Isnin, 30 Julai 2012

Figura Batman Yang Awesome

Cuci mata…

Terbaru dari Hot Toys HK

Spesifikasi Batman/Bruce Wayne

Tinggi:32cm

Artikulasi:32

Skala 1:6 mengikut filem the Dark Knight Rises.Setepat-tepatnya dengan kejituan kerjatangan yang superb…Percuma dengan setiap pembelian komik keluaran DC Comics.Acah jerr..harga anggaran US$200.

Lebih gambar disini. 

 

Batman2

Batman3

Batman1

Baguslah Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah

Buzzz!

 

Tak reti nak bagi salam ye?Sebenarnya tak ada apa-apa entri serius yang aku nak tulis cuma teringat isu yang agak hawt beberapa minggu lepas,tentang telefon bimbit dan pelajar sekolah.Bebudak dah boleh bawa telefon kesekolah ya?Bila aku baca tajuk artikel akhbar yang menulis tentang perkara tu,aku tak baca pun isinya.Sebab bagi aku membenarkan pelajar bawa handphone kesekolah adalah satu kesilapan yang paling bangang dalam dunia pendidikan.
Kenapa?


Dalam 10 kegunaan telefon,yang faedahnya cuma satu je untuk budak sekolah ni,lagi sembilan tak ada guna langsung.Nak buat apa telefon?Merepek tak habis-habis.Ingat telefon bimbit zaman sekarang ni boleh SMS/compose ringtone sendiri je ke?Sungguh tahun 2000 mentaliti itu.
Handphone sekarang canggih,macam-macam boleh buat.

Sebut pasal pelajar bawa telefon ke sekolah ni,aku teringat masa aku dalam tingkatan tiga,tahun 1997.Sekolah kat kampung aku ni ada satu peraturan aneh sikit yang sekolah lain tak buat sebab takde pekdah.Waktu habis sekolah semua budak dari Form 1 sampai Form 5 kena beratur dari kelas sampailah ke luar pagar sekolah.Aku tak faham apakah dengan beratur waktu balik sekolah itu akan meningkatkan tahap kecerdasan minda pelajar.Tiap kali peperiksaan besar takde pun yang skor straight A.
Ok,terbabas la pulak.Macam selalulah kalau aku menulis kisah-kisah hikayat lama ni.Cerita pasal telefon bimbit tadi kan?Ceritanya macam ni,masa beratur tunggu barisan bergerak,aku terpandang sorang senior (form 4 atau form 5 aku dah lupa) memegang satu benda yang canggih pada zaman tu.Beliau membelek-belek telefon bimbit yang agak bulky,dan kemudian menyimpannya didalam poket.
Kelihatan beliau sungguh cool sekali kerana masa tu guru besar pun tak ada telefon!Hanya telefon ATUR saja yang wujud untuk pihak sekolah.Fuuuu...dasatt….tapi,dalam masa yang sama beliau juga kelihatan amat bebal kerana semua warga felda tahu tiada perkhidmatan telefon ketika waktu tersebut.Jangankan talian GSM,talian tetap Telekom Malaysia pun tak ada,kah!kah!kah!(gelak blogger PR tegar,tak caya cer Google).Jadi,telefon yang seberat alu lesung batu itu hanya mampu ditunjuk pada kengkawan yang jakun tak pernah jumpa telefon bimbit.Kesian dulu-dulu yek?
Masuk sekolah teknik,lebih kurang nak dekat-dekat SPM ada sorang dormmate aku bawa telefon bimbit jenama Ericsson kalau tak salah.Dulu-dulu jenama ni memang king,la ni dah pupus kot.Sebelum ni Sony selamatkan syarikat Ericsson dan wujudlah satu jenama Sony Ericsson.Tujuan penyelamatan tu pun sebenarnya serampang dua mata.Sebabnya masa tu Sony orang baru dalam bidang telefon bimbit,sedangkan Ericsson dah terkenal.Bila Sony dah terer buat telefon,diorang buang nama Ericsson.Cer tengok XPeria baru,mana ada nama Ericsson lagi dah,kuang hajar kan?haha!

 

Big Phone


Member aku yang pakai hanphone Ericsson skrin besar kelingking tu sorok-sorok je bila nak belek handphone.Peraturan asrama mana boleh bawak barang berharga.Kalau hilang kan susah,bila ngadu kat warden kang mau kena sebat bontot.Mujur jugalah handphonenya purba,cuma boleh call/receive call je.Tak ada SMS.Phonebook pun aku ingat paling besar boleh muat 100 contact.Tapi zaman tu dikira sudah advancelah.
Cerita balik hal sekarang ni...ada ke patut budak sekolah boleh bawak handphone.Budak sekarang mana hingin telefon asas.Koman-koman ada kamera,MP3.Yang mak bapak dia kerja cop ringgit dah tentulah lagi hebat.Perkara pertama yang berlaku ialah kecurian.Kedua penyebaran bahan-bahan video watak pelakonnya pakai birthday suit(paham-paham sudah la..).Al maklumlah budak sekolah,baru nak kenal dunia.Ketiga,pelajaran merosot.Aku malas nak explain kenapa,benda-benda ni pasti berlaku.Tapi yang last ni kalau berlaku sure Kementerian Pendidikan tarik balik kebenaran membawa telefon bimbit.

Nak tau apa dia?Kita tunggu video 3gp gambar bergegar (tak telan pil pentazemine) rakam cikgu/student perempuan dalam toilet tersebar.Jangan gelak dulu,kemungkinannya besar.Minggu lepas kot aku baca kat paper Metro,pelajar lelaki mencabul pelajar perempuan didalam tandas beramai-ramai.Siap panjat jamban sebab budak perempuan tu menyorok dalam jamban sekolah.Gilababi bebudak sekolah sekarang.

Sekali Lagi Iklan Yang Errrr.....

Nah kau... aku yang tak reti  guna Photoshop pun tau ke'fake'an gambor ni.Cacat benar rupanya.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 27 Julai 2012

Janganlah Tamak Dalam Berniaga

Bulan puasa ni salah satu aktiviti wajib adalah mengunjungi bazar Ramadan.Kekadang tak ada apa nak beli pun,saja nak cuci mata,ahahaha!Jangan salah faham ya,kita cuci mata tengok variasi makanan,bukan kepelbagaian rupa paras gadis-gadis Malaysia ni.Hajat dihati tahun ni aku nak tunaikan terawih dengan lengkap,tapi apakan daya.Bulan puasa nilah berlaku perancangan panik iaitu menggelabah tak cukup stok punya pasal.Sedangkan sebelum puasa hari tu management cakap bulan puasa ni santai sikit.Mimpilah!Sampai hujung puasa la kena kerja lebih masa,tapi bukanlah hari-hari.

Bila terpaksa kerja lebih masa,aku berbuka dengan makanan di bazar Ramadan.Lokasi kerja aku berdekatan dengan Stadium Shah Alam yang bazarnya boleh tahan besar.Puasa tahun ni adalah yang keempat di kompeni aku sekarang dan tahun keempat jugalah aku mencari hidangan tradisi iaitu pecal.Barang siapa yang tak pernah kenal pecal,sila google macamana rupanya.Kalau tak salah,pecal ni makanan masyarakat Jawa,diperbuat dari tauge,pucuk ubi,kacang panjang,kangkung yang dicelur,potongan halus timun dan nasi himpit.Kuahnya adalah kuah kacang atau gulai lemak.

Setiap tahun jugalah gerai bazar Ramadan yang aku kunjungi untuk mendapatkan pecal ialah gerai Pecal Tanjung Karang.Tiap-tiap tahun ada,dan satu-satunya gerai pecal dari beratus-ratus tapak gerai yang ada di tapak bazar Stadium Shah Alam.Apa yang buat aku suka pecalnya adalah rasanya maintain authentic dan dibungkus dalam daun pisang.Kot-kot la makcik tu cuba modenkan rupa pecal letak dalam polistrin,tapi tak.Masih lagi kekal dengan daun pisang.Bazar ramadan ni maklum sajalah,macam-macam makanan ada,itik panggang,roti john yang orang beratur punya panjang(ape yang sedap sangat tah),air kelapa laut dan paling common tepung pelita.Dalam kepala aku cuma ada pecal dan air tebu,cukup.

Dalam banyak-banyak makanan yang dijual,ada dua jenis makanan yang aku monitor setiap kali bulan puasa iaitu ayam percik dan murtabak.Dua makanan ni memang aku kecewa tiap kali aku beli.Pertamanya dari segi rasa.Ayam percik sekarang ni bukan ayam percik yang sebenar.Ayam percik sekarang adalah ayam bakar yang dikuahkan dengan cecair yang rasanya tak menyelerakan langsung.Rupa ajelah nampak sedap.Ayam percik sebenar ada bau yang tersendiri,dari jauh boleh kenal.Ramuan perapannya diletakkan hirisan daun lengkuas.Baru la betul ayam percik.

Keduanya murtabak.Perasan tak berapa harga murtabak sekarang ni?Paling murah mungkin RM2.50 tapi biasa aku nampak RM3.Dengan saiz lebar sikit je dari Galaxy Note dan setebal IPhone,itu je yang kita dapat dengan RM3.Alasannya harga barang naik.Puiii!Inti murtabak tu aku rasa telur,bawang(paling banyak),ayam/daging(cebisan ayam/daging sebesar tahi mata)dan lain-lain,rasa-rasanya modal RM50 berapa puluh keping murtabak korang boleh buat?

Itu yang aku nak sampaikan sebenarnya.Berniaga jangan tamak nak untung berlebihan.Patut padan sudahlah.Bagi aku sendiri sebenarnya harga bukanlah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk aku membeli.Harga murah sekalipun kalau rasa serupa selipar takde maknanya jugak.Apatah lagi yang mahal.Yang penting rasa dan harga perlu seiring.Rasa mesti mencapai tahap superb,barulah layak diterjemahkan dengan harga yang berpatutan.

Selasa, 24 Julai 2012

Apa Itu SABOT?

Cerita tentang militari lagi boleh?

Maaf kalau ianya membosankan bagi sesetengah pihak,bak kata wife aku rancangan TV yang aku tonton semuanya serius belaka.Nak buat macamana,yang serius tu lah yang menarik,padat dengan informasi.Sesekali aku layan juga Karoot Komedia takpun Maharaja Lawak yang lama-lama.
Hari ni aku nak berkongsi kefahaman aku tentang satu benda dalam dunia militari iaitu SABOT.Sabot ni tak merbahaya,tapi ia membantu menjadikan benda yang dilindunginya itu berbahaya.Pertama kali aku dengar perkataan sabot adalah ketika menonton filem Transformers 2007.Situasinya ketika sekumpulan askar Amerika diserang Scorponok di tengah padang pasir.Siapa yang suka filem tu mesti ingat,aku sendiri tonton filem tu berpuluh kali tanpa jemu.Dalam situasi tersebut,pesawat gunship AC130 Spooky menembak sasaran menggunakan peluru sabot 105mm.
Peluru sabot dilancarkan dari meriam bersaiz sama dengan saiz pelurunya.Kalau diperhatikan,rupa peluru sabot agak sedikit aneh berbanding peluru biasa,tapi kuasa pemusnahnya sangat besar.Mulanya aku fikir sabot adalah sejenis bahan peledak baru yang berkuasa menghancurkan armor,rupanya tidak.Sabot sebenarnya adalah 'sarung' yang memegang peluru penetrator yang biasanya jauh lebih kecil untuk menetapkannya pada kedudukan stabil didalam barrel meriam.Peluru atau dipanggil penetrator(penebuk) armor ialah sebatang rod panjang (LRP-Long Rod Penetrator) berdiameter 20-30mm,50-60cm panjang dan diperbuat daripada logam keras yang berketumpatan tinggi seperti tungsten atau depleted uranium(DU).LRP ini berbentuk panah untuk menumpukan tenaga kinetik pada titik pusat yang kecil untuk memaksimumkan kuasa tembusan.Siapa yang belajar fizik tentu mudah faham bagaimana konsepnya,ketumpatan didarab dengan halaju(V).Katakan LRP tersebut seberat 3.5kg x muzzle velocity 1700m/s,bayangkan berapa daya tertumpu pada hujung penetrator tersebut.Kebanyakan steel plate kereta kebal tidak mampu menahan tujahan LRP,kecuali ianya kurang berkesan keatas komposit armor moden seperti Chobham dan Kanchan.

Jadi apa tugasan sabot tadi sekiranya 'peluru' sebenar adalah LRP?
Oleh kerana LRP berdiameter kecil(20-30mm) berbanding saiz barrel (105/120mm),maka sesuatu diperlukan untuk menstabilkan kedudukan LRP ditengah-tengah barrel yang lebih besar diameternya supaya tembakan tepat dapat dilakukan.Selain itu tugasan sabot adalah untuk mengelakkan kebocoran gas ketika tembakan dilepaskan(sealing),untuk memaksimumkan kuasa dorongan oleh gas yang mengembang didalam barrel meriam.
Tetapi tugas sabot hanya sehingga LRP meninggalkan muncung meriam sahaja.Sabot dibina sebegitu rupa supaya ketika ianya meninggalkan muncung meriam,seretan aerodinamik akibat halaju tinggi akan menanggalkannya dari LRP.

APFSDS

Satu soalan mungkin timbul;kenapa LRP tidak dilancarkan dari meriam berdiameter yang sepadan dengannya?Pertama,mungkin kuasa dorongan daripada peledak didalam shell bersaiz sama dengan LRP tidak cukup kuat untuk menghasilkan kuasa penembusan.Halaju yang maksimum tidak dapat dicapai melainkan penggunaan shell yang lebih besar,disamping kewujudan fin atau sayap untuk menstabilkan penerbangan LRP.Oleh sebab itu LRP+sabot lebih dikenali sebagai APFSDS(Armor Piercing Fin-stabilised Self Discarding Sabot).
Teknologi memungkinkan perkara yang nampak mustahil untuk berlaku sedangkan dahulu kala besar bermakna lebih baik.Agak sukar untuk percaya sebatang besi bersaiz 20-30mm mampu memusnahkan sebuah kereta kebal seberat 40-50 tan.Sebagai contoh,peluru meriam 120mm APFSDS jenis M829A1 dengan LRP seberat 4.6kg mampu menembusi perisai besi setebal 600mm pada jarak 1000 meter.Mana mau menyorok macam ni?

 

1221874000.4737246
Manusia dimuliakan dengan akal di dunia ini untuk meneroka apa juga potensi sekalipun diluar batas imaginasi.Serius sungguh entri ni kan?That's me.Aku tak pandai nak berpura-pura jadi pak lawak,so aku harap ada insan diluar sana yang berminat untuk membaca entri ni.Dalam seratus orang,mungkin ada satu,ye tak?Satu lagi,tulisan dalam entri ni adalah berdasarkan kefahaman aku dari sumber bacaan yang bertebaran di internet,harap maaf dan diperbetulkan kalau ada sebarang salah silap.Aku bukanlah pakar fizik atau pakar balistik,cuma minat saje....