lawa.Jalanraya dalam kampungnya walaupun tak lebar,keadaannya amat baik.Susah sangat nak jumpa lubang.Good job Melaka.

#mohontambahhotelmurahkatMelaka